Sunday, May 31, 2009
perjalananku
hari kedua di kg
Friday, May 29, 2009
away from may 29 till 2nd june 09
petang ni aku, hubby dan kak sue sekeluarga akan pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri kawin sepupu aku di kelantan. so perjalanan kami akan mengambil masa dalam 5/6 jam... tengah malam kang la baru sampai gamaknye... harap perjalanan kami selamat pergi dan balik dan harap tiada sebarang masalah sepanjang perjalanan kami. kali ni kami balik satu kete aje. kami naik kete kak sue. save skit. leh syer2 minyak... perjalanan pun selesa, sekali dalam satu kete, mesti seronok. dah lama tak satu kete ngan dorang. mungkin konvoi ngan sepupu sepapat yang lain atau kami gerak dulu. tu semua tak pasti lagi.
lama tak tengok sawah bendang... maklum le... setahun sekali je balik kampung. thn ni kira 2 kali le aku balik. selalunya balik raya je. family aku dah berangkat pagi tadi. harap jugak perjalanan dorang selamat sampai. lama tak berkumpul sedara mara. harus seronok... tak sabar plak rasanya.
dalam beberapa hari ni mungkin aku tak online. doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik ye... jaga diri semua. selamat berhujung minggu.. jumpa lagi di minggu depan... luv u oollsss!!!
Tuesday, May 26, 2009
♥ . ._Happy Anniversary_. . ♥
Monday, May 25, 2009
hepi hepi hepi ! ! !
alhamdulillah... hubby dah selamat sampai jam 4.30 ptg sabtu lepas... amek aku kat umah kak sue dalam kol 6.30 gitulah... lega hati semuanya ok.. dia pun sihat.. kali ni dia tak shopping banyak sebab takde benda yang menarik.. katanya... barang2 pun mahal. aku tak kesah semua tu asal dia selamat ke pangkuan aku udah le... (hehehehe... betui kaaa??)
gmbr2 hubby nanti aku n3 later lah eh.. skang ni mud tarak mari lagi...
anyway... congratulations 2 my hubby and juki and mat yie kerana telah menerima anugerah sebagai manager, pearl manager dan diamond manager... apakah itu??? tunggu!!!
to kak sue and family, tq banyak2 sebab sudi tumpangkan aku bermalam kat umah dorang. jaga makan minum aku... ye lah, aku kan kurang kasih sayang sejak ditinggalkan... hehehe... mesti meluat dia baca ni... tq tq tq!!!
Saturday, May 23, 2009
. . . larut malam . . .
waktu ini jam menunjukkan 1.14 pagi... aku masih belum dibuai mimpi. bukan tak mengantuk, sebenarnya mata dah lali tapi perasaan nak tido tu belum ade lagi. masih boleh bertahan... skang aku berada kat umah kak sue, baru balik dari umh mak. aku masih sendiri dan menyepi di balik tirai sedangkan manusia lain sedang enak dibuai mimpi indah dan menunggu mentari pagi kembali menyinar menyembah bumi... sambil mendengar alunan muzik sentimental, hati aku tiba2 menjadi sayu. baru ditnggalkan seketika terasa begitu lama. tak dapat aku bayangkan jika maut memisahkan kami... huh... jgnlah diwaktu ini. biarlah kami berdua bersama seribu tahun lagi dan berilah peluang pada kami untuk terus menikmati keindahan alam maya ini ciptaan mu Tuhan...
sayang ku menghitung hari.. dengan debaran di hati.. saat-saat berjauhan teramat menyiksakan.. sayang sejak engkau pergi.. waktu seakan terhenti..dalam rindu kubisikan lagi namamu.. belum pernah ku alami keresahan yang begini.. siang malam ku bagaikan tiada berbeza.. dalam hatiku bertanya apa kau jua gelisah.. menghitung hari untuk segera kembali.. sayang dalam perpisahan.. terlalu banyak godaan.. demi kejujuran ini.. tidak kuhiraukan.. sayang bila kesunyian.. ku diburu kebimbangan..
inilah lagu yang baru aku dengar di sinar fm... menghitung hari-salamiah hassan.. kena la plak dgn jiwa kacau aku skang ni... semua dalam umh ni dah lena diulik intan, hanya tinggal aku je yang masih tak mengerti keindahan purnama malam..
aku... masih menghitung diri.. kesiangan yg panjang... malam yg sepi... ingin mengisi kekosongan hati...padamu kasih... aku merindui.. dengan kalimah.. malam siangku.. berliku liku.. duri dugaan.. siratan cinta...
nota kaki : jiwa kacau keseorangan... penantian satu penyiksaan bagai pungguk rindukan bulanFriday, May 22, 2009
♥ ku tunggu kepulanganmu ♥
Wednesday, May 20, 2009
ku ditinggalkan :(
kenapa aku tak dok umah mak aku??? emm... dorang pun jarang ade kat umah. nanti aku asyik gaduh ngan ayah aku.. dia suka tgk sport, tak suka layan citer melayu ke ape ke... asyik su....kaannn je... boring.... so skang ni, hati dan perasaan aku agak emosi, tak boleh tersentuh skit, pasti akan sentap... jaga jaga!!!!
