Thursday, December 31, 2009
::..selamat tinggal 2009..::
Wednesday, December 30, 2009
dunia atau aku
aku sentiasa fikir bahawa dunia ini sentiasa indah
tapi kadang kala aku rasa dunia ini kosong
tiada erti tidak punya ape
kadang aku rasa hebat dunia ini boleh simpan semua benda
boleh isi ape sahaja
bukan hanya sekadarnya
tapi terus berputar tanpa ada siapa yang paksa
bila aku happy, aku rasa dunia ini indah
bila aku sedih, aku rasa dunia ni kusam.. gelap tiada makna
namun itu semua lumrah kehidupan
yang pasti aku harus tempuhi
tanpa paksaan atau kehendak sesiapa
huh... aku pasrah!
jamboree 2009
sejak hubby dah join geng scs ni bermakna dia dah join sekali ngan geng² 4w. perkemahan ni diadakan start jumaat lepas sempena cuti krismas tapi disebabkan juki yang tak dapat cuti, kami gerak ke sana pagi subuh hari sabtu. perjalanan yg memakan masa selama 2 jam lebih. kami gerak dari kl dlm jam 6 pagi. sepanjang perjalanan aku tido tak hengat. tau² dah sampai. agak² aku rasanya masa tu dalam jam 8 pagi lebih skit kot. kami singgah sarapan kat warung mak ngah kat tepi jalan masuk ke tempat perkemahan tu. pekena nasi kerabu ngan nes panas. huh... sejuk utan dah terasa masa tu. kabus tebal. tgh layan nasi kerabu yg sedap tu, aku terpandang depan kedai mak ngah. mula tu aku ingat sekolah tapi kenapa ade jaring bulat² kat tembok. huh... rupanya pusat serenti siot. serammmmm...
selesai isi perut pagi tu, kami teruskan perjalanan. sepanjang jalan tu suasana kampung yang kebanyakkannye didiami orang asli itu sangatlah damai sekali. kabus pagi itu membuatkan aku seperti mau sambung tido. nyaman sekali rasanya. waktu tu terasa macam nak call mak tapi bila tgk kat hp line langsung takde. ni betul2 kawasan ulu... aku masuk taman negara pun ade line.
sampai sudah. ramai rupanya yang datang. semua ngan kete kebal masing². semua ganas². kami terus cari geng² rapat scs. lepas dah bawa turun barang semua, kami ke pentas utama untuk sama² menyaksikan acara perasmian. knp dorang tak rasmi hari jumaat?? mungkin ramai yg dtg hari sabtu agaknye.
yang paling aku tak tahan kalu berkhemah dlm utan ni kalu penuh dgn lecak basah. aku tak suka. tapi nak wat cemana. aku lupa pakai sandle crocss aku. nampak tu kaki kami semua camner. nak plak kenderaan yg kuar masuk semua gedabak². habis semuanya bertanah basah. tebal lak tu. yekkkk...... perasan tak gmbr kakak yaya.. masa tu dia tgh syok korek gigi. sampai juling biji mata. ape yg dia mkn? aku rasa dia minum air je
pendaftaran setiap kereta RM30. dapat t-shirt, stiker, pass dan buku. semua tu dlm gudie bag itam tu. banyak jgk khemah yg jual mcm² barang mcm t-shirt, topi, pengikat kepala dll. aku haram tak beli ape. tak minat nak jalan sebab kaki aku kotor. pelawak abby yus menjadi pengacara hari tu. sangatlah kelakar. ade je lawak dia. tgk muka pun dah boleh gelak besar. semua yg datang pada jumaat tu adalah konvoi beramai yang disertai oleh pihak polis dari kl sebanyak 8 biji motor dan satu kereta peronda. hebat tak!
habis perasmian, pertunjukkan motor cross dari kl dan payung terbang oleh salah seorang peserta scs. orang panggil dia wak terbang. hebat la wak tu. patutla masa aku lalu tepi khemah dia, aku nampak kipas besar. aku ingat kipas untuk pasang kat khemah diorang anak beranak.
hubby ngan juki mula la pasang khemah kami. nak tau, rumput dah tak de rupa. tapi dah penuh ngan becak. aku mula mcm tak selesa. tapi hubby bikin betul perfect. mula lapik ngan canves, letak khemah atas canves tu.. pastu lapik tikar, baru letak toto. em... bila masuk dlm khemah, aku rasa selesa. bila dah masuk tgh, aku mula jadi nak marah. panas terik woo.. hubby ngan juki entah hilang kemana. diorang dah masuk dalam utan utk acara pertandingan hardcore 4x4. kak sue lak dok bz masak ngan para isteri geng scs. semua baru kenal kat situ. semua peramah. kami dah mcm satu keluarga. masak semua bersama. pastu layan kerenah budak 2 orang tu. abang aiman entah kemana lepas dah dapat kawan baru.
