Daisypath Vacation tickers

Tuesday, October 26, 2010

pengumuman!



ok, kompem rumah baru saya di


jgn luper follow tau!




perhatian!




harap maaf semua. ada sedikit gangguan teknikal di blog kedua saya. kepada sesiapa yg masih belum jadi follower saya, minta bersabar ye. kemungkinan besar.... blog kedua saya terpaksa tukar nama lain. adoi !







minta bersabar semua! sesiapa yang berkeinginan nak jadi follower, minta bertenang dulu ye.

Monday, October 25, 2010

PART 2

salam semua!

disini ada satu pengumuman. niezzareena memory telah menghasilkan satu lagi blog 'part 2' di mana kamu semua boleh layarinya di sini


utk niezzareena memory 'part 1' ini, karyanya akan terhenti di sini atas sebab2 tertentu. jadi, kepada peminat blog ini, sila tambah 'part 2' ini di blog list blog kalian. itu pun jika masih punya minat utk terus mengikuti perkembangan niezzareena memory.

cerita lanjut mengapa ianya disambung ke 'part 2' akan dimaklumkan kelak. 'part 1' ini akan terus menjadi sejarah perjalanan suka dan duka kami. kami akan kekalkan 'part 1' utk tatapan masa akan datang juga utk imbasan kepada kamu semua. 

sudi2 lah utk jadi follower di niezzareena 'part 2'







'part 2' masih dalam proses kemaskini.

Wednesday, October 20, 2010

hari ni





tgh belek² kalender utk projek bulan disember nanti
tenung sejenak

hari ini
20.10.2010
takdak orang nikah ker.. kawen ker?


cantik gak no tu





kenduri qalesya

alhamdulillah, selamat sudah kenduri doa selamat dan majlis aqiqah wan nur qalesya alia pada ahad lepas. kenduri berjalan dengan lancar, ramai saudara mara yang hadir. tak ketinggalan makcik dan pakcik kesayangan saya dari kelantan.

malam sebelum kenduri, qalesya bermalam di rumah saya. mm.. mula² perangai dia biasa² aje. masuk setengah jam, mula dia wat onar. dia sudah buli saya tau. dia tak mau tido atas tilam dia, tapi mau tido atas pangkuan saya. amboi... kalu kat umh dia ngan umh mak tok, bleh plak bawa diri tido sendiri. 

ngade tau!

bila dia lena, saya letak pelan² atas tilam empuk dia tu. tapi bila letak.. dia jegil biji mata sepet dia tu. adoi.. nape dik? empuk sangat ke lengan mummy kau ni. ke sebab sejuk sangat suhu dlm bilik? bila dah ubah pun dia sama gak. bila letak je, mula dia wat tekejut mcm kena sambar petir. hohoho... mummy hanya mampu sabar je. takpe, bak kata daddy.. training utk diri sendiri. dulu masa syasya, kami mula jaga dia masa dia dah pandai merangkak. masa tu dah cerdik skit. ni dari baby lagi.. takpe, mummy cuba utk jaga kamu dari baby sampai kamu besar. mungkin esok kamu akan ganti tmpt kakak syasya plak kan. 

seharian dok pangku dia, sampai lengan saya lenguh dan kepala saya pening. sebab kejap² saya tersedar. bangun pagi tu kepala saya pening mcm nak pecah. pagi² mak dah tepon tya khabar cucu. bila saya citer, dia gelak, terus sampaikan citer kat orang belakang. org belakang semua gelakkan saya. oo... perli eh. mak cakap qalesya dera kau la tu. mak cakap kepala pening sebab tido tak betul. tu yg jadi weng. mm.. mungkin.

lepas dah mandi dan siapkan dia, dia lena kejap. boleh plak tido atas tilam. saya pun ke dapo kemas ape yg patut, pastu layan makan buah sambil layan perasaan sementara tunggu en. suami mandi. tiba² hp saya bunyi dengan kuatnya... dan................. qalesya tekejut teramat sangat, sampai dia melalak sekuat hati. en. suami sampai bukak pintu bilik air, dia igt qalesya jatuh. alamak... sori le dik, mana tau hp mummy nak bunyi sekuat mcm tu. hehehe.... dan mula dari itu, saya nak bersiap pun tak senang. en. suami dokong pun dia cebek muka. sudahnya, saya bersiap mcm nak ke pasar malam je la. tak bleh nak cantik lebih sebab qalesya punya laungan dah mcm ning baizura prektis lagu baru. hahaha

ishh kamu ni qalesya. saje je tau. bila kat umh dia tu, bleh plak dia diam je. orang tu dokong orang ni amek, dia wat dek aje. dengan bising riuh rendah org yg datang pun dia bleh layan tido. adoi.. kat umh saya tu punya la sunyi sepi, tak mau plak dia tido. angah kata mungkin dia biasa ngan bunyi bising. betul jugak kot. masa kat umh mak, ayah pasang citer perang sekuat bunyi kat tv tu, dia bleh tido lena. gedix kan dia.

