Daisypath Vacation tickers

Tuesday, June 16, 2009

sambungan citer kat kampung

assalamualaikum... uishh.. udah lama tak menghapdet blog ni.. malas ade, boring ade. tapi bila dah ade masa free ni aku teringin plak nak sambung citer masa kat kampung tu. setori ni still hari petama kat kampung. masa ni lepas kak sue balik dari kebun. kami bersiap utuk ke rantau panjang. ape lagi... shopping arr...
tu dia... pintu keluar masuk rantau panjang. pintu ni adalah untuk pemeriksaan pihak kastam. mana le tau telebih beras ke kan.. seludup barang dari golok ke... terlebih beli barang pun tak leh.. ishh... payah kan
pada sesiapa yang blum sampai ke kelantan, ni le pemandangan pasar besar rantau panjang. banyak kedai dan macam2 ado... dalam tak nak beli akan cair gak dengan harga yang berbaloi. kena pandai 'kecek' la..
gambo selipar pun aku snap.. apa da...

minah ni paling gile menyoping... macam2 dia beli. maklum... bonus lebat! lama lak tu dia menerai itu ini. dia sorang je dalam satu kedai tu berejam. nak plak anak tokei kedai tu layan je pe'el sengal aku masa tu.. lawak ar budak tu... hehehe...

hasilnya, aku shopping barang untuk kenduri adik ipar aku. hubby beli dua tiga helai baju, sandle sepasang. aku nan ado... mak tak kuasa nak menerai baju2 kat situ sebab masa suntuk. kat tmpt barang jual bunga telor pun dah berjam jam. sampai umah pun dah malam. fuh... letih gilos.. malam tu kami gerak ke kampung lagi satu. kampung halaman mak aku. story pasal kenduri kawin tu lepas ni ok.

masa ni aku ngan kak sue kat depan kedai kak na. (kakak juki) kami tgh tunggu hubby2 tersayang. entah ape depa buat masa tu aku pun tak ingat. ishh.. lama gak la menunggu. eh lupa plak.. ni citer seterusnya... citer hari last day di kampung. aku skali kan ajo. senang citer.

pagi sebelum bertolak balik kl, kami sempat ke pasar isnin di pekan machang dan ke pasar pekan tanah merah. tak lain tak bukan beli barang makan plak. nenek dan mak mertua aku kirim keropok.

dah beli barang2 kat tempat yang aku cakap tadi, kami ke batu 9 gual ipoh. bukan ipoh perak ok, tapi nama tempat kat kawasan tanah merah. kat sini banyak gak kami beli keropok. keropok lekor dia memang sodap.

sos utk pencicah keropok jenama umi paling best. harga pun berpatutan

kenapa bekerut je muka laki aku tu?? pening pk banyak modal kuar ke cek abang... ngeh3x...
3 orang pekerja tgh sibuk menguli keropok lekor
hasil keropok lekor yang dah siap di uli kemudiannya di rebus

banyak betul depa ni beli. aku pun tak tau untuk sape. kami gerak balik kl pun dah petang. cakap je nak gerak tengahari, tapi tetap jugak ke petang. sampai kl kol 1 pagi. letih giler. tapi memang best bila dapat balik kampung kan. tak sabar nak balik lagi. raya ni giliran kampung aku dulu... yahuuuu!!!!

1 comment:

Anonymous said...

geng bas sekolah - mane keropok utk aku dan kawan2 yang lain?