ni la aktivitinye. aku sumpah takkan masuk tmpt mcm ni. geng² diorang pok die dan abang pra dapat tmpt ketiga. tahniah.. press ramai giler masa ni. penyampai acara sukan akhbar yg dari tv3 pun dtg. tinggi rupanya dia. hari isnin masuk tv3 program scoreboard. khemah kami je masuk, muka tadak. tak sempat nak amek gmbr masa acara sukaneka dewasa dan kanak². abang aiman menang acara lompat dalam guni, tempat pertama tau. kakak yaya kalah acara tiup belon. kesian dia... belon dah besar tapi tak meletup pun. kak sue dan juki masuk acara pas getah menggunakan stro. betul ke aku eja ni?? kalah jugak. lagi aktiviti yg ada tarian poco2, cabutan bertuah juki dpt sleeping bag, masa cabutan bertuah ni hubby tak p sebab masa tu la khemah masuk air. juki pun nasib je sebab p amek lauk. tiba2 dgr no dia naik. tumbang lembu sekor utk jamuan mkn mlm, pertandingan karaoke, pertandingan bola sepak dam mcm2 lagi.
banyak gambar tak sempat amek. batery kong. malam tu khemah aku banjir. ujan lebat giler. huh... pengalaman. khemah kami semua mengadap sungai. syok je rasa. aliran sungai tu la nama lata meraung. tapi air terjun dia dalam utan atas lagi. air jernih sangat. lagi satu pegalaman masa mandi. gelang mas kak sue jatuh masuk dlm sungai. masa tu tinggal aku, kak sue adik dan kakak je. juki ngan hubby dah naik ke atas bersiap. masa ni dah nak balik. aku soh jgk kak sue cari sampai dapat. siap pakai gugel abang lagi. senang nak celik mata dalam air. lama gak masa nak cari tu. aku ingat tak jumpa dah. sekali kak sue menjerti, huh... kami berdua menangis. rezeki hang la kak sue dapat jumpa balik. kalu tidak menyesal tak sudah. ni kali kedua terjadi pada dia. pengajarannye, jgn pakai barang kemas masa mandi sungai atau pantai. aku rasa kalu kat pantai tak jumpa dah... pasir jerlus kan. so..beringat lah semua.
ni la anak² geng scs. diorang ni semua, kalu mandi sungai tak hengat. tak tido pun tak pe aku rasa. asyik nak berendam je. aku ingat kat anak pok die. dia asyik nyendeng kat aku je. aku tanya dia suka kat aku ke.. dia senyum. aku saje cakap aku cantik tak. dia senyum lagi. pastu dia bersuara... untie ni mok la. hahahaha.... aku gelak besar. tapi untie cantik tak... dia angguk... ha... tu yang aku nak dgr... pastu dia amek ayam kasi kat aku... hahahaha.... suka kat aku la tu namanya. hikhikhik... sorang lagi tak silap aku nama dia firdaus. anak lyn kot. dia kalu pandang aku suka sengeh² sambil jeling manja kat aku. mcm memek gatal... nak ngorat aku la tu... akekekeke... pe'el budak seronok layan.. pastu bila aku tanya dia knp pandang untie mcm tu, dia senyum kambing... sah.. dia memang tangkap cintan ngan aku... pastu bila aku join diorang mandi kat sungai, suka lalu belakang aku pastu pegang bahu aku... akakakakakaka.... kelakar
2 hari semalam kat sane memang menyeronokkan. tiba time balik macam sedih plak. walaupun kadang kala aku mcm tak selesa dengan keadaan kawasan situ. aku ingat dah tak merasa di eskot dek abang² polis. rupanya dorang stay sampai habis aktiviti. masa konvoi ramai² tu, hanya tinggal lebih kurang 60 biji kete 4w. banyak tu...
lagi gambar dalam sini... sila la klik
Tuesday, December 22, 2009
sakit + sibuk + penat + sedih
harapan untuk esok hari
aku tahu kau bersedih dan masih bersedih dan mungkin akan bersedih entah sampai bila. aku tahu yang menanggung hanya kau seorang dan kami disekliling hanya boleh pujuk dan terus memberi semangat agar dirimu dapat terus menempuh dugaan yang hebat dari yang maha esa ini. apalah daya kami selain memberi kata2 semangat untuk dirimu terus tabah dan kuat menghadapai ujian ini moga masih ada harapan untuk esok hari. yang pergi tetap pergi, kita yang masih bernafas ini, kena teruskan perjuangan hidup. kau harus kuat mulai saat ini dan jangan risau, kami semua ada disekelilingmu. apa yang pasti... gapailah pelangai pagi untuk teruskan semangat baru dalam kehidupanmu dan anak2 tersayang. doa kami moga dirimu akan kembali ceria seperti dahulu.
takziah untuk sabahat karibku, kak ina.. yang telah kehilangan suami tercinta sabtu lepas. al-fatihah.. moga aruah ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman. aminThursday, December 17, 2009
** e.S.o.K [18 disember 2009] **
aku rasakan seperti ada sesuatu dijiwaku
perasaan seolah ingin mendekati dirimu
ingin mendendangkan lagu cinta untukmu
menyatakan bahwa diri ini sudi menerima lamaranmu
sebagai kekasih hatimu
ku rasakan mentari sentiasa menerangi diriku
kurasakan pelangi sentiasa mewarnai hidupku
kurasakan angin sentiasa menembusi jiwaku
dan hatiku berbisik bahawa kau diciptakan untukku
ketika kau menyatakan kau cinta akan aku
aku rasakan dunia ini hanya untuk aku
tiada lain yang seindah itu
sungguh sempurna kau melindungi diriku
detik kau melamar aku
membawa pinangan tatkala cincin disarungkan ke jariku
tiada yg lebih beerti buatku
biasa mana aku terlalu terharu
kau menjadi separuh hidup ku
setahun berlalu
ke jinjang pelamin kita bersatu
kini lima tahun genap berlalu
cinta, kasih, sayang, rindu segar selalu
terima kasih cinta hatiku
kau sentiasa menerangi dan mewarnai hidupku
biarpun belum rezeki untuk itu
sentiasalah berdoa moga Tuhan mendengar selalu
hanya satu pintaku
ketahuilah olehmu
bahawa hati ini, cinta ini hanyalah utkmu
wahai suamiku
mohd nizzam rosli
cintaku ada untukmu
cintamu dicipta hanya untukku
~ kau begitu sempurna untukku ~ ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*`*~*~*~*~*~*~*~*~
kita adalah insan yang banyak dosaketentuan Allah mengatasi segalanya
Wednesday, December 16, 2009
iklan tghari
puan gebus di datangi 3 org pelawat
tapi kan
kursus @ awana ~ part 1
dah naik sebu otak menunggu, akhirnya dapat gak masuk bilik. yg bestnye, semua staff opis aku dok satu floor. riuh le jadinye. nak2 plak suara adan tu. harus kecoh sekampung. aku tak tau la ini kali ke berapa aku menginap di awana genting ni. kira dah naik jemu la [belagak skit]. semua urusan keje kalu nak dtg sendiri aku tak mau la, buhsan... better dok atas genting lagi best. ok, bebalik pada hotel, aku sebilik ngan qees, budak yang agak weng jugak mcm aku. kepala dia mmg giler sebab dia mmg selamber. merembes la aku ngan dia malam tu... akekeke.. u know i know... hahahahahha...
ni permandagan dari atas bilik aku. kami semua dok kat tingkat 27. makngai... sayup tu!!! aku ni jenis gayat nak mampos. mmg tak dinafikan, keliling hotel ni mmg cantik. maklum, atas bukit kan. sejuk je... dah kemas kain baju, standby mengosok bagai, mula mata dah kuyu. oh ya.. petang tu kami takde kelas, mlm baru mula jam 8.30. so ape lagi... [bak kata adan] jom membuta!!
konon la nak lelap mata, tapi yang addooo. aku ngan qees ngalit dok besembang tak sedar dah jam 6 ptg. gosip itu gosip ini, aku terus tutup semua lampu, selubung ngan selimut tebal, suhu bilik pun dah naik beku otot2 badan... kami cuba lelap kan mata. tapi tak lena jgk. teringat hubby tercinta, adik yg ditinggalkan ngan mak. terus capai hp 3G ngan depa. argghh... rindu!!!
citer akan bersambung kemudian... ade keje jap
Tuesday, December 15, 2009
hepi beday NORAZLINA HAMDI
sebenarnya, ape motif beday kau ngan gmbr2 lama sekolah ni yek? entah, aku pun kureng pasti. ngape aku letak gmbr2 lama zaman kekurusan kita ni. tapi tolong aku, sape nama yg antara meen dan huzaimah tu ek. aku lupa la plak.
ni la geng kita kan mek na. kau ingat tak kenangan manis kita bersama. hehehe... zaman remaja zaman mendewasakan kita. masing2 sekarang dgn haluan dan keluarga sendiri. bila agaknya kita nak jumpa kembali. aku jugak yg masih tak punya zuriat. hukhukhuk... kau doakan aku ye mek na.
skang mek na dah cantik. dah ada big family. bisnes yang berjaya. anak2 yang cemerlang. aku bangga ngan kau mek na. bak dlm msg aku semalam... aku bangga ngan kau sebagai seorang isteri dan ibu yang berjaya kepada suami dan anak2 mu itu. ape yang penting
alhamdulillah... selamat tiba
syukur, semua saudara mara yang pergi menunaikan ibadah haji telah selamat sampai pada jam 9.15 pagi tadi. sedihnya, aku tak dapat merasakan kegembiraan bersama-sama keluarga yang lain menanti mereka tiba. mula tu mmg berhajat nak balik, tapi disebabkan hubby tak dapat cuti, maka aku pun batalkan sahaja hasrat itu. ikutkan hati mmg nak ikut kak sue balik tapi minggu lepas dah tinggal hubby sendirian, takkan nak tinggal lagi. kesian plak kat dia.
Monday, December 14, 2009
s.u.m.p.a.h
SUMPAH aku rasa kecewa saat in
SUMPAH hati aku begitu terguris
SUMPAH ini tiada mengena dgn rumahtangga aku
SUMPAH ini kerana orang disekeliling aku
SUMPAH aku merana
SUMPAH aku ingin saje meraung
SUMPAH hati aku pedih
SUMPAH air mata aku kini mengalir laju
salam hari isnin
Thursday, December 10, 2009
.a.w.a.y.
esok, aku kena p kursus ptk selama 3 hari 2 malam bertempat di awana, genting. dah le esok hubby cuti area selangor, kesian dek dia takdak geng. soh balik banting tak mau. nasib le sabtu tu dia ada program ngan juki. tak le dia rasa buhsan. kak sue, kalu sudi... ajak le hubby i mkn kat umh u ye.. akekekeke....
kursus ni terpaksa wat jumaat sampai ahad sebab melibatkan org2 penting dlm agensi. penting maksud aku adalah melibatkan front liner atau tugas yg mmg diperlukan sepanjang waktu oleh satu agensi itu. ni bukan kursus biasa yang boleh nak kuyu biji mata atau conteng2 kertas yg diberikan oleh pihak hotel. harap kursus ni aku lulus dengan jayanya... insyaAllah
xtvt baru
macam2
pastu kami main bowling lawan 6 org. aku, hubby, ayu, kak sue, juki dan adik kak sue, adik yie. bdk 3 orang tu pun main sekali. kebetulan sebelah lane kami tu mmg tersedia utk lane bdk2. seronok la depa 3 beradik membaling bola. lane bdk2 diorang mmg tutup longkang kiri kanan tu. aku lak naik syok balik bola, sebab gerenti tak masuk longkak. seronok layan bowling masa ni. kelakar kalu ingat balik.
sakit pinggang main bowling, elok je kat luar playground tu ade benda alah ni. memasing layan perasaan urut badan. em... rabun dah adik ku itu. dah pakai mata 4 pun.
anak2 memasing ngan game sendiri. nak tau, kete yg adik naik tu rosak. dia nak jgk naik. aku dengan selambanya goyang2kan kete tu dari luar. konon mcm mmg tgh begerak la. padahal, sakit tangan aku hehehe...
24 november
masa beday adik, paklong sponser kek ni. dia kan suka miki mos. suka dia dpt kek ni. pastu kami raikan di rumah kak sue. dia masak mihun grg dan mcm2 lagi. kenyang giler.
bekam lintah
Monday, December 7, 2009
ape citer?
