Sunday, May 31, 2009

perjalananku

saje tengah buhsan ni, nak citer skit sepanjang perjalanan kami. dari kl kami bertolak lepas maghrib dan kami singgah makan kat burger king di stesyen minyak petronas dekat highway karak. lepas kenyang perut terus perjalanan diteruskan. dalam kol 8.30 gak la... tanpa sebarang masalah, perjalanan kami berjalan dengan lancar. kami tiba di sungai koyan jam 11 mlm sebab nak singgah umah member juki amek barang. mak pada member juki tu sempat lagi menghidangkan serba sedikit makanan ringan buat kami semua. yang best nescafe panas. huh... nikmat! lepas tu kami teruskan perjalanan sehingga ke simpang sungai koyan. kami berenti makan plak kat situ. menunya sup tulang, tomyam campo, daging masak merah, telur dadar dan sayur kailan ikan masin. mak ai... berselera kami makan. masa tu dalam kol 12.15 mlm. patutnya kami nak tunggu kazen2 yang lain untuk makan sekali tapi dorang masih jauh ketinggalan. tak sempat la kami nak tunggu. gendang dendut tali kecapi, kenyang perut senang hati... hahaha... mana tak senang hatinya. lepas perjalanan diteruskan, aku, kak sue ngan budak2 keras membongkang kat belakang. nasib tak bannyak kete. kami tiba di kampung jam 4 pagi. alhamdulillah... selamat semuanya. pastu ape lagi.. teruslah beradu.. masing2 keletihan, nak2 plak driver 2 orang tu... (juki & hubby aku ler) dorang gilir2 drive. so next story after this... tunggu!! nak p pasir mas plak... ade hal.

1 comment:

Anonymous said...

syok ka balik kampung?