Friday, October 9, 2009

duit raya

[ sekadar gmbr hiasan ]

korang ada dapat duit rayee??? nak2 plak dalam usia cam kita ni.. nak nak plak dah bekerja ni... nak citer pasal duit raya skit. tahun ni mmg aku tak tukar banyak untuk duit raya. dalam RM150 aje. fikir macam cukup la sebab tahun2 sebelum tu kami tukar lebih skit dan mmg banyak lebih. sampai aku guna untuk belanja sendiri. dan tahun ni, dah tak cukup plak. aku pun heran kenapa. mungkin tahun ni banyak menyumbang kot. sampai dah pakai duit poket sendiri wat tambahan duit raya. tu memang aku tak kisah, rezeki anak2 kecik la namanya. orang kata sedekah itu pahala. so, dapatlah simpan pahala skit...

ini citer aku plak yang dapat duit raya. dari hubby tu mmg le ada, harus tu... bila dah masuk opis, dapat gak lagi. tak sangka dah beso lebar ni ada gak orang nak kasi duit raya kat aku lagi... hikhikhik... ada member opis, dan yang banyak company luar yang maner memang dah kenal ngan aku. ni le orang kata untung berbaik ngan semua orang. bila kita baik ngan orang, orang akan balas jasa kita. bukan kita minta pun untuk dibalas, kalu orang dah kenang jasa kita, mungkin ikhlas dihati mereka untuk membalasnya.
semalam pun aku dapat lagi duit raya dari satu company ni. mmg tiap tahun dia bagi duit raya kat aku. selalu senang je jumpa tapi bila aku dah duty kat muzium ni cam susah nak jumpa orang dan orang susah nak cari aku, sampai mamat company tu tya kat kaunter bawah. cewah.... terasa dihargai sungguh... alhamdulillah... rezeki Allah taala dah tentukan. aku terima dengan ikhlas hati. pada mereka2 yang dah bagi dan sudi bagi dengan seikhlas hati, aku juga menerima dengan seikhlas hati dan terima kasih banyak2 moga Allah swt meluaskan rezeki kalian semua. amin...

3 comments:

Anonymous said...

duit raya anak aku bila nak kasi???

ayulicious said...

duit aku jage budak2 tu bila nak kasi????hehehe

my-niezzareena said...

anonymous : demo sapo? lagu maner kawe nak kasi duit rayo..

ayu : utang dulu bleh... ahakss...