Tuesday, May 19, 2009
!!!! arrgghh.... esok exam!!!
♥ 3 of us ♥
setenang jiwa dan perasaan... indah sungguh ciptaan yang maha esa...
insan yang baru mengenal erti kehidupan, namun masih tercari cari realiti atau fantasi.
langkahmu membawa seribu erti.
langkah demi langkah untuk menuju kejayaan. yang pasti kau berusaha untuk ke arah itu.
setiap usaha pasti ada kejayaan.. ya... kau berjaya mengharungi segala rintangan seorang diri tanpa bantuan sesiapa... kau begitu tabah dan berani... aku pasti bila dewasa nanti sifatmu akan terus begini...
mencari sesuatu yang baru... keluarlah dari kepompong lama, berani kan dirimu, tabahkan hatimu... pasti kau perolehi semua itu
begitu seronok sekali bila diberi kebebasan, ya... diwaktu inilah segala kebebasan akan diberikan. sebelum kau meningkat dewasa, buatlah apa yang tergerak dihatimu, bila dewasa nanti, langkahmu pula akan diperhati...
apalah yang anak kecik ini mengerti selain ingin mengecapi kebahagian dan keseronokan. sentiasa inginkan belaian dan kasih sayang yang secukupnya. hatimu bersih sesuci embun pagi. kau masih mentah untuk mengetahui segalanya dek kerana jiwa dan nalurimu masih halus untuk mengetahui semua itu. namun ketahuilah sayang... kami amat amat sayang padamu....
sayangku, terima kasih atas perhatianmu... kau menjaga tiap langkah kami sepanjang kami mengecapi keseronokan ditaman yang penuh seribu erti kenangan antara kita. pasti kita disini lagi suatu hari nanti untuk mengimbas kembali saat manis itu...
tidurlah sayangku... ku tahu dirimu begitu lesu setelah seharian berlari mengapai pelangi petang. jagamu ku tunggu dengan seribu harapan untuk hari esok.
Monday, May 18, 2009
email from mek na
Kami sekeluarga amat berbesar hati mengundang tuan/puan
Majlis: Kesyukuran dan sambutan hari jadi anak sulung kami :
Tarikh: 30 Mei 2009
Waktu : Majlis Kesyukuran dan doa selamat (Lepas Zohor)
Majlis Hari Jadi ke 7 - Muhammad Farid ( 2.30 - 6.00 Ptg)
Lokasi : No **, Jalan SG */**
Taman Sri Gombak
Sekian. Terima kasih.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Friday, May 15, 2009
esok adalah hari guru
esok hari guru... ishh!!! teringat plak zaman sekolah dolu dolu.. teringat cikgu2 yang pernah mendidik aku, pernah marah pada aku, pernah tengking tak siap keja sekolah dan banyak lagi lah... kalu nak citer pasal sekolah ni mmg seronok.. mcm2 jadi, maklumlah.. waktu tu zaman kenakalan... zaman nak kenal erti dunia... aku ngaku aku agak nakal masa sekolah dolu.. hehehe... tapi aku pengawas ok! team leader lagi tau... tau tau je la bila sekolah semua pompuan, masing2 nak tunjuk hebat... tapi sekolah kami berdepan dengan ampang boys.. berchenta la apa lagi.. sungguh indah waktu itu... zaman chenta monyet.. ahaks... sape sape dari args mesti terkenang semasa dulu..
aku cam rasa nak scan gmbr zaman sekolah dulu la... nak syer ngan member2 blog dari args. nak imbas zaman kegemilangan dulu... harus balik ni selongkar lemari ok...
pada guru2 args, pada kazen2 yg juga seorang guru, pada mmbr2 blog yang mungkin seorang guru dan pada seluruh guru2 di mesia ni, aku ucapkan selamat hari guru... pada cikgu2 args, tengkiu atas didikanmu, aku kenang sampai ke tua.
dan tak lupa untuk kazen aku sorang ni, marzuki le.. esok juga adalah beday dia. sama ngan hari guru... tapi dia tak pernah bercita2 nak jadi guru ;p hepi beday 2u, jgn lupa belanja makan ok...
