salam semua... uui... dua tiga hari ni puan gebu bz benau. bukan bz keje, tapi bz dok skodeng blog kekawan. hahaha... mamat IT baca ni mesti bebulu jek. jgn mare ye abe faiz. hehehe... hei, korang jgn tak tau, saya ade peninat setia dari unit IT opis saya ni ok. dan pada kekawan seangkatan yang satu tmpt keje ngan saya... awas... blog anda sentiasa diperhatikan. ngeh3x. tapi pada saya, ape saya nak kesah.. dorang pun sama gak, ada yang kaki blog. alah... pada saya, janji blog ni dorang tak block dari sistem intenet kat opis.
ok, berbalik pada citer yang nak dikongsi ni. citer kali ini adalah mengenai perjalanan kami selama satu hari satu malam di muar, johor. kami ke sana kerana menziarah kakak ipar pada nenek banting. pagi jumaat sempena cuti wesak tu, kami gerak dari umh jam 8pagi. sempat p bekfes, basuh kete baru gerak ke muar.
ok, berbalik pada citer yang nak dikongsi ni. citer kali ini adalah mengenai perjalanan kami selama satu hari satu malam di muar, johor. kami ke sana kerana menziarah kakak ipar pada nenek banting. pagi jumaat sempena cuti wesak tu, kami gerak dari umh jam 8pagi. sempat p bekfes, basuh kete baru gerak ke muar.
perjalanan yang pada mulanya agak perlahan oleh kerana kete terlampau banyak selepas tol sungai besi. encik suami pun memandu dengan berhemah sekali. bagus... puan isteri suka. mcm tu la.. wat pe nak gopoh. bukan nak kejar ape pun. kami sepatutnya jumpa ngan kak izan dimana2 perhentian menghala ke johor. tapi bila call depa, dok tgh makan la.. lambat lagi la.. so, encik suami kata gerak terus ke muar.
kami tiba di tol tangkak lebih kurang jam 11.30 pg. masa ni diorang semua masih di hway dan tak silap kak izan cakap kat ayer keroh. kami terus cari kedai makan sebab tiba2 lapar plak.
dalam perjalanan nak ke muar, cam terimbas kenangan lama bila terpandang jendela lama dari kayu cam gmbr kat atas tu. huh... teringat aruah nenek kat kelantan. umh lama aruah nenek gitu la gaya tingkatnye. tapi skang dah lain. lain sesangat. sayang... aruah nenek tak sempat merasa dok umh baru. ish... emo lak pagi tu.
lebih kurang jam 12 lebih kami tiba di pekan muar. sila percaya ye, kali ini saya tidak lelap langsung dalam kete. leh nyanyi2 lagi ngan encik suami dalam kete. kuat lak tu.
kami singgah kat medan selera bentayan. lokasi bersebelahan ngan hentian bas dan teksi bandar muar. agak sibuk juga ye bandar muar ni. tapi angin kat sini, huh.... banyak syok wooo
sebab ape angin kuat... sebab bersebelahan ngan sungai muar ni. adoi... very nyaman tau
dan dari situ, kami dah nampak tempat penginapan kami. nampak macam bangunan mara kat sebelah sogo plak.
kami makan nasi campo sementara tunggu kak izan dan lain2 sampai. nape muka hubby bekerut tu... nak tau kenapa... sila tgk gmbr bawah ni
ye... sangat kretip abang teksi ni kan. satu dia jemur kasut dia kat atas bonet kete. tu perkara biasa. kat kl pun ramai buat camtu. yang menariknye... dia gantung teddy bear la kat bawah bonet kete. hahaha... hati bunga la brother tu. tak tau le keje dia ke.. keje anak dia ke.. bini dia ke... atau free gift masa dia beli kete tu... hahaha
yang tokei kedai tmpt kami mkn ni pun kretip jgk.. siap letak senduk lagi untuk tahan tisu tu terbang dek angin kencang kat situ. hai... mcm2 kan. kot ye pun, beli la tmpt letak tisu tu kak oi... ok, dah sampai family banting, kami terus ke rumah cik enon, kakak ipar nenek tu le. hantar dulu diorang kat sana sebab kami pun kena tau jgk umh dia belah mana. nnt senang nak ulang alik ke hotel. dan nak tgk jauh ke dekat ngan hotel. ok, untuk makluman semua, saya dan encik suami menginap di hotel ye. family banting semua bermalam kat umh cik enon. kenapa kami tak joint sekali? itu kena tanya encik suami. hahaha... ok la, encik suami saya ni, tak berapa suka dok ramai2... lebih2 lagi kat umh orang yang tak berapa biasa. saya jenis tak kisah, tapi bila dah encik suami kata nak dok hotel, jadi saya pun booking la hotel yang ada kat bandar muar tu. dah lepak jap kat umh cik enon, kami terus ke hotel sebab waktu check in nak dekat dah masa tu. rupanya hotel tu mmg le dekat ngan umh cik enon. senang skit hati. tak kisah le nak ulang alik berapa kali pun.
ok, ni la hotel yang sempat saya booking. muar traders hotel namanya. sangat la selesa. tempatnya di tengah jalan besar, mengadap sungai mcm kat medan selera tadi, parking dia pun senang. harga dia RM110 termasuk bekfes.
itulah sedikit gambaran suasana dalam bilik hotel. keadaan hotel tu mcm baru lepas renovet. semuanya nampak baru. sangat selesa sekali. yang pasti sangat sejuk, akon dia tip top.
mula tu ingat nak amek bilik yang mengadap sungai, tapi penuh plak. yang ada ni mengadap bandar muar. jadi la... sama je kan. ha, kalu tak de bangunan tinggi, mesti nampak umah cik enon. depan tu je pun umh dia.
kami lepak2 sambil layan tv dulu. dah janji ngan diorang petang tu nak round bandar muar.
jadi... kami tidoq la dulu hilangkan penat. kalu nak tau citer seterusnya, sila la tunggu...
No comments:
Post a Comment