byk dia dapat hadiah hari tu. ada yg bagi duit, baju, hamper dan yang paling menarik, ada jiran bagi dia cincin emas. wah!!! sangat comel bila dia pakai cincin tu. terima kasih jiran! beday qalesya setahun nnt bagi gelang pulak ye.

banyak gambar masa kenduri tu, tapi malas plak saya nak masukkan. dlm byk² gambar tu, tertarik dengan gambar ni. sempat en. suami tembak masa mak dan ayah dok ralit belai qalesya. maklum... cucu sulung. tgk rambut qalesya, lepas cukur, tumbuh mcm tu plak. blah tengah je banyak. ayah cakap mcm the A team. hahaha.. alamak, misai tok ayah dah putih, tapi rambut menten itam. upss... camner tu?

kesian mak, penat dia ari tu. oh ya, ayah sponser kambing utk aqiqah qalesya. mak masak sup, yang lain daging masak rempah kari, aym goreng, ikan goreng, sambal belacam, ulam dan kuih muih. habis nok! sampai mak masak sambal udang sebab ptg tu masih ada kekawan angah yang datang. alhamdulillah, murah rezeki kamu qalesya. 

terima kasih pada mereka² yang terlibat dalam menjayakan kenduri ini. pada sedara mara yang sudi hadir, terima kasih kerana sudi luangkan masa engkorang. terima kasih semua!

qalesya dah pandai gelak bila kami acah dia. baru nampak ayu bila dia senyum kalu tidak asyik nmpk muke ganas aje..

Friday, October 15, 2010

hehehe!!!




cuti bersalin 3 bulan?
mmm... menarik ni






sila dapatkan kata sepakat dahulu sebelum melakukan sesuatu. takut nnt anda yg terseksa. auchh!!

lawatan sambil makan²

minggu lepas, saya telah menjemput 4 orang kawan baik saya utk sesi lawatan sambil makan². hehe.. bukan masak ape pun dan bukan rumah terbuka pun. tahun ni tak berkemampuan la nak wat rumah terbuka. lagi pun, tahun ni kami suami isteri lebih banyak berjalan ke rumah saudara mara. entah... tahun ni rajin plak berjalan jauh.

lepas balik dari makan² kat rumah madir dan kak ct minggu lepas, dorang pakat ramai nak dtg rumah kami. saya cakap boleh je, tapi makan nasi goreng ngan ikan masin jek. hehehe... kejam tak? tiba² ada permintaan plak dari kak ina. dia kata ok je nasi goreng. tapi nak nasi goreng puan naimah mcm dia masak bulan puasa yang kami makan masa berbuka kat kl sentral tu. ooo... nasi goreng udang kunyit rupanya.

beressss

setelah pujuk rayu dibuat terhadap puan naimah, akhirnya sabtu lepas adalah tarikh yg mmg sesuai utk jamuan makan² ni. kena plak ngan minggu akhir syawal. knp ngan puan naimah? oo... dia adalah sifu saya. dia chef terhebat dalam keluarga kami. tak selera nak makan, bila tgk ape dia masak.. kompem, bertambah punya lah. itu lah mak saya. cuma saya je tak habis 'menurun' ngan dia lagik. hehehe...

pjg plak bebel. jom layan gmbr plak

 wahida dan keluarga. qalesya kat atas pangkuan dia tu. teringin lagi ke weh...

 kak eda dan suami, abg marzuki. abg marzuki tu kelakar orangnya. walaupun dia jenis senyap, sekali lawak dia keluar, tak boleh tahan woo...

