ini cerita semasa kami otw balik dari kg ke kl. kejadian ni selepas terowong genting sempah. masa tu hujan agak lebat. tiba² juki terkejut sebab ada kete xcident tepi jalan. kira kejadian tu baru berlaku. juki pun berenti utk memberi bantuan. saya dan kak sue pun turut sama tolong. myv tu terbabas ke tepi jalan dan langgar divider tu. agak teruk jugak la kete tu. juki terus hubungi member scs dia.
driver myv tu mcm patah tangan atau seliuh kot. dia pun mc dlm trauma. kesian tgk dia. yang kawan dia lagi sorang tu mmg tgh gelabah giler ar. pucat giler muka dia. kaki tangan dia habis luka. bergesel dengan ape pun tak sure. tapi yg buat kami tercengang, kedua air bag boleh pecah weh. huh... dasyat tu. nasib le depa selamat dan tak membabitkan kete lain.
masa ni bunyi alam kete punya la kuat. dan ada bau hangit. saya cakap pada semua, jgn dekat sangat ngan kete tu. takut meletop plak. dok kejap tu, abang syukor kawan juki tu pun sampai.
tengah dok huru hara nak bukak bonet depan myv tu utk kasi ilang bunyi alam, tiba2 kak sue menjerti. sebelum tu memang kak sue yang kawal lalu lintas. sebab tmpt kejadian tu betul² selekoh dan turun bukit. kete plak laju² belaka. ujan plak makin lebat. masa kak sue menjerit tu, saya dan adik² saya dah masuk kete sementara tunggu polis dan peronda sampai. pastu nampak kak sue menjerti. toleh belakang... tu dia... viva plak melayang masuk longkang. kata kak sue, dari jauh dah nampak viva tu nak elak kami. kalu tak.. entah le.. mungkin akan melambung ke kete kwn juki dan hentam kena keta juki. apa akan jadi pada kami² yg berada dalam tu? dan nasib baik plak viva tu tak kena divider palang kuning tu. kalu tak mmg lagi merebak ke kete lain. tapi yg best tu.. viva tu melayang dan jatuh dengan senyap sekali. mmg tak bunyi berdentum pun. saya cpt² kuar dari kete berlari ke viva tu soh org yg ada dlm viva tu kuar cpt sebab takut kete tu meletop. masa tu saya dan kak sue dah nangis ketakutan. mmg dekat dgn kete kami. elok je viva tu masuk longkang, polis dan peronda pun sampai. nasib baik la mamat viva tu takde pape. sikit pun tak cedera. huh... pengalaman weh. mamat viva tu aku respek ar. memang cool giler. skit pun tak panik. tp tak tau ar kot dia cover ke kan. dah polis semua ada, kami terus cabut, takut merebak plak ke kete lain lagi. trajedi ni mmg takkan saya lupakan. kepada semua yang melalui lalauan karak menuju ke kl, berhati-hati lah. mmg tmpt tu laluan gerun buat saya sekeluarga. encik suami, jika awak membaca ini, ingatlah...
6 comments:
nauzubillah...
anony : minta jauh dari org2 yg kita sayang... kan kan kan...
mmg gelabah mase tu..... mintak simpang malaikat 44...
kan ayu kan...
itu lah pepatah melayu...MALANG TIDAK ADA BAU WO... Ajal maut di tangan Allah, tp kita tak dilarang berikhtiar untuk mengelak mala petaka... :D
puteri : betoi3x... kalu dah tesurat, ape leh buat...
Post a Comment