Mei datang lagi
ape yang tak best pada aku hari ni??? rasa cam boring, bosan, sunyi... rasa ingin menyendiri membawa diri... bukan kerana hati terluka tapi rasa macam tak best je jiwa dan perasaan ni. adakah mungkin kerana cuaca di luar yang mendung seperti awan ingin mengeluarkan air ke muka bumi??? fuh... mcm2 aku pk skang ni... pk masa depan, ape akan jadi selepas ini.. terasa usia dah makin tua, haishhhhh.... ape sebenarnya???
tgh syok mengelamun tadi, sambil dengar lagu kat sinar fm, aku teringat kembali zaman dulu dulu... zaman kanak2.. zaman sekolah... zaman bercinta, bekerja... cepat betul masa berlalu... isshh... kuar lak lagu alleycats, berita dari rantau, mcm paham je aku tengah mengalami masalah jiwa ni.. ahakss...
Thursday, May 7, 2009
persandingan 2 mei 09
menyambut sang suami dengan menghulurkan salam tanda hormat. berdua menuju ke dewan untuk mempersembahkan adat sebagai raja sehari
menjadi tontonan umum kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai dan tetamu yg datang. menjadi perhatian penuh sehingga tersimpul malu kedua mempelai ini
sessi bergambar untuk diabadikan sebagai kenangan terindah. kedua mempelai ini sangat malu untuk bergaya kerana ditonton oleh para hadirin yang ada di bawah pentas.
sesi memotong kek... setinggi 3 tingkat dan seterusnya majlis makan beradap dilaksanakan. jgn tak tahu, aku ngan hubby turut serta makan bersama pengantin... hahahaha... tetamu terhormatkah???
mereka mereka ini mmg giler berkaraoke... memane tmpt kenduri kawin sure ade muka depa ni. mmg hantu melalak... nak nak yg gmbr fes tu.. tu le adik kedua hubby aku.. lepas ni dia plak nak naik pelamin... emm.. elok le buat cepat2..
jez nak syer gmbr baby ni ngan korang. aku ngan kak izan terlalu teruja ngan baby yang diberi nama dania ni.. sungguh montel. nampak muka dia masa ngan kak izan tu... mcm baby michallen kan... (betui ke aku heja ni??) masa aku p ali ngan zu tunang bulan satu lepas, dia kecik lagi. ni amek kau... muka masam je... panas kot... btw... tahniah kak izan, jaga kesihatan ok... moga kali ni tak de halangan yang menimpa kamu.
penutup story ini, kak shua doakan moga kalian berbahagia selalu, layarilah bahtera rumahtangga dengan penuh kasih dan sayang, percaya mempercayai, jujur dan yang penting, sikap tolak ansur mesti ada dalam diri kalian. jgn pentingkan diri, sentiasa ingat keluarga terutama mak dan ayah. moga cepat mendapat zuriat... selamat penggantin baru... moga kekal ke anak cucu!
Wednesday, May 6, 2009
pernikahan ali & zu
jam 10 pagi, kami tiba di masjid permatang pasir... tak silap aku la. acara pernikahan berjalan dgn lancar. hanya beberapa soalan saje yang tok kadi soal, dan alhamdulillah semua dia dpt jawab dan dengan hanya sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri. teringat zaman kegemilangan aku dulu... cewah... syok kan jadi raja sehari...
alhamdulillah.... impian tercapai jua. moga doa yang diaminkan menjadikan kalian hidup bahagia hingga ke akhir hayat. laksanakan tanggungjawabmu sebagai suami dengan adil dan saksama. walaupun dirimu kini mempunyai keluarga sendiri, tetapi jgn lupa akn jasa ibu bapamu... sentiasa ingat pada mereka...
seterusnya, pembatalan air sembahyang pun dijalankan. aku terima nikahnya si polan binti si polan dengan mas kahwinnya sebanyak RM80 tunai.... yes, itulah jumlah mas kahwin yg telah diberikan kepada pengantin pompuan. duit hantaran sebanyak... biarlah rahsia
sireh junjung salah satu perkara wajib dalam setiap hantaran perkahwinan dan kain ela sebagai hadiah langkah kepada kakak pengantin perempuan yang digubah menjadi buah manggis juga hasil gubahan dari mak mertua aku sendiri.
juga kain ela, langkah untuk kakak kedua dan buah buahan termasuk hiasan bawang putih (gula didalam sebagai pemanis) sebagai penyeri bakul... kekekeke... kretip mak metua ni
sejadah dan al-quran juga tuala yang ditaja oleh saudara terdekat. time kaseh bebanyak atas tajaan ini...
kain ela dan telekung yg dihias menjadi topi...
jam tangan, kasut dan handbag
perfume, barang make-up dan pembersih muka, juga ditaja oleh pihak tertentu... murah sungguh hati orang itu... tqvm! ape yg aku taja????? sedikit sumbangan dan lelain tu masa kenduri belah lelaki nanti. tamat sudah citer pernikahan, majlis persandingan akan bersambung nanti... tunggu!!!