Daisypath Vacation tickers

Wednesday, May 12, 2010

cerita last week

salam...
last week, hari jumaat pagi, saya dapat call dari mak mengatakan bahawa pakngah saya iaitu abang kedua kpd mak saya tengah tenat di hospital KB. mak cakap dia nak balik kg dengan adik bongsu saya. saya suruh dia call anak buah dia dulu kot² dia pun nak balik. selang beberapa minit, mak call balik dengan meraung tangis mengatakan abang dia dah pun meninggal. sebak sungguh mak ketika itu.
memang pakngah saya tu dah lama sakit. masuk hospital kuala krai dan dipindahkan ke sepital KB sehingga menghembuskan nafas terakhir. saya sempat menjenguk aruah ketika di kuala krai. ketika itu aruah dalam keadaan tenat juga. mak entah berapa kali dok ulang alik ke kampung. mak memang rapat dengan adik beradik. mak sorang yang dok kl, berjauhan dengan keluarga di kg.
lepas dah terima berita sedih tu, saya terus menghubungi kak sue dan encik suami. dengan kata sepakat para sepupu semua, kami konvoi 3 biji kete. encik suami tak dapat balik bersama sebab masa tu dia tengah jaga exam. kebetulan, studen skang tengah rancak exam semesta. encik suami cakap, dia akan bertolak esok pagi. jadi, saya dan 2 orang adik tumpang kete kak sue, ayah tumpang kete kazen. punyalah laju dorang bawak kete, mcm dah takde break rasanya. punyalah nak kejar masa. mak kata aruah akan dikebumikan jam 5 ptg. mau taknye dorang pecut laju. elok kami sampai, jenazah sedang dimandikan. nasib le sempat kucupan terakhir.
saya memang rapat dengan aruah sebab masa saya kecik dalam darjah 1 sampai 3, saya sempat sekolah kat kg sebab masa tu mak sibuk keje. masa tu saya masih sorang takde adik beradik yang lain lagi. aruah la yang menjaga saya ketika saya tinggal bersama aruah nenek.
kini, mak hanya ada seorang kakak (mak juki) dan seorang abang. tinggal la 3 beradik je lagi. sempat juga raya tahun lepas kami beraya bersama aruah. saya teringat, mak begitu beriya nak amek gambar dengan aruah. sayangnya koleksi gambar dah hilang semua sebab lappy encik suami rosak. hilang habis semua gambar² dlm tu. sedih...
al-fatihah kepada mohd zain bin shafii. moga aruah ditempatkan dikalangan org² yg beriman. amin...
v
v
v
v
v
encik suami tak jadi balik sebab saya tak kasi. takut dia penat sebab ahad tu kami dh balik kl semula.
v
sabtu masa kat kg, terima panggilan dari kl, along joe, sedara belah mak, juga pergi mengadap Illahi. kami cuma dapat pergi tahlil dirumah aruah pada isnin lepas. al-fatihah juga kepada along joe dan takziah untuk keluarga aruah.

1 comment:

Eya Eybizz said...

Al-Fatihah buat mereka2 yg telah pergi utk selama2nya..semoga roh mereka ditmptkan diklgan2 org2 yg beriman.