
Friday, October 30, 2009
pagi ni ~ kring kring..... hallu!!!

Thursday, October 29, 2009
nilai kasih seorang anak
semalam, tgh layan tv, hp aku munyik... kuar nama juki iaitu kazen aku hubby pada kak sue. bila aku angkat, bukan dia yg ckp tapi anak dia, si abang aiman tu. suara mcm sedih giler... perbualannya begini : : : :
abg aiman : yong.... [nada sedih]
aku : ngaper??? [nada tekejut]
abg aiman : abah tak nak bangun ni
aku : knp pulak???
abg aiman : abg dah kejut banyak kali soh p amek ibu, tapi abah taknak bangun jgk. nnt ibu nak balik naik ape.... [suara dah mula sayu]
mmg kebiasaannya, kalu kak sue ot, kol 8 lebih camgitu, juki dah kena kuar p amek kak sue, agaknya, abg aiman tgk jam dah dekat kol 9, tapi bapak dia tak jugak bangun dari tido, hati dia dah mula risau.... dan tak disangka, akulah tempat dia mengadu masalah. itu sudah menjadi kebiasaan, kalu ada pe pe.. dia akan cari aku dan tepon aku sendiri. itulah abang aiman, aku menjadi tempat dia mengadu nasib sungguhpun aku ngan dia asyik gaduh aje.
aku : ibu balik lambat le bang, kol 11 baru balik [mmg kak sue dh inform aku]
abg aiman : knp pulak, kan masa ni ibu dah kena balik
aku : ibu ada makan2 ngan kwn2 opis dia.. [dinner cimb]
abg aiman : oohh.... [perasaan mcm dah ok]
aku : nnt kol 10 abg kejut abah balik tau... kalu tak bangun jgk, abg tepon yong blk
masa ni aku dah datang emosi yang teramat sangat... perasaan sayu dah mula datang. suara aku dah mula begetarrrr
dalam pada tu, aku dok tanya lapar ke tak, kat taska mkn ape, adik2 wat ape, keje sek ada ke tidak, buku dah kemas ke blum
habis je ckp ngan dia, aku dah mula berjurai ayaq mata. hubby pun dok pandang pelik. dia pun dah tau pe'el aku, sampai dia cakap datang la ciwek dia tu.. ;( aku masuk bilik tepon kak sue. meluahkan perasaan yang terbuku dihati... sambil nangis teresak-esak sampai suara sedu sedan... huhuhu.... kak sue pun paham perangai aku. dia gelak je dengar aku citer.
mesej yang ingin aku sampaikan, betapa besarnya nilai kasih seorang anak terhadap ibunya. kecik2 lagi dah pandai jaga keluarga. maksudnya, dia mula rasa tak senang duduk takut ibu dia tak sampai umah kalu abah dia tak p amek. nak plak hari dah malam.
abang aiman baru darjah satu, perangai dia mmg le nakal gile, tapi bab bab cam gini dia pandai pk. pernah sekali tu, aku ke rumah kak sue sementara tunggu hubby balik dari ot. lepas dia mandi, dia kuar ke ruang tamu, tiba2 dia tanya aku kat ibu dia. walhal aku betul2 sebelah dia. bila dia nampak aku, dia senyum... aku tanya kenapa, dia kata tak de pape... aku rasa mcm disayangi sangat2... hehehe...
masa balik kg minggu lepas, aku dan kak sue bw adik p tindik telinga, lepas tindik tu adik nangis, mungkin sebab tekejut... korang mau tau, ngan aku sekali nangis kat kedai mas tu... hahaha... apa punya ciwek la aku ni...
ayaq mata ceq dah betakung... ceq beredar dulu la... takut orang nampak ceq tgh emosi, malu plak. itulah aku.... jiwa sensetip!!!!
Wednesday, October 28, 2009
nurshafiqah aimiesya @ syasya @ adik @ comeii

hari itu... :p
Monday, October 26, 2009
epy belated beday mummy ET
thanx to adan yang sudi teman p bli kek ni tadi. tq to kekawan yg sudi luangkan masa bersama meraikan beday mak buyut ni. tunggu hari je nak malatop dia tu, sabtu ni dah kena check in le kat sepital kl tu. harap selamat la semunya.. ni bb kedua dia. mak et, prezen delay eh.... hehehe...
minggu lepas aku balik kg, citer akan menyusul kemudian....
