Daisypath Vacation tickers

Wednesday, October 21, 2009

penghujung syawal

assalamualaikum... selamat hari khamis...
nak kongsi citer minggu lepas dimana minggu penghujung syawal untuk tahun ini. kami terima jemputan dari 2 org kawan rapat dan sorang tu kawan yang dah 4 thn tak ketemu. semua jemputan ni serentak pada hari ahad.
macam biasa, kami tetap bertiga pada tiap hari minggu. tak sah kalu si kecik tu takdak. tema kami minggu tu adalah cokelat. hehehe.... tetap mau sedondon okeh.
perjalanan pertama kami adalah ke klang, umah epull kawan baik hubby masa kecik2 dulu. xceli, epull wat kenduri doa selamat sempena masuk umh baru dan dengan itu disekalikan dengan open house. nak tau dak, b4 ke klang, kami dah p melantak kat kedai mamak dulu sebab lapo teramat sangat. baik punya talla nasi ngan kari ikan.

tiba di umah epull, majlis dah pun berlangsung dan kami terus dijamukan dengan nasi minyak, ayam masak merah, daging kicap, kari dan pelbagai pencuci mulut. huh, kenyang macam nak tekeluar isi perut. tak makan kang orang kata tak sudi plak. hakikatnya kami dah macam ular sawa kekenyangan tau.
dalam sejam gak la kami kat situ sebab hubby kalu dah jumpa geng lama harus le banyak benda nak syer citer. aku ngan adik dok layan perasaan, mata pun macam dah nak juling dan adik macam dah ngantuk sebab time tu memang time dia beradu...
dekat sejam, kami minta undur diri sebab perjalanan kami masih jauh iaitu nak ke rawang plak.

dalam kete adik dah bosan sangat, dia wat hal sendiri la kat belakang tu. bz ngan laptop dia siap nyanyi entah ape2 lagu pun tak tau. dan akhirnya dia lena dalam dakapan ku... cian dia..

umah pertama yang kami tuju kat rawang ni adalah umah wahida, member baik aku kat opis. sampai gak kat umah kau ye... masa kami sampai tu, dah tak de orang pun, member2 opis lama dia semua dah balik, cian wahida... penatnye... baru nak rehat kami lak sampai. sorry le lambat. tapi janji aku sampai umah kau kan...

menu wahida, mee udang [huh...sodap], nasi goreng ayam dan sambal ikan bilis malatop! dari dia bebel tak henti sebab aku kata dah kenyang, baik aku sumbat gak semua yang ada. aku dah risau takut tetido lak kat umah dia, kenyang macam lagi seminggu tak payah makan lagi dah... hehehe...

akhirnya sampai gak aku kat umah minah sorang ni. ni le kawan baik dari zaman sekolah, zaman remaja sampai le masing2 dah mendirikan rumah tangga akhirnya terputus hubungan sebab sheera dah pindah ke rawang. tapi keje masih di KL. sampai dah ada anak sorang ni le baru aku jumpa dia balik. last kami jumpa masa dia kawin 4 tahun dulu... lama kan...

sheera siap faks kan map untuk memudahkan kami mencari umah dia... maklum, rawang tu kami tak biasa sangat. nak plak taman umah sheera dan wahida ni bersebelahan je. senang le nak cari umah... kebetulan lak ye...

ha... kat umah sheera ni memang kami dah tak boleh nak sumbat ape pun. hanya sekadar minum air sahaja. kalu makan jugak, alamatnya memang aku bermalam je la kat umah sheera ni.. sedap2 gak menu sheera, laksam, laksa johor, kuih2 dan entah ape lagi yg aku tak perasan..

sembang punya sembang tak perasan hari dah nak masuk maghrib.. memang le banyak citer sebab lama tak jumpa, nak plak mak dia kawan baik mak aku jugak... lupa plak, kami dulu dok satu taman.. tu yang family kami pun kenal sesama sendiri.

nak tunggu citer kami, memang le takkan habis, kami terpaksa la beransur sebab nak hantar si kecik tu lagi... tq la pada kekawan semua atas jemputan kalian. alhamdulillah.... kenyang kami anak beranak. dalam kete aku dan adik dah hanyut diulit mimpi indah... tau2 dah sampai. cian hubby layan perasaan sorang2 ;p

No comments: