Wednesday, October 7, 2009

kisah lebaran

assalamualaikum semua, pagi ini adalah pagi yang indah dimana kekuatan untuk mengupdate blog telah datang dengan baik sekali. jadi, dengan adanya mood yang sebegini, marilah kita sama-sama layan kisah lebaran kami sekeluarga. jujurnya, tahun ini gambar memang tak banyak sangat disebabkan sering lupa dan keadaan yang agak kucar kacir semasa raya tempoh hari.

inilah kami yang selalunya sedondon di pagi raya pertama. tema kami cokelat jalur. tapi dalam gambar memang tak nampak pun kesan jalur dibaju kami. dan ada kisah disebalik baju raya aku tu. nak dijadikan cerita memang baju tu seminggu awal aku dah terima tapi disebabkan dah biasa tempah ngan kawan opis aku tu, tak de la perasaan nak try. bila baju hubby dah siap, dan semasa dia fitting [sebab first time tempah kat taylor baru] aku seperti tegerak hati nak fitting baju aku sekali. dan nak dijadikan cerita baju aku memang besar giler. dan tanpa disedari esok dah nak raya ok. sape plak nak orter baju tu last minit kan... habis taylor yg aku kenal aku call. semua dah tak mau nak tolong. nak hantar balik kat kwn aku tu, mak ai... jauh tu nun di meru klang sane. aku heran??? adakah berat aku turun?? ishh... memang turun pun 2 kilo..hikhikhik... tapi takkan longgar begitu sekali.
hubby pun bising le.. dah dpt awal x mau try dulu, dah jadi lagu tu baru nak susah hati.. aduss... menanah telinga masa tu. dia kata kalu x dapat orter, dia pun tak nak pakai baju melayu dia tu. dan malam tu jgk aku ajak kak sue teman cari taylor area umah dia plak. habis satu apartment umh dia kami round. dari block ke block. last2 aku tepon kakak ni tanya umah dia block mane [no tepon aku dpt dari notis board kat block kak sue] aku punyala merayu kat kakak tu minta tolong sangat. nasib baik le sesangat... dia kata ok... alhamdulillah... pengajaran bagi aku.. ngeh3x

suamiku, ampun dan maafkan atas segala salah dan silap selama kita bersama. ku sedar, memang banyak kekurangan dalam diri ini dan banyak kekasaran tanpa disedari [tu time marah je] namun jauh disudut hati, sehabis daya diri ini cuba menjadi seorang isteri yang sempurna dimata kamu. halalkan segalanya termasuk duit pinjam masa kat pangkor tu ye... [alah, duit mu duit ku juga kan...] :D

kalu korang nk tahu, ayh memang jarang balik kg mak sebab ayh nk p kubur aruah atok ngan nenek dipagi raya. dan tgk keadaan kalu ayh nk blk kg lepas pada tu dan biasanya ayh memang bersendirian pada hari raya. nak plak thn ni mmg ayh tak berkesempatan bersama kami dihari raya. sedih gak, tapi nak wat lagu mana. insyaAllah, thn depan kami berkumpul bersama. tu sebab mak pun tak lama kat kg, cian ayh sorang2. muka kami adik beradik sama tak? tak banyak sama kan.

mak, ampun kan segala dosa-dosa kami. halalkan makan minum selama ini. maafkan segala kekasaran yg mungkin pernah mengguris perasaan mak. biasa, anak2 sekarang ni suka memberontak, tapi mak tetap best walau suka bebel tak ikut musim... hikhikhik!!!!

inilah kami 3 beradik yang sentiasa bersama. gaduh bercakaran tu lumrah kehidupan tapi marah tak lama. mana mungkin kami dapat dipisahkan. tapi yang tetap gebu haruslah aku... jgn marah aaa!!!!

diorang berdua ni selalu je gaduh. biasala, adik beradik. tak gaduh tak syok.. tapi baik balik. tak mungkin berpanjangan sebab satu bilik kan... alhamdulillah... masing2 dah keje dan ada kerjaya sendiri. tunggu masa nak kawin je dah.

nak selit jgk... ok la... diorang ni pun sama jgk sedondon. tapi lain skit la, lain kayu.. macam aku mmg satu kayu. kalu korang nk tau, kami posing ni semua time org tgh ramai kat umh. tu yg disebabkan tak banyak gmbr. nak tunggu takdak orang lmbt la. umh kat kg aku tu, org memanjang je ada. dorang tau mak aku balik. mak kan pandai masak. tu yang dorang suka serbu umah kami. tak larat nak basuk pinggan tau. tu sebab tak bleh nak glakmer sangat ngan labuci bagai bila raya pertama sebab mmg muka dapo je kami ni..

kak sue sekeluarga. u nmpk montok la kak sue.. ngeh3x

mama yong sayang kamu bertiga sampai bila-bila

ngape comot ni sayang

ni mak bersama abang dan kakak dia. dorang adik beradik memang rapat. tak pernah bergaduh ok. susah nak cari kemesraan dan keakraban macam dorang ni. lagi sorang xdak masa ni. belum sampai lagi. pakngah tu abang kedua, abang sulung dah meninggal, yang ketiga kakak mak iaitu mak pada marzuki, mak mertua kak sue. yg ketiga yg belum sampai tu dan yg bongsu mak aku le.

ni le mak ngan bapak marzuki, metua kak sue. aku panggil poknik ngan mek. aku sayang gile kat mek sebab dia macam mak aku sendiri sungguh pun dia memang makcik aku. alhamdulillah, seru untuk tunaikan fardu haji kesampaian juga. slmlm baru dpt berita 24hb ni dorang berangkat. nampaknya kena balik kg lagi le kami semua.

ini je lah citer raya yang dapat aku sajikan. selainnya x dapat nak syer sebab gmbr takdak. sepanjang beraya sane sini kami x bergambar pun. mmg banyak citer tapi entah... tapi raya tetap seronok. selain tu dalam kenangan kami je la.

5 comments:

Anonymous said...

lagi... takkan tu je citer raya kau

iena hamdi said...

shua,.. angah mana?

shyuhaila said...

wah bestnye...tp penatkan raya baru ni..byk btl berjalan2.tq sbb masukkan gmbr i sekeluarga kt dlm blog u ni...

my-niezzareena said...

iena : angah tak balik.. dia kena keje daaaaa.... cian kan...

my-niezzareena said...

kak sue : ha'ah... penatkan beraya umh sedara mara ni. tapi syok dpt jumpa sebab kita kan jarang balik kg. kalu tak gmbr u, gmbr sape lagi nak menyelit dlm blog i ni... hikhikhik...