Wednesday, October 21, 2009
penghujung syawal
dalam kete adik dah bosan sangat, dia wat hal sendiri la kat belakang tu. bz ngan laptop dia siap nyanyi entah ape2 lagu pun tak tau. dan akhirnya dia lena dalam dakapan ku... cian dia..
umah pertama yang kami tuju kat rawang ni adalah umah wahida, member baik aku kat opis. sampai gak kat umah kau ye... masa kami sampai tu, dah tak de orang pun, member2 opis lama dia semua dah balik, cian wahida... penatnye... baru nak rehat kami lak sampai. sorry le lambat. tapi janji aku sampai umah kau kan...
menu wahida, mee udang [huh...sodap], nasi goreng ayam dan sambal ikan bilis malatop! dari dia bebel tak henti sebab aku kata dah kenyang, baik aku sumbat gak semua yang ada. aku dah risau takut tetido lak kat umah dia, kenyang macam lagi seminggu tak payah makan lagi dah... hehehe...
akhirnya sampai gak aku kat umah minah sorang ni. ni le kawan baik dari zaman sekolah, zaman remaja sampai le masing2 dah mendirikan rumah tangga akhirnya terputus hubungan sebab sheera dah pindah ke rawang. tapi keje masih di KL. sampai dah ada anak sorang ni le baru aku jumpa dia balik. last kami jumpa masa dia kawin 4 tahun dulu... lama kan...
sheera siap faks kan map untuk memudahkan kami mencari umah dia... maklum, rawang tu kami tak biasa sangat. nak plak taman umah sheera dan wahida ni bersebelahan je. senang le nak cari umah... kebetulan lak ye...
ha... kat umah sheera ni memang kami dah tak boleh nak sumbat ape pun. hanya sekadar minum air sahaja. kalu makan jugak, alamatnya memang aku bermalam je la kat umah sheera ni.. sedap2 gak menu sheera, laksam, laksa johor, kuih2 dan entah ape lagi yg aku tak perasan..
sembang punya sembang tak perasan hari dah nak masuk maghrib.. memang le banyak citer sebab lama tak jumpa, nak plak mak dia kawan baik mak aku jugak... lupa plak, kami dulu dok satu taman.. tu yang family kami pun kenal sesama sendiri.
nak tunggu citer kami, memang le takkan habis, kami terpaksa la beransur sebab nak hantar si kecik tu lagi... tq la pada kekawan semua atas jemputan kalian. alhamdulillah.... kenyang kami anak beranak. dalam kete aku dan adik dah hanyut diulit mimpi indah... tau2 dah sampai. cian hubby layan perasaan sorang2 ;p
Friday, October 16, 2009
aku dan penjual aiskrim :D
alhamdulillah.. berkat bahagia selalu, ceria selalu.. itu yang wat aku nampak muda kot... hahaha..
tiada lagi...
sahabat... sudah ketentuan sampai sini perhubungan persahabatan kita yang sudah sekian lama kita jalinkan. sudah puas hati ini memujuk dan merayu serta tak putus berdoa moga kita baik seperti selalu, namun kau memilih juga untuk memutuskannya.. dan katamu kau terima maafku akan tetapi nak baik mcm dulu, tak mungkin... aku terima.
aku tahu aku salah, mungkin aku tak sedar akan kekasaran yang aku lakukan, tapi tak terniat dihati ini untuk melakukan begitu. aku juga penah kecil hati dengan sikapmu, tapi untuk ape dipanjangkan cerita... aku diamkan sahaja dan pujuk diri sendiri.. kau tak pernah tahu semua itu.. dan tak pernah dihati ini untuk ungkit semuanya.
terima kasih kerana sudi menerima maaf dariku, terima kasih kerana berkawan baik denganku, terima kasih atas perkongsian suka dan duka, terima kasih atas jalinan persahabatan yang akrab sebelum ini, terima kasih sudi memberi jalan penyelesaian dalam setiap masalah yang ku hadapi, terima kasih segalanya.
hanya doa yang dapat ku panjangkan moga Allah memberi rahmat dan kebertakan pada dirimu serta keluarga tercinta, tiada lagi ikatan seperti satu keluarga antara kita... tahniah kerana akan mendapat cahayamata ketiga, namun aku tidak dapat kongsi kegembiraan itu bersama... dan semoga dirimu bahagia disamping kawan baru...
Thursday, October 15, 2009
nak hilangkan buhsan
takde ape pun dengan gmbr ni sebenarnya, saje nak hilangkan rasa buhsan dan ngantuk aku ni yang semakinlah menjadi-jadi... sampai nak juling dah bijik mata ni sebab ngantuk sangat. dan dengan itu saje la nak syer gambar ni dengan u ollss...
Friday, October 9, 2009
duit raya
[ sekadar gmbr hiasan ]
korang ada dapat duit rayee??? nak2 plak dalam usia cam kita ni.. nak nak plak dah bekerja ni... nak citer pasal duit raya skit. tahun ni mmg aku tak tukar banyak untuk duit raya. dalam RM150 aje. fikir macam cukup la sebab tahun2 sebelum tu kami tukar lebih skit dan mmg banyak lebih. sampai aku guna untuk belanja sendiri. dan tahun ni, dah tak cukup plak. aku pun heran kenapa. mungkin tahun ni banyak menyumbang kot. sampai dah pakai duit poket sendiri wat tambahan duit raya. tu memang aku tak kisah, rezeki anak2 kecik la namanya. orang kata sedekah itu pahala. so, dapatlah simpan pahala skit...
