Daisypath Vacation tickers

Friday, May 14, 2010

sambut hari ibu @ kg


masa kami semua balik kampung minggu lepas, balik dari tahlil hari ke dua aruah pakngah, kami sama² sambut hari ibu bersama dengan keluarga yang ada pada malam tu. yang diraikan adalah mak saya, mak juki atau mak mak mertua kak sue, maklong iaitu kakak sulung juki dan juga tak lain tak bukan, orang kuat majlis, kak sue debom. kek yang disponser oleh saya sendiri. tak pernah lagi sambut hari ibu bersama macam gini. kebetulan semuanya. saya sentiasa mendoakan kebahagian serta kesejahteraan kami sekeluarga akan kekal selamanya. saya sayang kamu semua.

Wednesday, May 12, 2010

tahniah pada kamu berdua

suka dan gumbira sebab encik suami dan juki telah lulus exam radio amatur ni. kira naik pangkat la lepas ni. hebat... kami para isteri tumpang gumbira.

depa berdua tak caya leh lulus sebab memang susah giler exam tu. apa pun, encik suami boleh lah tuntut hadiah dari puan isteri ye sebab itu janji puan isteri sebelum encik suami amek exam tu

selamat hari ibu

tak sempat nak n3 pasal hari ibu minggu lepas. semuanya sebab tergesa² pulang ke kampung. dan hari ini, buat bonda tersayang...

terima kasih atas jasa dan pengorbananmu dalam membesarkan kami adik beradik. penat lelahmu dengan membesar dan mendidik kami tidak dapat kami balas dengan apa jua. terlalu besar nilai kasih sayang mu terhadap kami. yang mampu saya ucapkan

sumpah saya terlalu sayang mak

cerita last week

salam...
last week, hari jumaat pagi, saya dapat call dari mak mengatakan bahawa pakngah saya iaitu abang kedua kpd mak saya tengah tenat di hospital KB. mak cakap dia nak balik kg dengan adik bongsu saya. saya suruh dia call anak buah dia dulu kot² dia pun nak balik. selang beberapa minit, mak call balik dengan meraung tangis mengatakan abang dia dah pun meninggal. sebak sungguh mak ketika itu.
memang pakngah saya tu dah lama sakit. masuk hospital kuala krai dan dipindahkan ke sepital KB sehingga menghembuskan nafas terakhir. saya sempat menjenguk aruah ketika di kuala krai. ketika itu aruah dalam keadaan tenat juga. mak entah berapa kali dok ulang alik ke kampung. mak memang rapat dengan adik beradik. mak sorang yang dok kl, berjauhan dengan keluarga di kg.
lepas dah terima berita sedih tu, saya terus menghubungi kak sue dan encik suami. dengan kata sepakat para sepupu semua, kami konvoi 3 biji kete. encik suami tak dapat balik bersama sebab masa tu dia tengah jaga exam. kebetulan, studen skang tengah rancak exam semesta. encik suami cakap, dia akan bertolak esok pagi. jadi, saya dan 2 orang adik tumpang kete kak sue, ayah tumpang kete kazen. punyalah laju dorang bawak kete, mcm dah takde break rasanya. punyalah nak kejar masa. mak kata aruah akan dikebumikan jam 5 ptg. mau taknye dorang pecut laju. elok kami sampai, jenazah sedang dimandikan. nasib le sempat kucupan terakhir.
saya memang rapat dengan aruah sebab masa saya kecik dalam darjah 1 sampai 3, saya sempat sekolah kat kg sebab masa tu mak sibuk keje. masa tu saya masih sorang takde adik beradik yang lain lagi. aruah la yang menjaga saya ketika saya tinggal bersama aruah nenek.
kini, mak hanya ada seorang kakak (mak juki) dan seorang abang. tinggal la 3 beradik je lagi. sempat juga raya tahun lepas kami beraya bersama aruah. saya teringat, mak begitu beriya nak amek gambar dengan aruah. sayangnya koleksi gambar dah hilang semua sebab lappy encik suami rosak. hilang habis semua gambar² dlm tu. sedih...
al-fatihah kepada mohd zain bin shafii. moga aruah ditempatkan dikalangan org² yg beriman. amin...
v
v
v
v
v
encik suami tak jadi balik sebab saya tak kasi. takut dia penat sebab ahad tu kami dh balik kl semula.
v
sabtu masa kat kg, terima panggilan dari kl, along joe, sedara belah mak, juga pergi mengadap Illahi. kami cuma dapat pergi tahlil dirumah aruah pada isnin lepas. al-fatihah juga kepada along joe dan takziah untuk keluarga aruah.

