Daisypath Vacation tickers

Wednesday, November 11, 2009

kisah dah nak lapuk

dah naik malas nak citer kisah balik kg aritu. tapi dek kerana paksaan seseorang, aku terpaksa gak la masukkan jgk. aku pun tak tau knp dia beriya2 sgt nak tgk gmbr2 masa kat kg tu. bukan ada yg menarik sgt pun. tak kisahlah heh... aku pun dah susah payah edit gmbr yg tak seberapa ni.

yang aku geram kat bdk kecik ni, asal aku pegang kamera je, ada la dia kat situ. aku pun saje je ke hulu ke hilir umah macam nak snap gmbr, tapi dia sempat gak betenggek kat depan aku. mcm gud gud.. ckp dlm hp mainan dia tu. entah ngan sape dia sembang pun tak tahu la.

gmbr ni agak tak memuaskan. entahla.. ape yg tak kena pun tak tau. tapi yg penting baju yang kami pakai sedondon ni adalah baju tema masa aku kawin 5 tahun lepas. kain yang disponser oleh mak ngan makcik aku untuk kazen2 belah mak aku. jgn tak tahu, masih muat lagi ok. maknanya kami semua ni masih menten le..hikhikhik... ish... nak masuk 5 thn dah aku kawin kan?? wow!!!

xceli banyak lagi gmbr masa malam kenduri tu. malas la nak edit banyak2. yg diatas ni masa kami kat airport kuala terengganu dah. saje posing jap sementara tinjau2 tgk suasana dlm airport KT ni. sangat menarik ukiran yang ada didalamnya. tradisional sungguh.

ni, mak ngan kazen dia cik yah. same je paras rupa dorang kan. cik yah pun p menunaikan haji bersama husband dia pakcik mail. senang kalu p ramai2 sekali sedara mara ni. apa2 jadi ada tmpt nak bertaut. ari tu aku p umah cik yah, dia ajak kami mkn kat umah anak dia. pastu turun dari kete, jalan nak masuk ke umh anak dia tu, angsa gigit punggung mek [mak marzuki]. yang kelakarnye, dia tak le menjerit ketakutan, tapi gelak tekekek kekek... aku yang melompat belari naik tangga. lepas tu kami gelak ramai2... aduh... kelakar la waktu tu. mak aku cakap, kalu jadi kat aku, dah tentu satu bandar perala [nama tmpt umh cik yah] tu bergema ngan suara aku.. ngeh3x...

suasana diluar kawasan airport bagi para jemaah haji dan keluarga sementara menunggu waktu chek-in. panas terik wo masa ni. tu yg kami lepak dalam airport. nasib le dapat masuk.

suasana ni yang paling aku tak suka. walaupun perpisahan hanya untuk sementara, namun ku rasakan seperti jangka masa yang lama sekali. tangisan kaum keluarga mula kedengaran waktu ini. yang pasti, mak aku paling teruk nangis bila pisah ngan kakak dia. dan kak sue pun sama. aku tak payah cakap la... siap tutup muka ngan sapu tangan. tak tahan beb. skang ni pun aku dah rasa sedih kembali. teringat, rindu kat diorang semua. saat ni, mek dapat panggilan dari cucu dia yang belajar kat uitm perak. huh... lagi sedih sebab tak dapat balik. arrrgghhh... air mata aku bercucuran. ni malas citer kisah sedih ni. masa ni mek peluk aku erat, aku pegang tangan dia kuat... bisik ditelinganya moga doakan yang baik untuk kami sekeluarga. doakan moga aku dikurniakan cahayamata. mek kata, doakan dia selamat pergi dan balik. moga dia diberi kesihatan yang baik disana nanti. dia cium pp aku, aku balas kembali. huh... sayu ni...

cuma aku tak berkesempatan nak jumpa tok cu ngan wife dia sebab aku terpaksa dukung adik syasya. suasana masa tu dah sesak sangat. tengoklah keadaan tok cu yang bongkok tu. kak sue sempat jumpa diorang, kak sue citer kat aku, sedih tgk tokcu ngan mek rahmah. pimpin tangan jalan sama2 masuk ke airport. terus berjurai lagi air mata aku. cemana la diroang kat sana. harap Allah memberi kekuatan pada mereka disana.

mek, poknik, tokcu, mek rahmah, cik yah dan pakcik mail... kami tunggu kepulangan kalian. moga kalian sihat dan kuat disana. doakan yng terbaik untuk kami semua. sampai jumpa lagi 8.12.09 nanti. selamat menunaikan rukun islam ke lima.



nota geram : ayu! kalu nak tggu gmbr dr kamera kau, thn depan pun belum tentu dpt gamaknye

1 comment:

ayulicious said...

mekaceh ler kak long ku yg sudi update gmbr2 ni...
bukn aku x sudi nk bg gmbr2 kat ko... tp aku x dema la nyah....
nnti la ku bg kat ko kamere bawu aku yg lg canggeh tu ye...
hehehhe