Thursday, October 8, 2009
dulu takut skang tidak lagi
lama tak jumpa
sampai je kat umah syam, rupanya si lysha dah sampai dulu. kami sembang2 citer dan kisah lama. biasa la, kalu dah jarang jumpa, bila dah berkumpul cam gitu haruslah kenangan lama diimbas kembali. anak2 syam pun dah... masa dia dok kat umah aku tu, anak dia yg kedua si aina tu baby lagi. skang ni dah masuk 3 tahun. sebanya ngan adik syaya. beza 4 hari je... syam kata dia ade ajak sheera sekali, tapi tak sempat lak nak jumpa dia sebab dia lambat sangat. dia p beraya umah makcik dia dulu. aku ngan lysha tak leh nak tunggu lama sebab masing2 ade hal. banyak lagi umh lain nak pegi.
lama gak kami lepak umah syam. masa tu pun penuh ngan family metua dia. tunggu punya tunggu si sheera tu, haram tak gak sampai2. kami amek keputusan berangkat jam 6 lebih. lysha haluan dia, aku pun terus dengan haluan sendiri gak... maceh banyak2 syam jemput kami. thn depan jgn lupa wat lagi. aku nak makan roti jala malatop mu tu... huih, sampai skang terasa kari ayam tu beb.
syam kata jgn kecik hati pada mmbr2 sek yg lain yg baca blog aku ni, dia bukan tak sudi nk jmpt korang tapi hanya kebetulan saje... insyaAllah, ada rezeki lain dia jmpt ok...
Wednesday, October 7, 2009
lega...penantian yg ditunggu berakhir juga
kisah lebaran
kalu korang nk tahu, ayh memang jarang balik kg mak sebab ayh nk p kubur aruah atok ngan nenek dipagi raya. dan tgk keadaan kalu ayh nk blk kg lepas pada tu dan biasanya ayh memang bersendirian pada hari raya. nak plak thn ni mmg ayh tak berkesempatan bersama kami dihari raya. sedih gak, tapi nak wat lagu mana. insyaAllah, thn depan kami berkumpul bersama. tu sebab mak pun tak lama kat kg, cian ayh sorang2. muka kami adik beradik sama tak? tak banyak sama kan.
mak, ampun kan segala dosa-dosa kami. halalkan makan minum selama ini. maafkan segala kekasaran yg mungkin pernah mengguris perasaan mak. biasa, anak2 sekarang ni suka memberontak, tapi mak tetap best walau suka bebel tak ikut musim... hikhikhik!!!!
inilah kami 3 beradik yang sentiasa bersama. gaduh bercakaran tu lumrah kehidupan tapi marah tak lama. mana mungkin kami dapat dipisahkan. tapi yang tetap gebu haruslah aku... jgn marah aaa!!!!
diorang berdua ni selalu je gaduh. biasala, adik beradik. tak gaduh tak syok.. tapi baik balik. tak mungkin berpanjangan sebab satu bilik kan... alhamdulillah... masing2 dah keje dan ada kerjaya sendiri. tunggu masa nak kawin je dah.
nak selit jgk... ok la... diorang ni pun sama jgk sedondon. tapi lain skit la, lain kayu.. macam aku mmg satu kayu. kalu korang nk tau, kami posing ni semua time org tgh ramai kat umh. tu yg disebabkan tak banyak gmbr. nak tunggu takdak orang lmbt la. umh kat kg aku tu, org memanjang je ada. dorang tau mak aku balik. mak kan pandai masak. tu yang dorang suka serbu umah kami. tak larat nak basuk pinggan tau. tu sebab tak bleh nak glakmer sangat ngan labuci bagai bila raya pertama sebab mmg muka dapo je kami ni..
kak sue sekeluarga. u nmpk montok la kak sue.. ngeh3x
mama yong sayang kamu bertiga sampai bila-bila
ngape comot ni sayang
ni mak bersama abang dan kakak dia. dorang adik beradik memang rapat. tak pernah bergaduh ok. susah nak cari kemesraan dan keakraban macam dorang ni. lagi sorang xdak masa ni. belum sampai lagi. pakngah tu abang kedua, abang sulung dah meninggal, yang ketiga kakak mak iaitu mak pada marzuki, mak mertua kak sue. yg ketiga yg belum sampai tu dan yg bongsu mak aku le.
ni le mak ngan bapak marzuki, metua kak sue. aku panggil poknik ngan mek. aku sayang gile kat mek sebab dia macam mak aku sendiri sungguh pun dia memang makcik aku. alhamdulillah, seru untuk tunaikan fardu haji kesampaian juga. slmlm baru dpt berita 24hb ni dorang berangkat. nampaknya kena balik kg lagi le kami semua.
ini je lah citer raya yang dapat aku sajikan. selainnya x dapat nak syer sebab gmbr takdak. sepanjang beraya sane sini kami x bergambar pun. mmg banyak citer tapi entah... tapi raya tetap seronok. selain tu dalam kenangan kami je la.