Daisypath Vacation tickers

Friday, November 13, 2009

hulu tamu... sekali lagi

lama betul aku nak update citer ni. tapi memanjang tak berkesempatan. aku pun tak tahu ape yang aku bzkan. dan sekarang, macam ada masa skit, aku teruskan bercerita mengenai perkelahan kami di hulu tamu. ni kali kedua kami ke sana. sepatutnya kami bermalam disana dari hari sabtu, tak jadi sebab masing2 banyak hal. dan dikesempatan yang ada pada hari ahad tu, kami pakat sepupu sepapat tak lain tak bukan aku suami isteri dan family kak sue dan 3 yang lain tu saudara sekampung iaitu didie dan adiknya hairi dan pokli. kenderaan marzukilah yang menjadi nadi utama dalam perkelahan kali ini. kalu nak harap naik ngan kete biasa, lupakanlah. aku, hubby & family kak sue naik hilux, sementara didie, hairi dan pokli naik jip yang ditunggang oleh penunggang hebat..pokli. kalu tak biasa naik bukit yang berlumpur berlecak ni jgn ada hati nak ke hulu tamu. dan yang paling penting, hati dan minda anda kena kuat, cekal dan tabah untuk mengharungi jalan2 yang penuh advanture ini. kalu ada sakit jantung, buah pinggang, lemah semangat atau sebagainya, diharap lupakan untuk mengikuti xpdc seperti kami. anak2 kak sue dah biasa dengan dugaan seperti ini.. dorang pun dah naik syok. so, jom kita saksikan persembahan seterusnya... :D

setelah mengharungi jalan yg sempit, semak samun, jalan penuh batu, lecak, sungai dan sebagainya, akhirnya kami sampai ditempat yang dituju. dari papan tanda yang terpacak tu pun dah tau, tempat tu hanya untuk kenderaan gajah sahaja yang boleh masuk.

ramai jgk yang start berkemah pada hari sabtu tu. ni semua geng marzuki la. kalu nak tau, dia join orenge4x4 advanture team, klang valley. nak tahu.. hilux & jip dia dilengkapi ngan radio car dan siap ada walkie talkie yang jarah jauh lagi. senang nak berkomunikasi ngan geng2 dia. tapi yang pening tu, bila balik kg sekali satu kete, mcm naik teksi plak. tak berenti dapat informasi terkini. tapi bila pk pk balik, bagus jgk.. sekurangnya kita dapat tahu jika ada sesuatu yang terjadi dalam perjalanan kita ke sesuatu tempat tu. mcm balik kg baru2 ni, jalan dari bentong ke raub mengalami kesesakkan yang teruk, dengan informasi dari geng2 dialah kami berpatah balik dan melalui jalan kampung. senang kan.

masa ni masing2 tengah betulkan organ dlm badan. mana yang terkehel urat saraf ke, terganjak buah pinggang ke, terpusing ulu hati ke... hahaha... siyes beb.. memang nak tekeluar usus perut rasanya.. tapi memang best ar... advanture habis!

mane yang berkemah malam sebelumnya tu, dorang dah standby kemas ape yang patut. sekuranya ada masa nak lepak2 sebelum berangkat pulang.

orang lain tengah bz bersembang bagai, dia sibuk punggah barang2 nak wat turun. rajin la plak si abang ni. larat ke bang oi.. sebenarnya dia lapar la tu... hehehe...

yang dua beradik ni bz la dok posing bagai. banyak mulut lak tu.. tanya macam2. sampai malas pkak aku nak layan. nak2 si kakak tu, aduh... tak terjawab la rasanya dengan soalan dia tu. aku tak tau la ikut pe'el sape bercakap tak berenti.

dah punggah barang semua, amek port biasa tepi sungai, lupa lak nak snap gmbr. kak sue sediakan meehun goreng, nasi putih. kami bakar ikan, ayam, kambing. aku goreng nuget, fries, sosej gulung popia. selera mkn tepi sungai beb. anak2 mula la tak menyabar nak cecah kaki dalam air sungai tu. tgk je lah aksi riang mereka.

abang aiman paling suka wat aksi macam ni.

sila layan gambar seterusnya...


paling tak bleh bla, hubby aku syok sendiri. dia letaknye kamera atas batu depan dia tu, pastu dia lompat dari batu ke batu amek port background air sungai mengalir deras, pastu kamera snap auto. aduh.. aku tekejut beb, mau taknye, silap lompat tejatuh lak dalam arus deras tu tak pun atas batu besar2 tu. aku punya menjerit time ni tapi dia bleh sengeh kambing lak ngan aku. siot je.. lain kali ajak la aku sekali... ahaksss...

dah lama berendam, dah naik kecut segalanya, kami naik atas panaskan badan. time ni budak kecik ni dah letih gamaknye. nak susu la plak. nampak mama yong dia dengan gigih membancuh susu utk dia.

