Thursday, November 26, 2009

salam aidiladha

esok kita semua bakal menyambut hari raya aidiladha. hari ini umat islam dari seluruh dunia kini berkumpul di mekah menjelang hari wukuf di padang arafah untuk menunaikan rukun islam yang kelima. begitu beruntung sekali bagi mereka yang berkesempatan menjejakkan kaki ke tanah suci mekah untuk menunaikan rukun islam yang kelima ini. aku juga menabur angan sebegitu. insyaAllah, jika berpeluang akan ku kesana suatu hari nanti. apa khabar makcik2 dan pakcik2 ku sana. moga mereka mendapat haji yang mabrur, insyaAllah. harap mereka sihat seadaanya. salam aidiladha kepada mereka.
kehangatan utk menyambut raya haji makin terasa hari ini bilamana keadaan di KL sudah mulai sunyi dek ribuan penghuni. semalam, balik dari umah kak sue, jalan nak ke tol gombak sudah mulai sesak. ribuan rakyat pantai timur sudah mula pulang ke kampung halaman untuk menyambut raya yang paling meriah disana. walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu, mereka tetap akan bersama keluarga tercinta. begitulah lumrah kehidupan. sesibuk mana mengejar dan mencari rezeki di kota atau ditempat orang, kampung halaman juga yang menjadi tiang utama pabila raya menjelang tiba.
pada aku yang tidak pulang ni, masih juga beraya bersama keluarga cuma seperti biasa, tiap kali raya haji, memang kami jarang balik kg. apalah yang sedang mak buat sekarang dirumah. aku masih bekerja dan malam ini akan ke rumah mak untuk bantu apa yang patut. kak sue dan anak2 dah pun balik ke kedah awal pagi ini dengan paksu. juki tak balik sebab kerja. dia akan beraya bersama kami. mak mertuaku dah berpesan jgn sampai lambat esok hari. tak syok takdak kami.. sabar ye mak, takbir raya belum lagi kedengaran. insyaAllah, kami sampai tgh esoknye.
oklah... pada semua umat islam, selamat menyambut hari raya aidiladha. moga apa yang dikorbankan tahun ini mendapat pahala yang berlipat kali ganda. salam aidiladha buat semua.

No comments: