semalam ada bazar kat opis aku. dlm banyak2 kedai yang dibuka, semua tertarik ngan satu kedai ni... perkhidmatan menyedut darah kotor dengan menggunakan lintah... yekk... itulah ungkapan yang kuar dari mulut aku pada mulanya. masa aku lalu kat kedai tu, ade minah sorang ni dia wat kat muka dibahagian pp dia dan kaki. tapi b4 tu, member aku qees ada wat kat tepi dahi untuk mengelakkan migrain berulang. tapi masa tu aku tak nampak sebab dia tutup ngan rambut. patutla masa meeting pagi isnin tu aku tgk dia serabai je. berbalik pada minah tu, aku tgk dia steady je. ramai yang kerumun kedai tu. aku ngan mmbr lain pusing2 la kat kedai lain plak. tup tup bila patah balik kat kedai lintah tu... member baik aku sendiri yang dok menerai. sape lagi, kak ku le. dia tu penggeli orangnye. entah cemana lak dia leh jadi berani. heran kami ketika itu. dia wat kak pp untuk rawatan resdung. bila kak ku buat, aku seperti tertarik untuk mencuba.
tapi masa tu dah suntuk sangat. dah kena masuk keje. masa kami merayau tu time lunch. pastu aku terpk utk tepon brother tu datang tmpt aku duty. nak plak dia naik. dok kejap tu dia dtg tmpt aku bawak lintah dalam 2 3 ekor. mak ai... aku dah mula mengeliat malu ketika itu. dia tanya aku nak wat berapa. aku cakap sekor dah la bang. nak try je. sekor RM10. aku ckp nak wat kak kaki. tu je tmpt yg aku berani. kalu lintah tu banyak songeh, aku kuis je kaki ni kat lantai biaq dia mampus.... hehehe... tu yg tak berani wat kat muka atau tmpt2 lain.
mula tu aku geli giler... mcm2 aku tanya abang tu. abg tu layan je pertanyaan aku. pastu dia cakap, ok... abang biarkan dulu, sebab abang nak turun balik. kang dlm kol 4 abang naik balik. masa aku start buat tu dalam kol 2.30. biar betul abang ni nak tinggal lintah ni lama2 kat aku. dia kata lagi lama lagi bagus. adoi... kang pensan lak aku dlm muzium ni sorang2... ngeh3x
dengan senang hati lintah tu menyedut darah aku. makin lama makin besar. wah... kenyang kau minum darah manis aku ye... lentok je kedudukan dia bila dah makin membesar... sedap la tu. kau minum darah aku, aku yang bayar kau ye.. tak pe.. minum... minum... aku memang telebih darah pun. hakikatnya ketika itu kepala aku dah mula wengggg...
jam 4 lebih brother tu naik balik. bila dia tarikh lintah tu.. dia seakan taknak tinggalkan kaki aku yang gebu ini. empuk la tu lending kat kaki gebu ku itu. pastu darah mengalir tak berenti. aku makin pening. dia kata mmg gitu.. balik keje tu, aku tunjuk kat hubby. dia kan tak leh tgk darah, so dia mcm tak layan sgt la xtvt hebat aku tu. ceh.. konon nak tunjuk la aku ni kebal tapi dia tak layan. bila dah sampai kedai mamak nak minum ptg, aku rasa macam kaki aku melekit. bila selak kain... mak ai... aku cedera parah!!!! p sevenE beli tisu dan hansaplast. aku lap sendiri, nak harap hubby, mau muntah darah dia kat situ. darah tu beterusan sampai malam. dan malam tu aku seperti lalok seketika. mcm nak demam pun ada. mungkin darah banyak kuar. dengan lintah tu hisap, dengan yang mengalir bagai.. aku seperti orang gile mlm tu. hehehe... kelakar. kalu tak de sebab.. sumpah aku tak mau buat dah. melainkan terpaksa. di ulang... terpaksa. kepada lintah itu, moga kau kenyang selamanya dengan darahku yang mengalir dalam badan mu itu. bila tgk gmbr tu balik, aku geli satu badan. kak sue pesan, jgn wat lagi.. hehehehe...
1 comment:
hhhhhiiiiiiiiiiiiiii yark!!!!!!
Post a Comment