 anak² mereka. kakak arin najla dan danish. nama dua beradik ni pjg, tak igt plak nak sebut

 kak ina ngah layan anak kedua dia afnan. afnan mood tarak best masa ni

 jarang berjumpa dorang ni. tapi bila dah jumpa, banyak betul yang disembang. ape yg kelakar tu pun entah le

 kak ct, marissa dan masarrah. marissa mcm biasa... dgn saya tak boleh jumpa. pasti ada je yg tak kena

 menu kami ari tu. mee kari, sambal kerang, nasi goreng kunyi udang, popia sosej, koktel dan tembikai. lupa plak nak snap gmbr nasi. habis semuanya... alhamdulillah, tak membazir.

 kedatangan sepupu yang tak disangka. hehehe... 

 puan naimah dan sofia, anak sepupu saya. terima kasih mak, sudi masak utk hari tu. saya cuma bantu ape yg patut je. sebab tu 'menurun' tak habis sampai skang. hohoho!!!

mula² mcm rimau ngan saye. bila saya kuarkan kamera, nah.... terus give me 10 la pulokkk.. 

masarrah plak yang tak sihat ari tu. mood pun mmg tak besh jek. bila pegang skit, dia marah, bila belai skit, mcm nak telan kita je gaya dia. nway... sgt seronok bila dapat layan gosip ramai² mcm ni. cuma kak ku je tak dapat dtg ari tu. kami paham, kak ku jauh nun di bangi sane. mm... jauh sgt la ye. hehehe

ok den, itu je citer utk lawatan dari para sahabat saya. terima kasih pada semua kerana sudi memeriahkan suasana, pada yang tak dijemput, lain tahun plak la ye. tgk bajet tuan rumah la nnt. hehehe...

oh ye, ahad ni ada kenduri doa selamat utk qalesya dan bondanya sebab dah abes pantang. juga aqiqah utk qalesya, tok ayah sponser kambing. wow!!! golek²... best tu!




tgh layan belanjawan ni. adoi... siksanye nak tunggu habis. nak tunggu yg tu je pun. rasa² ada tak? ahakss

jumaat yg indah

salam jumaat buat semua! jumaat kali ni rasa begitu indah sekali. bila tiba hari jumaat, mcm² perkara boleh buat, maklum.. rehatkan lama. utk waktu rehat yg panjang sekejap je lagi, saya dah ada plan bersama kawan² tercinta. tapi jumaat hari ini ada kelebihan skit. apekah?? 'tut' rahsia!

ari ni kami serba merah + hitam. takde kerja namanya ni. pepagi dah posing depan cermin. gedixx

 sama tak.. cumell kan. yg paling cumil tang lekuk kat setiap jari tu. hehehe

jgn kacau qalesya boleh?? suker tau amek gmbr saya. saya tau mummy geram nak geget pau saya. 

buat la ape pun... qalesya tetap zzzz....muker dia mcm dah bosan nak layan pe'el mummy yg tak abis² nak snap gmbr dia. mungkin dalam hati dia kata 'what ever'. hohoho...




ape yg menarik dengan belanjawan ptg nnt? kita tungguuuu!

sebab dia la

hehehe... gempak tak n3 saya smlm. betul... saya cuak mcm nak tekeluar jantung ni. menggigil cuping telinga saya. resah gelisah dibuatnya. nak tau sebab ape..

sebab dia ni la.... adoi...

ok, ceritanya begini. semalam saya dan kak jah gatal tgn dok skodeng AA utk percutian kami thn depan. bila dah kompem maner kami nak pergi, terus kami hubungi org penting utk setelkan bil penerbangan kami. ha.. hebat tak. tiket kami ni kena beli berasingan tau. sebab kalu kami pilih utk semua, harganya jadi lain. maknanya kami kena buat dua kali pembelian. mula beli utk saya dulu. ok, lepas. tang kak jah punya, tiba² habis plak.. masa tu cuaknya saya mcm nak nangis. takkan saya berdua je ngan en. suami. tak best la kan. tak happening namanya. 

cuba punya cuba.. akhirnya kak jah terpaksa tinggalkan anak² lagi. sebab ape, sebab tiket tu betul² tinggal lagi dua utk dewasa sahaja. adoi... nak diapekan.. terpaksa la..

ini tempahan pertama utk percutian dalam mesia. ada lagi.. insyaAllah kalu jadi la plan kami. ke mana??? tettt... tunggu pembelian tiket sah dulu baru saya masukkan n3 okeh. percutian kali ni pun tak le jauh maner... biasa² aje. cuma nak share keseronokkan ngan kak jah disana. kalu takde masalah, ini percutian kedua saya dan en. suami disana. hehehe...tak sabar plak rasanya.




saya sudah. anda bila lagi. sementara stok masih ada... cubala!

