kalu korang nk tahu, ayh memang jarang balik kg mak sebab ayh nk p kubur aruah atok ngan nenek dipagi raya. dan tgk keadaan kalu ayh nk blk kg lepas pada tu dan biasanya ayh memang bersendirian pada hari raya. nak plak thn ni mmg ayh tak berkesempatan bersama kami dihari raya. sedih gak, tapi nak wat lagu mana. insyaAllah, thn depan kami berkumpul bersama. tu sebab mak pun tak lama kat kg, cian ayh sorang2. muka kami adik beradik sama tak? tak banyak sama kan.
mak, ampun kan segala dosa-dosa kami. halalkan makan minum selama ini. maafkan segala kekasaran yg mungkin pernah mengguris perasaan mak. biasa, anak2 sekarang ni suka memberontak, tapi mak tetap best walau suka bebel tak ikut musim... hikhikhik!!!!
inilah kami 3 beradik yang sentiasa bersama. gaduh bercakaran tu lumrah kehidupan tapi marah tak lama. mana mungkin kami dapat dipisahkan. tapi yang tetap gebu haruslah aku... jgn marah aaa!!!!
diorang berdua ni selalu je gaduh. biasala, adik beradik. tak gaduh tak syok.. tapi baik balik. tak mungkin berpanjangan sebab satu bilik kan... alhamdulillah... masing2 dah keje dan ada kerjaya sendiri. tunggu masa nak kawin je dah.
nak selit jgk... ok la... diorang ni pun sama jgk sedondon. tapi lain skit la, lain kayu.. macam aku mmg satu kayu. kalu korang nk tau, kami posing ni semua time org tgh ramai kat umh. tu yg disebabkan tak banyak gmbr. nak tunggu takdak orang lmbt la. umh kat kg aku tu, org memanjang je ada. dorang tau mak aku balik. mak kan pandai masak. tu yang dorang suka serbu umah kami. tak larat nak basuk pinggan tau. tu sebab tak bleh nak glakmer sangat ngan labuci bagai bila raya pertama sebab mmg muka dapo je kami ni..
kak sue sekeluarga. u nmpk montok la kak sue.. ngeh3x
mama yong sayang kamu bertiga sampai bila-bila
ngape comot ni sayang
ni mak bersama abang dan kakak dia. dorang adik beradik memang rapat. tak pernah bergaduh ok. susah nak cari kemesraan dan keakraban macam dorang ni. lagi sorang xdak masa ni. belum sampai lagi. pakngah tu abang kedua, abang sulung dah meninggal, yang ketiga kakak mak iaitu mak pada marzuki, mak mertua kak sue. yg ketiga yg belum sampai tu dan yg bongsu mak aku le.
ni le mak ngan bapak marzuki, metua kak sue. aku panggil poknik ngan mek. aku sayang gile kat mek sebab dia macam mak aku sendiri sungguh pun dia memang makcik aku. alhamdulillah, seru untuk tunaikan fardu haji kesampaian juga. slmlm baru dpt berita 24hb ni dorang berangkat. nampaknya kena balik kg lagi le kami semua.
ini je lah citer raya yang dapat aku sajikan. selainnya x dapat nak syer sebab gmbr takdak. sepanjang beraya sane sini kami x bergambar pun. mmg banyak citer tapi entah... tapi raya tetap seronok. selain tu dalam kenangan kami je la.
5 comments:
lagi... takkan tu je citer raya kau
shua,.. angah mana?
wah bestnye...tp penatkan raya baru ni..byk btl berjalan2.tq sbb masukkan gmbr i sekeluarga kt dlm blog u ni...
iena : angah tak balik.. dia kena keje daaaaa.... cian kan...
kak sue : ha'ah... penatkan beraya umh sedara mara ni. tapi syok dpt jumpa sebab kita kan jarang balik kg. kalu tak gmbr u, gmbr sape lagi nak menyelit dlm blog i ni... hikhikhik...
Post a Comment