ni kisah ketiga pasal percutian kami kat telok cempedak. lom masuk pasal cherating lagi. adoi.. penat plak nak upload gambar. tak pe... pelan pelan kayuh kan. lelama siap le nnt. ok, penat seharian di pool dan tepi pantai, malam tu kami p mkn kat luar hyatt di mana betul² letaknya lokasi pantai telok cempedak, tempat kunjungan orang ramai. kebetulan masa kami disitu, ada pembukaan expo. mcm² ada. pulak, time cuti sekolah kan. so mmg ramai sangat orang yang dtg. kami pilih kedai mkn yang betul² tepi hotel kami. seronok plak mkn kat situ sebab dapat tgk suasana keliling telok cempedak. ramai sungguh orang lalu lalang. happening rasanya.
tgk budak cikenot tu. ape la yang tgh syok becerita ngan kakak najla tu.. sampai terangkat kaki. kakak najla pun dok kusyuk mendengar.
nampak... betul² beriya cikenot tu. sempat plak paklong dia snap gambar ni. layan le kakak najla
yang lain² tak sabar tunggu menu masing².
yang ni abang mazuki order. kerang steam nama dia. not bad la rasanya. menu² lain lupa plak nak amek gambar. maklum, perut mmg tgh lapar giler. encik suami plak malas nak kuarkan senapang panjang dia tu. dah kenyang, kak eda order plak beger oblong. korang penah mkn tak? nnt gambar seterusnya ada gmbr beger tu. kami kalu becuti, mmg kuat makan skit. entah... asyik lapar je..
lepas kenyang semua, kami teruskan cuci mata kat expo yg ada tepi pantai tu. anak² kak eda amek kesempatan lukis potret dengan bayaran sebanyak RM30 utk dua keping gambar. kira ok la kan.
korang penah dengar tak pasal patung begerak ni. dia manusia biasa, tapi dia boleh berdiri selama 8 jam. hebat!!! kalu nak amek gambar ngan dia, sila bayar dulu ye. rasanya dia pakai muka plastik kot. lain mcm je rupa dia. menakutkan pun ada.
dari ptg kat pool, adik dah merengek nakkan pelampung mcm anak cina ada kat situ. lepas mkn tu kami pegi la beli. mahal giler, 20 hengget tau. tapi untuk dia ape saje. sblm dapat yang pooh ni, merengek nak yang kepala itik, sebiji mcm anak cina tu. takde plak... pujuk pya pujuk, nasib le dia nak yang ni. tu tgh dok cakap sorang², tak sabar nak guna pelampung tu. kami masuk hotel semua dekat kol 11 jugak la rasanya. tp masa tu kak eda tak balik sekali sebab tak setel lagi gambar anak dia yang si kakak tu. kak ina dah naik awal sebab anak dia sofia tak sihat.
kan dah kata, dia mmg tak menyabar nak masuk pelampung tu. dalam bilik pun leh tekedek kedek jalan pakai pelampung tu. pastu dia cakap... 'awak bukan orang, sebab tu awak tak boleh cakap'. saya dan encik suami senyum je. macam² le adik ni.
mcm ni le kami. kalu p becuti kemana², dah kenyang mkn kat kedai, pun tapi tetap nak bungkus ape² untuk mkn dalam hotel. ni le beger oblong. dia jenis panjang. sedap! nasi lemak sebungkus, harga 2 hengget. leh tahan la. encik suami wat kopi panas... layan mkn sambil tgk tv. syok!!!
hari tu, banyak betul adik mkn. dari singgah mkn tghari sampai le ke tengah malam. beger tu separuh dia yang mkn. paklong kalu tang mkn, tak pandang kiri kanan.. adik bebel pun dia ngap jugak. pastu dia cakap paklong ni asyik makan je. cian adik makan beger je. bila bagi nasi lemak, tak mau plak.
lepas belasah beger, dia minta susu... nyot nyot nyot... tekebil kebil... terus lelap.
sedar pagi tu bila tepon bilik giler kuat bedering. sah² jiran sebelah dah mula kejutkan kami. hehehe... maceh le kak eda. maner² pegi, hang le tukang kejutkan kami. kejut encik suami soh amek gambar suasana pagi lebih kurang dekat kol 7 pagi. kalu le umh kami mengadap suasana seindah ini... alangkah indahnye kehidupan.
matahari dah mula tepacak tinggi. kejutkan adik, tapi dia biasa ar, merengek... susah nak bangun pagi budak tu. tapi bila cakap kakak dah turun bawah, terus dia bangun, sengeh².. tya maner baju swiming dia. dengan tak mandi, terus pakai tapi baju tu tapi minta susu dulu. bagi dia minum, biar ada tenaga skit.
sementara tunggu encik suami bersiap, dia dah mengintai kakak najla dan yang lain² dari atas. tejerit² panggil kakak. dah turun ke bawah, trus dia masuk pool. ai... kat umah punya seksa nak mandi pagi, tapi kat pool selamber je dia berendam. heran... encik suami pulak kuar p bli bekfes.
encik suami beli nasi lemak. sedap wok!
kakak tak habis makan nasi tu. dia kata tak rasa nak mkn sangat. em... mcm maknye jugak
yang ni dah kenyang susu, nasi tak pandang le. muka sememeh sebab tunggu kakak lambat. orang tu baru nak makan, dia dah tarik² tgn kakak ajak mandi.
suker dia mandi ngan pelampung baru tu.
apa yang tak kena tu...
danish ajar afnan berenang. kelakar la diorang ni.
dah puas berendam, kami naik semula ke bilik utk check out. kami akan beralih ke hotel lain plak. adik muka dah monyok.. dia kata, cian adik... kejap je main ngan kakak. tapi saya kata kita mandi kat tempat lain plak, lagi best... kolam dia besar... baru la dia senyum.
bila dah masuk bilik, tgk kat hp banyak mis kol dari mak. bila tepon balik, mak cakap dia ada kat luar hotel kami, kat kedai mkn dekat ngan mc'd katanya. semua sedara ada sekali. rupanya dorang bekfes kat situ. ai... dari gambang ke teluk cempedak semata mata nak bekfes jek? gitu la kalu follow uncle saya tu. suke jalan². pastu diorang soh kami ke sane mkn sekali. tapi masa tu kami semua tak siap lagi. nak mandi la.. kemas beg la... alih² bila dah siap semua, mak cakap dorang dah ke gambang balik. adoi... beriya la saya kejar masa, ingat nak jumpa family uncle saya tu.
dalam jam 12tgh, kami semua berjumpa di lobby untuk keluar dari hyatt dan check in kat legeng cherating plak. tunggu episod kat legend plak ye.
terima kasih hyatt. kenangan kami disana takkan kami lupakan. mmg best sesangat dan kami plan nak p lagik. maybe lepas raya atau thn depan. tunggu kedatangan kami lagi ye...
bbbbeh... ada gambar masa kami check out kat hyatt tu. masa tu kat lobby. pasni sambung balik skit. hehehe... bengong le kawe ni (>__<)