Daisypath Vacation tickers

Thursday, May 6, 2010

legend, cherating : part 2

ok, ni serba sedikit cerita mengenai percutian kami kat cherating. saya dan kak ida begerak berasingan sebab kak ida kena tunggu anak2 dia balik dari sekolah. jadi, pagi jumaat tu saya dan encik suami gerak dari umh jam 9 pagi. kami p bekfes dulu, p bank, cuci kete, isi minyak pastu terus jalan. perjalanan yang agak tenang mulanya. pastu kami tersalah masuk jalan dan membuatkan encik suami mula nak bertukar jadi maikel shumaker sebab nak kejar masa. adoi... tu yang saya agak tak gemar sebab perut saya akan serta merta jadi senak atas kelajuan maksima yang encik suami lakukan itu.
alhamdulillah.. berkat leteran saya ketika itu, berjaya juga kami sampai kat hotel legend tu. dah check in semua, kami jumpa kak ida kat kedai makan baging, berdekatan jalan besar luar hotel tu. pastu balik ke bilik, rehat kejap pastu terus kami ke pool untuk acara basah. punya la syok.. pool dia memang besar dan banyak. untuk kanak2 udah semestinya. untuk dewasa ada 2 jenis. satu biasa.. maksud saya yang boleh pakai pakaian biasa dan satu lagi pool yang kena pakai baju seksi meksi tu. yang kami lepak berendam tu pool biasa tapi dalamnya 6 kaki tau. hahaha... saya memang le tak pandai berenang dan disebab itu lah saya, kak ida dan anak2 kak dia memakai lifejaket. jangan gelakkan kami tau... orang2 kat situ pun selut sama kami sebab kami je yang berani lepak kat sedalam 6 kaki tu. yang lain2 semua tepi2 je tau. sampai ada mamat kat situ pun cakap bagus pakai tu sekurang2 kami boleh bawak diri sendiri. anak2 kak dia tak payah cakap la... siap terjun selamba lagi. tak main la pool utk budak2 ni.
penat berleter... layan gambar dulu ok


mula2 saya mmg tak berani nak lepaskan badan mcm gambar kat atas ni. tapi bila banyak kali buat, saya makin berani. tapi kalu bukak lifejaket tu.. hampeh... ni mula2 encik suami mengajar saya biar releks badan tu lepas dia cuba lepaskan kaki saya. minta maaf le, saya memang tak pandai berenang..hikhikhik...

pastu encik suami gelakkan saya bila saya mcm belagak skit. hahaha... skang saya dah pandai tido atas air.. wow!!! menakjubkan.. terima kasih pada encik suami belikan lifejaket utk saya.

kak dia pun dah pandai... tapi dia kena tutup telinga, kalu tidak dia tak selesa. rasa air masuk telinga. banyak lagi gambar nak share ni. tapi tak sempat masa la nak upload. layan maner ade je dulu ye. nnt sambung lagi.

2 comments:

Anonymous said...

cayok la dah pandai terapung

Anonymous said...

amboi3x
sakan hangpa