Tuesday, May 5, 2009

ijai ♥ yana


selamat pengantin baru buat sepupuku ijai dan pasangannya yana, yang telah selamat diijabkabulkan pada 1 mei dan bersanding pada 2 mei lepas di kampung sungai pasir, sungai besar, selangor. sayangnya... aku dan hubby tidak dapat menyertai majlis tersebut kerana kami juga tulang belakang bagi majlis perkahwinan adik bongsu kepada hubby aku di parit buntar, perak. semua keluarga terdekat kami turut seta memeriakan majlis tersebut, dan kami semua akan balik ke kelantan, untuk majlis belah lelaki pada hujung bulan mei nanti.



pihak lelaki membawa sebanyak 7 dulang hantaran dan dibalas sebanyak 9 dulang oleh pihak perempuan. yang paling best, umah yana ni mmg dalam kawasan sawah padi. pemandangan yang sangat cantik dan sedap mata memandang. pihak lelaki telah menginap di homestay yang telah disediakan oleh pihak perempuan. homestay tu pun berdekatan dengan kawasan sawah padi. tentu seronok....


bagai pinang dibelah dua. sama cantik sama padan. tema purple dan merah jambu menjadi pilihan pasangan ini. sejuk mata memandang walaupun cuaca pada waktu itu sangatlah panas terik. aku suka tema yang dorang pilih. so sweet! jambu plak aku nengok ijai tu... hehehehe...



kompang dipalu pengantin baru... duduk bersanding tersipu malu... kompang dipalu pengantin malu... moga bahagia ke anak cucu... kami doakan moga bahagia... selamat sejahtera hingga akhir zaman... mempelai tersenyum manis... air mawar direnjis-renjis... bunga manggar indah berseri... oh... senyum tawa dan gembira... sanak saudara semua oh indahnya... merahnya inai di jari... tanda kasih dah termateri... ikatan raja sehari... oh... hari yang dinanti-nanti... sudahlah menjelma kini kekal dan abadi... selamat pengantin baru... moga kekal ke anak cucu... selamat pengantin baru
uda dan dara kini bersatu menjalin ikatan kasih dan sayang, makan beradap adat melayu, moga kekal ke anak cucu... hati gembira harapan cuma satu, mengharap bahagia dan kekal selalu...

nota suam suam kuku : tq 2 ayu atas gmbr2 di atas :p

3 comments:

Anonymous said...

moga kekal ke anak cucu!

ayulicious said...

moga ijai a.k.a uda bg pak uda aku cucu yg comel mcm ijai gendut..

ayulicious said...

ade jugak nme aku di bwh itu....
heheeh