syukur, semua saudara mara yang pergi menunaikan ibadah haji telah selamat sampai pada jam 9.15 pagi tadi. sedihnya, aku tak dapat merasakan kegembiraan bersama-sama keluarga yang lain menanti mereka tiba. mula tu mmg berhajat nak balik, tapi disebabkan hubby tak dapat cuti, maka aku pun batalkan sahaja hasrat itu. ikutkan hati mmg nak ikut kak sue balik tapi minggu lepas dah tinggal hubby sendirian, takkan nak tinggal lagi. kesian plak kat dia.
masa aku balik dari kursus minggu lepas, mak dan adik aku aciq dah balik ke kg. dan pagi tadi jam 3 pagi, kak sue sekeluarga pulak bertolak terus ke terengganu. baru sekejap tadi aku 3G ngan mereka. alhamdulillah... mereka sihat semuanya. aku bersyukur padamu Ya Allah... sempurna ibadah mereka disana. dan aku gembira bilamana mereka kembali juga pada pangkuan keluarga tercinta. alhamdulillah... hati begitu sayu dan ada air mata mengalir ketika ini. aku rindu pada mereka semua... teramat rindu
No comments:
Post a Comment