Daisypath Vacation tickers

Tuesday, November 3, 2009

layan gmbr


ni suasana kat kg masa nak wat kenduri sempena doa selamat bakal haji dan hajah iaitu mak dan ayah marzuki, kakak pada mak aku dan makcik pada aku. ketua masak tak lain tak bukan, puan naimah shafii.. nampak tu, sengeh je bila nampak kamera... masa ni dapur mmg lintang pukang. tghari tu masak utk tetamu yang tak dapat dtg belah mlm.

belah mlm sambung lagi masak. terpaksa masak kat kwsn garage luar umh. nasib baik ade 2 garage, tak le mengganggu orang kuar masuk kat garage utama tu. dapur mmg tak muat dah... dengan periuk belanga besar2 belaka, dengan sedara kaum2 hawa lepak kat dapur, tu yg kena gak masak kat luar. nampak tu sape yang kerah tenaga bantu puan naimah tu... ha... anak2 dan anak buah kesayangan le... yg lain goyang kaki ajo. mlm tu turn kami kuarkan peluh. maner aku?? biasa la... jadi potogeraperrrr..

lepas solat isya', solat hajat, doa selamat bagai... acara mkn pun dilangsungkan. seronok bila kumpul ramai2 cam gini. percaya atau tidak, yang hadir mlm tu semua sedara mara terdekat. alhamdulillah... habis lauk pauk... mak aku masak kan sodap... ;p

ni tok cu ngan wife dia. kami panggil wife dia mek. biasa ar, orang kelate lagu tu la kan... tok cu ni adik beradik pada aruah atok. umur dia lebih kurang 80 lebih. jalan dah bongkok tapi tetap kuat lagi. dorang pun sama p menunaikan haji.

yang lelaki kat atas tu abang pada mak aku, bongsu lelaki. entah ape dok gosip ngan si juki tu tapi sempat dok kerling kat aku yang dok nak snap gmbr dia. yang kat bawah tu aku ngan kak sue bersama dengan pakcik aku, bekas anggota polis. woo... dulu asal dia datang umah aku, naik takut tau. ngan pistol dia, lengkap ngan uniform bagai... budak2 bujang yang lepak luar umah pun naik takut bila dia parking kete depan umh mak aku. hahaha... muka nampak biasa tapi dia kelakar orangnya dan tak sangka seorang anggota polis... masuk raja lawak gerenti dapat masuk final... ngeh3x. kalu tidak aku jadi menantu dia... hahahaha... keesaah laaamaaaa!!!! banyak lagi gambar2 nak syer, tapi x dak masa nak edit la... nanti la eh.. ni je yg sempat nak stori. sesok la sambung...

1 comment:

ayulicious said...

isssssssssssshhhhhhh!~!!
mne gmbr kite ber 3??????
adoi........