sejak hubby dah join geng scs ni bermakna dia dah join sekali ngan geng² 4w. perkemahan ni diadakan start jumaat lepas sempena cuti krismas tapi disebabkan juki yang tak dapat cuti, kami gerak ke sana pagi subuh hari sabtu. perjalanan yg memakan masa selama 2 jam lebih. kami gerak dari kl dlm jam 6 pagi. sepanjang perjalanan aku tido tak hengat. tau² dah sampai. agak² aku rasanya masa tu dalam jam 8 pagi lebih skit kot. kami singgah sarapan kat warung mak ngah kat tepi jalan masuk ke tempat perkemahan tu. pekena nasi kerabu ngan nes panas. huh... sejuk utan dah terasa masa tu. kabus tebal. tgh layan nasi kerabu yg sedap tu, aku terpandang depan kedai mak ngah. mula tu aku ingat sekolah tapi kenapa ade jaring bulat² kat tembok. huh... rupanya pusat serenti siot. serammmmm...
selesai isi perut pagi tu, kami teruskan perjalanan. sepanjang jalan tu suasana kampung yang kebanyakkannye didiami orang asli itu sangatlah damai sekali. kabus pagi itu membuatkan aku seperti mau sambung tido. nyaman sekali rasanya. waktu tu terasa macam nak call mak tapi bila tgk kat hp line langsung takde. ni betul2 kawasan ulu... aku masuk taman negara pun ade line.
sampai sudah. ramai rupanya yang datang. semua ngan kete kebal masing². semua ganas². kami terus cari geng² rapat scs. lepas dah bawa turun barang semua, kami ke pentas utama untuk sama² menyaksikan acara perasmian. knp dorang tak rasmi hari jumaat?? mungkin ramai yg dtg hari sabtu agaknye.
yang paling aku tak tahan kalu berkhemah dlm utan ni kalu penuh dgn lecak basah. aku tak suka. tapi nak wat cemana. aku lupa pakai sandle crocss aku. nampak tu kaki kami semua camner. nak plak kenderaan yg kuar masuk semua gedabak². habis semuanya bertanah basah. tebal lak tu. yekkkk...... perasan tak gmbr kakak yaya.. masa tu dia tgh syok korek gigi. sampai juling biji mata. ape yg dia mkn? aku rasa dia minum air je
pendaftaran setiap kereta RM30. dapat t-shirt, stiker, pass dan buku. semua tu dlm gudie bag itam tu. banyak jgk khemah yg jual mcm² barang mcm t-shirt, topi, pengikat kepala dll. aku haram tak beli ape. tak minat nak jalan sebab kaki aku kotor. pelawak abby yus menjadi pengacara hari tu. sangatlah kelakar. ade je lawak dia. tgk muka pun dah boleh gelak besar. semua yg datang pada jumaat tu adalah konvoi beramai yang disertai oleh pihak polis dari kl sebanyak 8 biji motor dan satu kereta peronda. hebat tak!
habis perasmian, pertunjukkan motor cross dari kl dan payung terbang oleh salah seorang peserta scs. orang panggil dia wak terbang. hebat la wak tu. patutla masa aku lalu tepi khemah dia, aku nampak kipas besar. aku ingat kipas untuk pasang kat khemah diorang anak beranak.
hubby ngan juki mula la pasang khemah kami. nak tau, rumput dah tak de rupa. tapi dah penuh ngan becak. aku mula mcm tak selesa. tapi hubby bikin betul perfect. mula lapik ngan canves, letak khemah atas canves tu.. pastu lapik tikar, baru letak toto. em... bila masuk dlm khemah, aku rasa selesa. bila dah masuk tgh, aku mula jadi nak marah. panas terik woo.. hubby ngan juki entah hilang kemana. diorang dah masuk dalam utan utk acara pertandingan hardcore 4x4. kak sue lak dok bz masak ngan para isteri geng scs. semua baru kenal kat situ. semua peramah. kami dah mcm satu keluarga. masak semua bersama. pastu layan kerenah budak 2 orang tu. abang aiman entah kemana lepas dah dapat kawan baru.
