minggu lepas, saya telah menjemput 4 orang kawan baik saya utk sesi lawatan sambil makan². hehe.. bukan masak ape pun dan bukan rumah terbuka pun. tahun ni tak berkemampuan la nak wat rumah terbuka. lagi pun, tahun ni kami suami isteri lebih banyak berjalan ke rumah saudara mara. entah... tahun ni rajin plak berjalan jauh.
lepas balik dari makan² kat rumah madir dan kak ct minggu lepas, dorang pakat ramai nak dtg rumah kami. saya cakap boleh je, tapi makan nasi goreng ngan ikan masin jek. hehehe... kejam tak? tiba² ada permintaan plak dari kak ina. dia kata ok je nasi goreng. tapi nak nasi goreng puan naimah mcm dia masak bulan puasa yang kami makan masa berbuka kat kl sentral tu. ooo... nasi goreng udang kunyit rupanya.
beressss
setelah pujuk rayu dibuat terhadap puan naimah, akhirnya sabtu lepas adalah tarikh yg mmg sesuai utk jamuan makan² ni. kena plak ngan minggu akhir syawal. knp ngan puan naimah? oo... dia adalah sifu saya. dia chef terhebat dalam keluarga kami. tak selera nak makan, bila tgk ape dia masak.. kompem, bertambah punya lah. itu lah mak saya. cuma saya je tak habis 'menurun' ngan dia lagik. hehehe...
pjg plak bebel. jom layan gmbr plak
wahida dan keluarga. qalesya kat atas pangkuan dia tu. teringin lagi ke weh...
kak eda dan suami, abg marzuki. abg marzuki tu kelakar orangnya. walaupun dia jenis senyap, sekali lawak dia keluar, tak boleh tahan woo...
anak² mereka. kakak arin najla dan danish. nama dua beradik ni pjg, tak igt plak nak sebut
kak ina ngah layan anak kedua dia afnan. afnan mood tarak best masa ni
jarang berjumpa dorang ni. tapi bila dah jumpa, banyak betul yang disembang. ape yg kelakar tu pun entah le
kak ct, marissa dan masarrah. marissa mcm biasa... dgn saya tak boleh jumpa. pasti ada je yg tak kena
menu kami ari tu. mee kari, sambal kerang, nasi goreng kunyi udang, popia sosej, koktel dan tembikai. lupa plak nak snap gmbr nasi. habis semuanya... alhamdulillah, tak membazir.
kedatangan sepupu yang tak disangka. hehehe...
puan naimah dan sofia, anak sepupu saya. terima kasih mak, sudi masak utk hari tu. saya cuma bantu ape yg patut je. sebab tu 'menurun' tak habis sampai skang. hohoho!!!
mula² mcm rimau ngan saye. bila saya kuarkan kamera, nah.... terus give me 10 la pulokkk..
masarrah plak yang tak sihat ari tu. mood pun mmg tak besh jek. bila pegang skit, dia marah, bila belai skit, mcm nak telan kita je gaya dia. nway... sgt seronok bila dapat layan gosip ramai² mcm ni. cuma kak ku je tak dapat dtg ari tu. kami paham, kak ku jauh nun di bangi sane. mm... jauh sgt la ye. hehehe
ok den, itu je citer utk lawatan dari para sahabat saya. terima kasih pada semua kerana sudi memeriahkan suasana, pada yang tak dijemput, lain tahun plak la ye. tgk bajet tuan rumah la nnt. hehehe...
oh ye, ahad ni ada kenduri doa selamat utk qalesya dan bondanya sebab dah abes pantang. juga aqiqah utk qalesya, tok ayah sponser kambing. wow!!! golek²... best tu!
tgh layan belanjawan ni. adoi... siksanye nak tunggu habis. nak tunggu yg tu je pun. rasa² ada tak? ahakss
3 comments:
ada mmg ada...500 pn jadilah...alhamdulillah syukur...
puan sya..
ok la dari tak de.. betul tak. rezeki jugak tu. hehehe
Akak, nape sye xdi jemput ni??ni yg wat sentap..kata sayang kata cinta tp xde pon..hihi kidding sis..chomell sgguh ank kak ct tu ye..nk rambut cenggitu jugak tuk baby..huhu..kak wahida dpt dukung qalesya..anty pia ble plak..huhu...
Post a Comment