Daisypath Vacation tickers

Friday, June 11, 2010

♥♥ kenduri kawen sya + adris ♥♥

tarikh : 5 jun 2010
tmpt : enggang timur, keramat

waktu : 1 tgh
sabtu lepas, kami bertiga ke keramat atas undangan perkahwinan rakan opis iaitu shazana dan adris. jodoh mereka dipertemukan dalam satu bangunan, satu agensi tapi berlainan unit. macam biasa, yang akan ikut sama tak lain tak bukan haruslah budak cikenot ni.
puan sha... atas permintaan anda, kami berdua suami isteri memakai tema pink kecuali budak cikenot tu sebab pada mulanya saya dah sediakan baju pink utk dia. tapi pagi itu mud dia kureng baek, dia memilih utk memakai dress oren yang asal kenduri kawen dia nak pakai baju tu. dia kata kalu kenduri kawen kena pakai baju kembang, baru cantek. mmm... layan!
jambu tak encik suami ku itu. first time beli baju tu, puas memujuk. dia kata macam "adik²" bila pakai baju pink. tapi bila saya balas... "alah! fahrin ahmad yang gagah perkasa tu pun pakai pink. hensem jek" terus encik suami angguk kepala tanda setuju. hahaha...
kak ina kawan baik saya pun ikut sama. kami sama² konvoi sebab kak ina tak berapa familiar kawasan keramat. suka tgk anak² kak ina makan. nak² yang sulung, afiq tu. selera betul dia makan. mau taknye... kari beb... faveret dia
sha... kawe suka sungguh rojak mu tu. sangat la sedap. tak main syer ngan encik suami, masing² sorang satu pinggan. rasa nak tambah, tapi malu ah!.. ngeh3x
nampak... encik suami mmg suka giler ngan rojak. bila suap dalam mulut.. geleng kepala, pejam mata. sedap sangat la kalu dah memek muka dia lagu tu. boleh lantik dia jadi duta jalan² cari makan.
kompang mula berkumandang, tandatanya pengantin dah nak naik pelamin. kami terus ke depan rumah pengantin, nampak sha tgh tunggu pengantin lelaki sampai. sha... hang sungguh jelita ketika itu. comei jek.
jalan berdua berpimpin tangan menuju ke pelamin. hanya setakat itu pandangan kami pada pengantin sebab pelamin dalam rumah. orang penuh depan pintu, jadi kami amek keputusan utk terus beredar. asal dah tunjuk muka pada pengantin kira dah cukup syarat. budak cikenot tu pun dah buat muka. panas katanya. tapi sebenarnya tak sabar nak p tesco, nak main game kat sane.
pastu soh amek gambar dia. dia kata nak tunjuk kat ibu hidung dia luka kena pintu bilik.
comei la tu konon... hehehe... pe'el mcm² pun yong ngan paklong tetap sayang giler kat dia
pada pasangan pengantin, sha dan adris... kami doakan kebahagian korang sampai hujung nyawa. moga kekal ke anak cucu. jadilah pasangan yang sama² memahami dan sentiasa bertolak ansur. terima kasih sudi undang kami. hadiah tunggu korang balik dari animun yek. selamat pengantin baru!

1 comment:

Scha406 said...

cik diva, puan sha ni rs terharu bc blog hang. ehehehe..tqvm sudi dtg..x dilupekan atas doa2 kalian..t.kasih

nota : kami dah balik hanimun.....apelagi???