masa tgh lepak2 panaskan badan, turunlah sekumpulan geng cherokee ni. rupanya geng shamsul ngau2. cherokee merah tu dia punya la. dia ketua kumpulan rupanya. dorang dari atas bukit. nampak tu cemana rupanya kete dorang. dah naik bebulu tayar tu gamaknya. tak sempat la nak begambar ngan dia, aku tgh bz membakar masa ni.

dah turun geng shamsul tu, tiba geng juki la plak naik atas. masa ni aku, kak sue dan anak2 tak mau naik. sakit dada dibuatnya. lagi teruk advanture kat atas tu. nak plak masa ni anak2 dah letih. adik pun dah tido. so kami lepak sambil mkn2 je la.

peace... standby utk mendaki.

hubby kata mmg advanture habis lah. kalu kitaorang ikut mau terpekik terlolong gaknye. dia siap turun tu nak snap gmbr. pijak lecak tebal tu... eii... geli mak nyah!

lama gak kami tunggu dorang patah balik. sampai hari dah nak ujan. sempat gak la aku standby kemas barang2 sblm ujan turun. masa ni aku takut skit, air sungai dah mula mcm teh susu. tandanya ujan akan turun dan mungkin ujan dah lebat dari atas bukit. so, amaran pada abang dan kakak, jgn turun lagi dah. takut jadi benda yang tak elok.

dah siap mengemas, dorang pun turun. masa ni dah renyai2 skit. sempat la posing dulu. ape yang didie tgk kat atas tu? ujan baru renyai beb. kak su.. bakpo ganas mu posing?? 'debbee ko?' ngeh3x

hubby, juki, didie, pokli dan brother ape ntah nama dia. tak ingat plak. tapi dia kelakar la orangnya. orang kuat orenge team.

tiba masa untuk berangkat pulang bersama geng2 orenge yang lain.

sepanjang perjalanan pulang, kami semua dah keletihan. mata pun dah kuyu. bila dah lalu balik jln penuh liku tu, macam dah tak de perasaan nak menjerit lagi. lelapkan mata lagi layan.

last sekali diorang bergambar kenangan. masa ni kami mungkin dah hanyut dibuai mimpi kot. aku pun tak sedar dah. seronok tapi agak letih jgklah. insyaAllah, lain kali kita bermalam plak disana lagi. tapi bukan dimusim ujan ni la. semalam dapat berita sedih, kak maya, kakak cleaner kt opis aku, yang selalu aku minta urut badan tu, anak dia lemas kat sungai sendat, hulu yam. pada mereka yang ingin berkelah pada saat cuacaca yang tak menentuk ni, lupakanlah buat sementara, memang ajal tak kira tempat, tapi kita beringat sebelum kena. al-fatihah kepada aruah sharipudin.

tengah pening ni, hubby tak habis pujuk rayu nak beli cherokee. nak join team orenge jgk. aduh... pening kepala aku. berapa biji kete nak jadikan aset ni? kang org tu tak cukup jari dok mengira kos kami laki bini. ada yang sentap ke nampak aku mcm mewah? ada... aku pun tak tau knp. aku tak le mewah mana, cukup2 mkn je. lain la aku dok banglo mewah, kete BMW ke,. merc ke, sport car ke. mini car ada la... hahaha... entahlah, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. tapi orang selalu tak senang duduk bila tgk kita senang dan bahagia. ada aku kesah... cak cak cak!!! hubby ku sayang, minta porsche satu, kaler merah ok! ahakss... jgn mimpi la noks..

5 comments:

Anonymous said...

azab menunggu citer kau ni kak long

ayulicious said...

mintak porche???
muat ker nak naik kak long??..
biasa la kak long...klu kite senang sikit,ade je orng nk dengki2 ni..dah mcm2 aku kne, pdhal xde kacau pon org.. tp ade je salah aku..tp, jgn satu hari aku berckp tenteng nya...klu aku jahat pon, aku x jahat dgn jantan...dan aku sentiasa berdoa agar Allah beri alasan kpd nya...Amin...

Unknown said...

ha...kuar pun citer ni..dah agak nk basi gak dok tggu..mmg syok giler kan..tulah pasai..izinkanlah ur hubby beli cherokee tu..bkn mahai sgt pun,yg penting dia minat ke arah tu bkn ke arah lain....nt kita p camping ramai2 kay,ajk nekmah sekali pasti syok...

my-niezzareena said...

hei... u jgn nak perli i ok. sedangkan kancil i muat, inikan porsche.. hei.. please ar.. ha?? sape orang yg dengki ngan kau tu nyah? buta ke orang tu nak dengki ngan kau?? kete pun kete mak... hahaha... jgn marah haaa.... ;p

my-niezzareena said...

nak beli ngan ape kak sue oi... bulu kaki pun selalu gugur, nak gadai camner.. hahaha... kalu ajak nekmah, harus kena lantik dia jadi ketua kita. baru ada kellaass... jgn lupa, bertindak mengikut arahan