Thursday, May 7, 2009

persandingan 2 mei 09

sambungan n3 majlis adik ipar aku ni... lepas zohor kami belah lelaki sampai di dewan ramli ngah talib, atucara telah disusun oleh wakil pihak perempuan. semua berjalan dengan sempurna, dari luar dewan sehinggalah ke pentas pelamin yg tersegam indah dengan pelita yang menghiasi suasana petang itu.

menyambut sang suami dengan menghulurkan salam tanda hormat. berdua menuju ke dewan untuk mempersembahkan adat sebagai raja sehari

menjadi tontonan umum kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai dan tetamu yg datang. menjadi perhatian penuh sehingga tersimpul malu kedua mempelai ini


sessi bergambar untuk diabadikan sebagai kenangan terindah. kedua mempelai ini sangat malu untuk bergaya kerana ditonton oleh para hadirin yang ada di bawah pentas.


sesi memotong kek... setinggi 3 tingkat dan seterusnya majlis makan beradap dilaksanakan. jgn tak tahu, aku ngan hubby turut serta makan bersama pengantin... hahahaha... tetamu terhormatkah???


mereka mereka ini mmg giler berkaraoke... memane tmpt kenduri kawin sure ade muka depa ni. mmg hantu melalak... nak nak yg gmbr fes tu.. tu le adik kedua hubby aku.. lepas ni dia plak nak naik pelamin... emm.. elok le buat cepat2..


jez nak syer gmbr baby ni ngan korang. aku ngan kak izan terlalu teruja ngan baby yang diberi nama dania ni.. sungguh montel. nampak muka dia masa ngan kak izan tu... mcm baby michallen kan... (betui ke aku heja ni??) masa aku p ali ngan zu tunang bulan satu lepas, dia kecik lagi. ni amek kau... muka masam je... panas kot... btw... tahniah kak izan, jaga kesihatan ok... moga kali ni tak de halangan yang menimpa kamu.


penutup story ini, kak shua doakan moga kalian berbahagia selalu, layarilah bahtera rumahtangga dengan penuh kasih dan sayang, percaya mempercayai, jujur dan yang penting, sikap tolak ansur mesti ada dalam diri kalian. jgn pentingkan diri, sentiasa ingat keluarga terutama mak dan ayah. moga cepat mendapat zuriat... selamat penggantin baru... moga kekal ke anak cucu!



3 comments:

ayulicious said...

dorng dulu le dpt ank gamak nye.....:p

ayulicious said...

anyway.selamat pegantin baru utk ali n zu...semoga bahagia ke ank cucu.....

mama Tiara said...

slmt pengantin baru