Thursday, May 6, 2010

legend, cherating : part 2

ok, ni serba sedikit cerita mengenai percutian kami kat cherating. saya dan kak ida begerak berasingan sebab kak ida kena tunggu anak2 dia balik dari sekolah. jadi, pagi jumaat tu saya dan encik suami gerak dari umh jam 9 pagi. kami p bekfes dulu, p bank, cuci kete, isi minyak pastu terus jalan. perjalanan yang agak tenang mulanya. pastu kami tersalah masuk jalan dan membuatkan encik suami mula nak bertukar jadi maikel shumaker sebab nak kejar masa. adoi... tu yang saya agak tak gemar sebab perut saya akan serta merta jadi senak atas kelajuan maksima yang encik suami lakukan itu.
alhamdulillah.. berkat leteran saya ketika itu, berjaya juga kami sampai kat hotel legend tu. dah check in semua, kami jumpa kak ida kat kedai makan baging, berdekatan jalan besar luar hotel tu. pastu balik ke bilik, rehat kejap pastu terus kami ke pool untuk acara basah. punya la syok.. pool dia memang besar dan banyak. untuk kanak2 udah semestinya. untuk dewasa ada 2 jenis. satu biasa.. maksud saya yang boleh pakai pakaian biasa dan satu lagi pool yang kena pakai baju seksi meksi tu. yang kami lepak berendam tu pool biasa tapi dalamnya 6 kaki tau. hahaha... saya memang le tak pandai berenang dan disebab itu lah saya, kak ida dan anak2 kak dia memakai lifejaket. jangan gelakkan kami tau... orang2 kat situ pun selut sama kami sebab kami je yang berani lepak kat sedalam 6 kaki tu. yang lain2 semua tepi2 je tau. sampai ada mamat kat situ pun cakap bagus pakai tu sekurang2 kami boleh bawak diri sendiri. anak2 kak dia tak payah cakap la... siap terjun selamba lagi. tak main la pool utk budak2 ni.
penat berleter... layan gambar dulu ok


mula2 saya mmg tak berani nak lepaskan badan mcm gambar kat atas ni. tapi bila banyak kali buat, saya makin berani. tapi kalu bukak lifejaket tu.. hampeh... ni mula2 encik suami mengajar saya biar releks badan tu lepas dia cuba lepaskan kaki saya. minta maaf le, saya memang tak pandai berenang..hikhikhik...

pastu encik suami gelakkan saya bila saya mcm belagak skit. hahaha... skang saya dah pandai tido atas air.. wow!!! menakjubkan.. terima kasih pada encik suami belikan lifejaket utk saya.

kak dia pun dah pandai... tapi dia kena tutup telinga, kalu tidak dia tak selesa. rasa air masuk telinga. banyak lagi gambar nak share ni. tapi tak sempat masa la nak upload. layan maner ade je dulu ye. nnt sambung lagi.

♠ pelangi petang ♠

pelangi petang ni saya amek pada jumaat lepas masa balik dari kerja. lokasi kejadian adalah di area bulatan batu caves. saat indah panorama ini. SUBHANALLAH...

v
v
v
v
memang terlalu mengharai setiap benda yang berada di depan mata...

Wednesday, May 5, 2010

legend, cherating part 1


permulaan n3 percutian kat legend ni tak de banyak citer nak kongsi. jez nak share gambar permulaan dulu. bilik yang kami ddk ni bilik standard dengan harga RM276 / night. itu pun disebabkan gomen rate. kalu tidak RM262.20 utk hari. hujung minggu atau cuti sekolah RM354.20.
legend cherating memang the best antara banyak² hotel yang pernah saya pergi. tempat dia..wow!!! pool dia.. pehhh!!!
untuk citer selanjutnya, tunggu le sambungannya nnt.