Wednesday, October 7, 2009

lega...penantian yg ditunggu berakhir juga

saje nak syer ngan korang, hubby skang dah dapat tukar kat uitm selayang, fakulti perubatan. macam biasa, jaga kolej juga. syukur sangat sebab penantian dia selama ni berakhir juga. tup tup masuk lima tahun gak la dia berulang alik dari kl ke shah alam. dan selama 5 thn juga la aku sampai offis awal jam 6.30 pagi. dan sekarang tidak lagi... rasa gumbira sangat sebab jimat masa, tenaga, wang ringgit dan segalanya.
tak sangka cepat plak tarikh pertukaran dia tu. kami sangka dalam tahun depan ke. sebelum raya tu dapat surat bagi tau 1.10.09 dah boleh report duty kat tmpt baru. huh... memang lega giler.
lepas balik dari cuti raya, kami p servey tmpt tu. tmpt tu baru siap dan masih dalam proses deko skit2. untuk fakulti perubatan ni dorang tak pakai bilik lagi. dorang pakai apartment. satu apartment ada 4 bilik. kira dulu satu bilik 2 orang ke 4 orang kan. tmpt baru ni kira up skit la. nampak pun macam mewah skit. untung le student2 kat situ.
skang ni keja hubby tetap macam biasa jaga kolej dan selalu kena ulang alik ke sepital selayang. dulu 5.30 pg dah bangun. jam 6.10 dah kuar dan 6.30 aku dah sampai offis. skang tidak lagi... 6.30-6.45 waktu kami bangun. siap2 kol 7.10 kuar umah, 7.30 aku dah sampai offis. ikut duke le. kalu nak ikut jalan biasa takde makna le nak sampai dalam masa 15 minit. kiranya hubby tetap hantar aku dulu then baru ke tmpt keje dia. lega le skang, terlewat bangun pun skang no problem lagi.. lewat tido pun no problem... nak bgn lewat skit pun no problem...
syukur, doa kami dimakbulkan. moga lepas ni Allah swt memakbulkan doa2 kami yang lain pula... insyaAllah... setiap masalah ada ubatnya.

1 comment:

adex-aieda said...

kat area mana uitm selayang ni kak...?