Daisypath Vacation tickers

Wednesday, June 16, 2010

sabtu 12 jun : hyatt regency, telok cempedak

hyatt regency part one
percutian selama 3hari 2 malam di kuantan memang menyeronokkan. mula² saya kan kongsi cerita hari pertama di hyatt regency, telok cempedak. pagi tu kami 3 biji kete konvoi sesama, betolak dari kl jam 9 pagi. perjalanan yang agak tenang kerana kami tak kejar masa pun. sengaja bertolak awal, biar cepat sampai, jgn lambat check in. takut ada yang bermalam bawah khemah tepi pantai pulak. hikhikhik... kami berenti kat perhentian temerloh. kebetulan hari yang sama, mak saya ke gambang, urusan meminang sepupu belah ayah saya. kami bertemu di perhentian tu pun tak lama, lepas tu diorang gerak dulu, kata mak majlis bermula jam 2 ptg. yang konvoi 3 kete tu, org²nya adalah saya bersama encik suami. kami bawak sekali budak cikenot tu. sape lagi.. si adik syasya le. satu kete lagi, kak ida dan keluarga. yang lagi satu tu kak ina dan anak² dia. kami betiga ni mmg kawan baik kat opis. ada ajak yang lagi dua orang kwn baik kami tu. tapi memasing ada hal sendiri. dengan kak ida saya dah biasa makan angin bersama, ini baru pertama kali bersama kak ina.
tiba di hyatt lebih kurang jam 1.30. check in dulu, pastu kami kuar makan sebab lagi 2 bilik lom ready. kami makan pun tak jauh, sebelah hyatt tu mcm² kedai ada. lokasi hyatt kan kat telok cempedak. jadinya tak payah risau sangat tang mkn minum kat situ. serba ada. kebetulan cuti sekolah ni, ramai le pengunjung. meriah plak rasanya.
sedang elok habis makan, org hotel dah call saya cakap semua bilik dah ready. ok... masa untuk merehatkan diri. jom tgk bilik kami!!!
sangat selesa, alhamudlillah. bilik kami adalah berunsur 'sea view king'. memang sangat² puas hati dengan harga RM322. bilik kami semua satu floor dan tak jauh. semua sebelah aje. senang le, kalu jadi ape² kan. ada cerita disebalik tempahan bilik ni. pada yang tahu cerita tu, amek iktibar sebagai pengalaman dan pengajaran kita.
hyatt regency yang betaraf lima bintang, semua staff mmg tip top. memang puas hati duduk kat sini. orang kata biar perabih duit asal selesa. kalu yang murah pun, asal selesa ape salahnya. jangan mcm kat FBR tu. nan hadooo... serik utk ke sana lagi. bagi yg paham apa tu FBR, diam² sudah.

bila pintu sliding dibuka... nah!!!! nampak laut kat luar tingkap tu. huh.... siyes beb... memang nyaman sekali. hotel ni mmg dekat ngan pantai. bila pk² balik, rasa mcm ngeri pun ada. mana tau, kot² ombak kuat ke kan... ish... minta jauh le. tu semua kuasa Tuhan. kalu nak jadi, bukan kita boleh menghalang.

budak cikenot ni tak payah cakap. yang mula monyok je sebab malu ngan anak² kak ida dan kak ina, tapi bila dah lama... dia la paling banyak cakap. tak sesabar dia nak turun p berenang.

posing dik jgn tak posing.

saya yang amek gambar ni. cantek tak

sekitar luar bilik kami.

sampan bar

pool pun depan bilik kami tau. kalu rasa berani, terjun je dari dalam bilik

mat saleh dan minah saleh dah mula panggang diri kat bawah matahari yang mmg tengah panas terik tu. kami tak terus turun pun. lepak dalam bilik dulu, rehatkan badan dulu. layan kerenah budak cikenot tu yg tak berenti dok membebel.

apa lagi... posing le

lagi

dan lagi

any comment??

ha, ni la keje budak kecik ni. habis semua kertas dia dok conteng. lantak le dik. janji mulut awak diam skit. hehehe.... nasib baik la perangai dia ok sangat.

layan buih dalam bath tab plak


ha... dah siap untuk turun. tengah tunggu yong n paklong besiap plak. layan kartun dulu ye.
ok, tunggu sambungan n3 ni.

8 comments:

wahida said...

gambar ats katil tu hanya utk 18 thn ke atas sahaja...hehehe

Liessa said...

salam...best nyer...hehe..last month pun sy g jln2 sane2 tapi dok sehari smlm je, seme dh ponuh..huhu...

my-niezzareena said...

wahida

ngeh3x... saje, nak tayang kebahagian kami. boleh gitu???

my-niezzareena said...

liessa

mmg best kan... thn depan plan nak p lagik... yahuuu....

SangRatoo said...

wah..sgt besh..ni yg wat haku tak sabar2 nak bercuti nihh..:P more more!!

my-niezzareena said...

mama ju

amboi... hang pun nak p becoti ka?? best best best.... kat maner tu??? tunggu, ada lagi... banyak lagi gmbr. larat tak larat je nak upload.

Mek Rose said...

besnyer..jeles nengok koz i realy need all of dis rite now!

my-niezzareena said...

rose

ape lagi... buking le hotel.. ada masa kita kena rehatkan badan, tenangkan fikiran... betui dak...