Thursday, October 14, 2010

tolong !!!!



cuak ni !!!
adoi....

Wednesday, October 13, 2010

backdated story - syasya @ tawakal

igt tak saya ada masukkan n3 pasal syasya cikenot tu? demam dia kan sampai 40.3', jadiknya kena tahan le masuk sepital. nasib le masuk tawakal. tak le pening kepala sgt mcm sepital kerajaan. mula tu, masuk bilik ada 4 katil, kak sue minta tukar tapi penuh. esoknya tu baru dapat masuk satu bilik 2 katil. lega la skit. kalu tidak, paham² je la bila sedara mara yg dtg melawat. sampai 4 keluarga, mau tak riuh.

syasya admit pada khamis lepas, 7hb. masuk pun dah malam, kami tak sempat nak teman kak sue. esoknya lepas balik kerja, kami singgah sepital. malam sebelum tu, kak sue mms gambar syasya.. huhuhu... saya tido dengan air mata. sedih tgk keadaan dia. lesu tak bermaya..

tawakal baru.. cantik! selesa la skit dari tawakal lama tu. tingkat 7 bilik 731, katil 1

bila kami sampai, saya intai sebalik langsir, dia dok main ngan kakak yaya. bila nampak saya, dia senyum. tapi bila nampak en. suami, muka ciwek... dan dan tu... nangis. beriya plak tu. ah ngada! kak sue pun cakap, tadi elok je main, nmpk paklong terus sedih. nak minta simpati la tu.. chettt!

tu dok ngadu la tu... tgn dia kena cocok la... sakit la... manja sungguh

nampak... kuar air mata ok... primadona la kau dik

thn lepas kakak yaya admit kat pusrawi, tahun ni adik plak

bz ye la hai si kakak ni melayan tetamu. tgk... siap bancuh air utk tok cu dia [ ayh saya ]. dan kerja dia adalah makannnnnnnn aje.

1. syasya teringin nak main kat luar.. paklong teman sambil tolak tmpt gantung botol air tu
2. nmpk tak kakak yaya punya penampilan. cekak rambut kaler pepel, baju ijau, suar biru, selipar pink. hehehe... dia la, ngada nak tido sepital jgk. merengek tak mau ikut abah dia balik. tak pe... jadi bibik kat situ, tolong wat susu adik. tu dia pakai seluar adik la tu.
3. yaya ngan tok cu dia mmg selalu berlaga angin. tok cu suker nyakat, kakak suker jelir lidah. mcm tu la kalu berjumpa.
4. kak sue tak bleh miss layan cinta kirana dia.. adoi.. tv plak tinggi sangat, sakit tengkok aku jah!

manja dan terus manja. 

yey... pak chu dtg bawak guler² besar!!!! tapi syasya malu nak amek sebab pak chu bawak kawan dia. syasya malu!!!!

bila kami nak balik, mula dia wat muka la... cakap sedih². ada la ayat power dok simpati ngan paklong dia tu.

 dah sampai umh, kami mandi...siap²..pergi nsk beli barang dapo. amboi, banyak beli barang bang? penuh troli? hehehe... esoknya ada kawan nak dtg umh.. saper??? tunggu!!!

baik sungguh adikku ini

korang ada adik yang baik sebaik adikku ini? nampak tu....

tolong potong kuku kaki kakak dia tau. sayaaaaannnngggg kat kau achiq!
ini la yg dinamakan kuli...upsssss baik hati. hehehe





skang achiq dan ayu keje kat uitm sg. buloh, berlainan unit. alhamdulillah, rezeki dua beradik. permulaan ni baru sambilan, harap2 nnt dapat le tetap. sabar ye, dulu saya pun start ngan sambilan jugak. en. suami plak kontrak dekat dua tahun. alhamdulillah....kami skang dalam kategori skim pencen. tua sok, dok umh layan cucu je. hehehe..  [ cucu ker? ank pun tarak laiii, camno??? ]

Tuesday, October 12, 2010

qalesya terkini

tu dia... tangan monton qalesya dah mcm roti john upenya... tu yg mummy geram nak geget jek

amboi... syok nampak... 

mane tak syok... atas bahu empuk mummy dia.. tilam vonooooo

skang dah pandai main air lur. bebuih mulut dia. tgh tido pun bleh wat belon. nakal tau! 





dah pandai jeling bila org cakap pasal dia. mcm paham... bila org tegur, segaja dia pejamkan mata. chhet.. pandai begurau eh...

