tika ini aku masih lagi berada di rumah. ujan lebat sungguh menyembah bumi. aku sedar dalam jam 5.30 pagi dek kerana kesejukan yg teramat sgt. rupanya ketika itu, selebat-lebatnya kedengaran hujan yang turun dari luar. huh... kalu la hari cuti, alangkah sodapnya sambung tido. aku online di pagi hari ni pun bukan ape, sebab nak bli top up online. ramai lak kekawan opis yg dok msg bagi tau lambat sampai. nak diam tak tegamak, tu yg terpaksa bukak laptop. alang2 nak tunggu ujan berenti, ni yg update blog. rajin plak. saat ini, en. suami masih lagi dok mengerang atas katil. malas lagi nak bangun katanya. si kecik tu pun ada tido kat umah, semalam p amek dia. kalu dia tak de, lama dah kami redah ujan tu p keje. ni dek kerana dia ada, kang domam plak nanti. kete lak parking jauh skit dari tangga umah. tunggu renyai skit baru siap p keje. jadinya skang ni aku nak wat ape yang patut kat dapo tu. ciao!!!!
KLIA2 - KB via AirAsia
6 hours ago
No comments:
Post a Comment