cuti selama dua hari terasa begitu cepat berlalu. bangun tido bangun tido, dah masuk keje balik hari ni. seperti biasa, isnin adalah hari yang begitu membosankan untuk memulakan tugas harian sebagai seorang pekerja yang makan gaji seperti aku. sebab itu aku tidak dilahirkan untuk menjadi seorang kaki bisnes wumen.. ngeh3x.. sebagai seorang yang makan gaji, mendapat gaji bulanan, aku tetap seikhlas hati menjalankan rutin harian sebagai seorang kakitangan awam yang bekerja di dalam bangunan yang begitu gah bagi aku. [puji skit]
perhatikan gambar diatas, anda nampak aku mempunyai 2 name tag? ha... inilah yang dikatakan pekerja contoh. hahaha.... sebenornya, satu nametag pada masa jahiliah dulu dah hilang, aku tempah la yg baru ngan admin. tup tup masa pindah kat bangunan sendiri ni, jumpa la balik yang lama tu. itu le sebabnye... bukan giler kuasa untuk memiliki 2 tanda nama di dada, atau untuk membodek bos dengan memakai dua sekali didada kiri dan kanan ok. takde maknaya untuk berbuat begitu.
berbalik pada citer hujung minggu lepas.. tiada ape yang sangat menarik untuk dikongsi, biasa2 aje, cuma terasa nak kongsi citer dengan gambar2 yang sempat diambil sewaktu kejadian. mari kita saksikan...
lima disember dua kosong kosong sembilanadik sempat memberikan pose seksi ditangga umah.. nak duduk ke terkangkang ni?? sambil mengepit bantai ucuk mamayong yang mempunyai sarung bantal baru disitu. adik pun dah suka ngan bantal ucuk mamayong sungguh pun dia asyik cakap kat paklong bantal tu ucuk sangat. akekekeke.... ucuk2 pun suka letak atas muka masa tido.. jgn tak percaya ye, aku masih memiliki bantal ucuk meski pun usia dah masuk setengah abad. hubby pernah sorok bantal tu atas kipas syiling. puas la aku cari satu umah. ngupanya... puas la hati dia dajalkan aku. kureng sungguh... penah juga sekali tu dia dah masukkan dalam mesin basuh, nasib le aku nampak. maner leh basuh... ilangla bau acam tu... huh!!! nak tak nak, aku ikutkan kehendak dia p tempah sarung bantal yg baru kat kakak taylor yang aku dah biasa jait baju tu. puas aku cari sarung yang chun2 dan sedap, sejuk untuk dipeluk.
wah... sungguh tidak kusangka... nak jugak dia pakai baju yang aku paksa dia beli minggu lepas. jambu gitu... :D manis sungguh jejaka pilihan ku ini... auwww!!!! aku suka!!!!
yong.. amek gambar adik.. adik wat camni. [ mcm pose di atas] ye la... comel la kununye tu. bantal tetap dalam genggaman.
sentap sebab paklong pi alih kete lagi satu tak bawak dia sekali. adoi.. tu pun nak majuk.
kami yang mewarnai hari itu dengan tema pink kaler... tetap mau sedondon
lupa la plak nak bagi tau tujuan kami hari tu. kami balik banting kejap nak amek stok kerepak. tak tido sane pun sebab ahad tu hubby tunggu student call nak amek barang dalam stor opis. sudahnye, kalu dah perjalanan jauh, biasa la... hanyut la budak kecik ni. kalu nak tido memang habit dia suka garu bantal dan hisap 2 jari. lebih baik dia tido dari dok membebel entah ape2. becakap tak berenti.
aku yang kelaparan memerhati sahaje dari luar gelagat hubby, student tu bersama tunang dia. dari mu bawak tunang, baik mu bawak abang lori angkut sekali semua barang2 mu itu. kan ke senang... kaki menjadi model sementara ye... kalu banyak songgeh lagi, meh aku penyepak sekali.
berbekalkan asam yg mmg selalu dok ada dlm beg gantungku itu... menjadi alas perut sementara hubby menyiapkan kerja2nye. tekelat2 muka aku dikala itu. sungguh macham... sampai skang ayaq liuq aku kecor..
dah setel keja hubby, kami ke pasar pudu nak cari kedai yg jual barang2 walkie talkie. aduh.. tutup plak. dah la jalan sesak giler. tau2 je la kalu dah lalu depan pudu tu. muka aku dah mcm muncung tikus. lapar tak payah nak cakap la. sudahnye kami ke maju junction. mula tu nak pulun nasi. tapi bila hubby mkn mee kari feveret dia, aku pun sama jgk order menu yg sama.
ooo makngai!!!!! sodap sungguh!!!! semangkuk 5 hengget tau.
hubby kalu dah dpt mee kari ni, mmg tak ckp banyak la. pulun dulu kasi habis baru sembang.
kakak dan adik lepas solat maghrib. heheheh... abang imamnye. tgh solat pun boleh gaduh... kelakar!!! ok lah, tu je citernye. nak lunch dh ni, nak tido... ngantok ar.