bila saya EL

semalam, saya dan en. suami terpaksa amek EL atas sebab tertentu. ye, kami mmg ada hal smlm. dan bila mana saya dah cuti, saya amek kesempatan utk masak sebelum kami keluar. dah lama dapur saya tak berasap. semenjak qalesya ada kat umh mak, tiap malam kami ke sana. dah ke sana, harus la makan pun kat sane kan. maner leh tolak bila tgk masakan mak sedap² tiap hari. oh ya, minggu ni kompem qalesya dan bondanya akan pulang ke rumah mereka sendiri.

sedih...

lepas solat subuh, lepas text puan bos dan rakan setugas mengatakan saya EL, terus saya ke dapur keluarkan segala benda yg ada dlm peti ess. mm... ape yg saya masak... jom saksikan.. wah! cam hebat sgt masakan saya. biar simple asal enak. betul tak!

 faveret en. suami.. sardin berkuah. sekarang kami gemar dgn sardin marina. rasanya... mm.. sedap!!!

 sotong goreng kunyit ala manja. knp ala manja? sebab saya belai sotong ni penuh kasih sayang pabila saya memotongnya. manjanya dia sehingga sengaja dia liatkan badan.

sawi goreng kapel daging. hehehe... best tak tajuk menu saya.

itu je yg sempat saya masak memandangkan itu je bahan² yang ada. hajat nak wat tomyam tapi tak cukup bahan plak. next time le nmpknye. bz di dapur keseorangan, sedangkan en. suami masih enak dengan dengkurannya. bila dah siap semua baru saya kejutkannya sambil belai muka jambang dia. okeh... tamat sudah kesah smlm...  tak payah nak tau ape kesudahan lepas belai jambang en. suami saya tu. tak baik citer lebih² hal umhtangga. hahahahaha...




bila dah habis perkara yang harus diselesaikan, kami layan tv... layan dan layan sampai kepala jadi pening. syok gak layan siti kelembai ek...

Friday, October 8, 2010

contest senyuman maneh



salam jumaat buat semua!

hari ni tuan tanah nak join satu lagi kontes. kontes muka seiras yg tuan tanah join ari tu takdak rezeki utk menang. yg menang kontes tu mmg hebat la sebab muka dorang mmg sama habis. takpe, bukan rezeki tuan tanah.

kali ni kontes bertajuk senyuman maneh. ha... tuan tanah nak pertaruhkan gambar yg tuan tanah p jamuan semalam. sebelum tu, penganjur kontes dan utk keterangan lanjut sila klik 'contest senyuman maneh'
followers - bereh
buat n3 - bereh
gmbr sendiri - udah pasti
tag - nnt dulu.. kat bwh saya canang sape yg kena tag


tak tau le gambar ni senyum manis ke atau senyum over xting.
ada rezeki ada le ek

puan zarith sofia
en. hadzizi
kamu berdua saya taq utk kontes ini

selamat maju jaya!







hari jumaat mmg besssshhh!!!

Thursday, October 7, 2010

mkn dan mkn lagik

salam berbaju batik semua. hehehe... maklum, teman kan org gomen, harus le berbaju batik hari ni. segak bergaya pagi tadi bila melangkah keluar bersama en. suami, sama² sedondon dengan batik kehijauan pedih mata memandang. bak kata adan, jalan ipoh dah nampak. hahaha... naper tak jalan pahang? hanya kami je yg tau knp dengan jalan ipoh itu. ok.. saya merepek.

hari ini dapat undangan dari BTM dan BPS utk jamuan rumah terbuka dua bahagian ini yg bermula dari jam 1230 hingga jam 0300. bab makan ni tak elok lengahkan masa. 1230 tepat, kami dah tepacak depan lif utk ke dewan makan.

tak payah nak sembang atau bergosip dulu. juadah yang ada harus disambar dulu sebelum air liur terus mengalir terliur dengan bauan yang enak² belaka. jom tgk ape yg saya dah telan

 soto ayam yang sangat mantop.

 rojak buah yang mengiurkan

 sagu gula melaka yang sesedap rasa. tak manis tak tawar

 puding buah yang saya mmg tak suker makan. saya bg pada kak jah puding ni

 ah sedap, ah sedap!

 roti jala sgt nikmat dengan kuah karinya

 lagi dan lagi

 yang ini paling maveles. disebabkan kenyang yg amat sangat, laksa utara ni tak dapat dihabiskan. kenyang dia mcm baru telan batu bata. hahaha...