ni la aktivitinye. aku sumpah takkan masuk tmpt mcm ni. geng² diorang pok die dan abang pra dapat tmpt ketiga. tahniah.. press ramai giler masa ni. penyampai acara sukan akhbar yg dari tv3 pun dtg. tinggi rupanya dia. hari isnin masuk tv3 program scoreboard. khemah kami je masuk, muka tadak. tak sempat nak amek gmbr masa acara sukaneka dewasa dan kanak². abang aiman menang acara lompat dalam guni, tempat pertama tau. kakak yaya kalah acara tiup belon. kesian dia... belon dah besar tapi tak meletup pun. kak sue dan juki masuk acara pas getah menggunakan stro. betul ke aku eja ni?? kalah jugak. lagi aktiviti yg ada tarian poco2, cabutan bertuah juki dpt sleeping bag, masa cabutan bertuah ni hubby tak p sebab masa tu la khemah masuk air. juki pun nasib je sebab p amek lauk. tiba2 dgr no dia naik. tumbang lembu sekor utk jamuan mkn mlm, pertandingan karaoke, pertandingan bola sepak dam mcm2 lagi.
banyak gambar tak sempat amek. batery kong. malam tu khemah aku banjir. ujan lebat giler. huh... pengalaman. khemah kami semua mengadap sungai. syok je rasa. aliran sungai tu la nama lata meraung. tapi air terjun dia dalam utan atas lagi. air jernih sangat. lagi satu pegalaman masa mandi. gelang mas kak sue jatuh masuk dlm sungai. masa tu tinggal aku, kak sue adik dan kakak je. juki ngan hubby dah naik ke atas bersiap. masa ni dah nak balik. aku soh jgk kak sue cari sampai dapat. siap pakai gugel abang lagi. senang nak celik mata dalam air. lama gak masa nak cari tu. aku ingat tak jumpa dah. sekali kak sue menjerti, huh... kami berdua menangis. rezeki hang la kak sue dapat jumpa balik. kalu tidak menyesal tak sudah. ni kali kedua terjadi pada dia. pengajarannye, jgn pakai barang kemas masa mandi sungai atau pantai. aku rasa kalu kat pantai tak jumpa dah... pasir jerlus kan. so..beringat lah semua.
ni la anak² geng scs. diorang ni semua, kalu mandi sungai tak hengat. tak tido pun tak pe aku rasa. asyik nak berendam je. aku ingat kat anak pok die. dia asyik nyendeng kat aku je. aku tanya dia suka kat aku ke.. dia senyum. aku saje cakap aku cantik tak. dia senyum lagi. pastu dia bersuara... untie ni mok la. hahahaha.... aku gelak besar. tapi untie cantik tak... dia angguk... ha... tu yang aku nak dgr... pastu dia amek ayam kasi kat aku... hahahaha.... suka kat aku la tu namanya. hikhikhik... sorang lagi tak silap aku nama dia firdaus. anak lyn kot. dia kalu pandang aku suka sengeh² sambil jeling manja kat aku. mcm memek gatal... nak ngorat aku la tu... akekekeke... pe'el budak seronok layan.. pastu bila aku tanya dia knp pandang untie mcm tu, dia senyum kambing... sah.. dia memang tangkap cintan ngan aku... pastu bila aku join diorang mandi kat sungai, suka lalu belakang aku pastu pegang bahu aku... akakakakakaka.... kelakar
2 hari semalam kat sane memang menyeronokkan. tiba time balik macam sedih plak. walaupun kadang kala aku mcm tak selesa dengan keadaan kawasan situ. aku ingat dah tak merasa di eskot dek abang² polis. rupanya dorang stay sampai habis aktiviti. masa konvoi ramai² tu, hanya tinggal lebih kurang 60 biji kete 4w. banyak tu...
lagi gambar dalam sini... sila la klik
2 comments:
aku tak percaya kau p camping - cik pah si mulut puaka
hahhaha aku pun mmg pantang kalau org tak angkat phone
Post a Comment