nampak, ijau tak saya? gambar ini saya crop sebab ada lalat gatal yg nak tumpang glakmer saya bilamana si paparazi tiba² snap gmbr ini. cit.. nk tumpang glakmer pun bagi le salam. si paparazi ni pun satu, bagi le signal soh saya post.. tak le nampak pp ku yg seakan pau perisa kaya itu. knp saya senyum begitu? adakah FA lalu depan saye? oh tidak, ini adalah kerana saya ternampak sesuatu yg melucukan.

selagi tak habis syawal, kita makan dan makan lagi. sabtu ni kazen plak jemput p umh dia, walaupun dah masul z.kaedah, tapi tetap ada yang buat rumah terbuka. mungkin utk meraikan syawal terakhir 1431. disebabkan syawal terakhir jatuh esok hari bekerja, sebab tu ramai yg buat last minggu ni. huh.. jem lagi la jalan nampaknye.tapi takpe.. itu rezeki namanya. jalan tolak rezeki, tak kacak namanya.

pada mereka² yg mana dah jemput saya dan en. suami juga ahli keluarga saya yang lain, moga kalian sentiasa dimurahkan rezeki. bak kata puan naimah, Allah akan turunkan rezeki berlipat kali ganda jika kita selalu menjamu org, walaupun dengan hanya segelas air kosong.

'renung²kan dan selamat beramal'





syok layan ost chinta di tv3

Wednesday, October 6, 2010

tiga dlm satu

nur syafiqah aimiesya - syasya 


 [ini mata sihat dia]

demam teruk sampai suhu dia dari 39.5˚ naik kepada 40.3˚ . sekarang syasya berada di tawakal ditemani abah dan ibu. kak sue baru mms gambar, sebak terus nangis tgk keadaan dia. rasa nak balik p teman dia kat sepital tu. forward mms tu kat hubby, tapo blum ada jawapan. pasti dia lagi sedih sebab syasya manja ngan dia. semalam syasya nak ikut kami balik tapi ibu dia tak kasi. takut sakit tgh mlm, susah nak bawak p klinik. skang mata dia kuyu aje. 

kak sue cakap kena tahan wad dan kena amek darah. adoi... ni yg tak suker dengar. kesian kat budak cokenot ni tau. adik... tunggu paklong dan yong sampai ye...

moga dia kembali ceria seperti selalu. kami sayang kamu!


open house @ ukay perdana

sabtu lepas kami dapat undangan dari kak ct dan madir utk ke rumah dia. ada makan² skit katanya. hehehe... ai tau dah ape menu u kak ct. sebab ai yang 'rikues' nak mkn mee rebus tu. maceh!

kak jah n family

tak sempat nak posing habis sebab baru nak posing, jiran depan umh depa dtg. tuan umh kena layan tetamu kan, jadi, maner yg sempat je la ye...

dua beradik ni anak kak ct dan madir. cumellllll

marissa yang selalu gaduh ngan ai sebab ai suker nyakat dia. tapi hari tu dia baik plak ngan ai. siap main cuit² lagi. biasanya dia suker mengaum kat ai. hehehe

geram tgk masara ni. rambut mcm bapak dia. kenteng... cute sangat! tapi dia tak mau org lain dukung. malu ke takut ke tak tau le. tapi ai suker gentel rambut dia tu. hehehe

ni putin. nama penuh dia rahsia. tak bleh nak kasi tau. putin tu ada makna tau. cuba cari sendiri. cute budak ni. dia anak buah kak eda. bergaya lagi tu. suker gelak, seronok layan dia. semua orang geram kat dia.

satu²nya anak dara kak eda. kawan baik si syasya tu. mereka dah lama tak jumpa. nnt kita p hyatt lagi ye kakak

anak² kak eda dan kak ina. depa ni bila jumpa mmg riuh rendah jadinya

maceh kepada tuan umh kerana sudi menjamu kami dengan makanan yang enak² berlaka. tahun depan pasti jemput kami lagi tau. hehehehe...


sebulan tanpa dia

bak kata kak jah.. ah sedap! ah sedap!...


brutal polka dot

skang dia suker main air liuq dan gaya dia tiap kali sedar dari tido adalah gaya seorang peninju. bila tido meniarap, buntut harus tonggek. lambat dpt susu suara dia mengalahkan ning baizura.