Tuesday, June 8, 2010

♠ muar hari terakhir ♠

muar, hari akhir : 29 mei 2010
kami check out ari tu jam 12.30 tgh. masa tu, ramai plak manusia yang dok Q nak check out sama. masa ni perut ku dah tak tentu arah, entah ape2 lagu yang didendangkan. dok ckp kat encik suami, nak mkn SR. dia kata ok je. tapi bila call metua, dia kata dok goreng bihun. cam sedap plak. lupa nak cakap, bawah hotel yg kami dok tu, ada SR. dibuka dari jam 11 pg sampai 11 mlm. masa dok kuar masuk hotel, mata asyik jeling kat encik suami, dengan harapan dia tarik tangan gebuku ini dan masuk ke dalam. tapi... hampeh. dia cuma ckp kat kl pun tiap2 bulan mkn SR. tak jemu ke.. saya dengan muka penuh hampa hanya jeling melihat lantai. buat2 muka 1 sen yang dah tak laku skang. huh...
pastu kami pusing2 bandar muar cari kedai kek sebab hari tu beday mak metua. bandar muar ni senang je... pusing la kot celah maner, takkan sesat punya. akan kuar jalan yang sama balik. akan jumpa jalan utama balik. betul tak orang muar?? ok, jumpa satu kedai kek. bukan hanya jual kek saje, tapi mak ai... mcm2 jenis roti dan kukis yang ada jual disitu. mmg meriah giler. pening mata nak pilih. semua sedap2, tapi tak sempat nak amek gmbr, ramai sangat manusia dalam kedai tu.
inilah kek utk metua saya. sangat sedap. saya kan pengemar coklat yang tegar. kalu kek lain saya tak minat. jgn percaya akan bilangan lilin yang tepacak itu. umur metua saya sbnrnya muda lagi dari bilangan lilin yg ada. saya yang silap ckp kat org kedai kek tu. hahaha... sori mak!
masa ni mak metuaku tgh sibuk didapo. tapi tetap kami tarik dia utk tiup lilin yg telah dinyalakan. punya la gelak besar dia bila tgk lilin yg ada tu. hehehehe...
kali ni mak sambut beday tanpa 2 orang lagi ank2nya..
muka bohsan sebab menunggu yang lain bersiap
ni le cik enon. sungguh baik orangnya.
kami bergambar kenangan bersama. tak tau la bila lagi nak jumpa. terima kasih pada semua keluarga cik enon atas layanan dan makan minum sepanjang kami kat sane. umur panjang kita jumpa lagi.
pastu kami terus ke tangkak. shopping kain skit. tmpt dia lebih kurang mcm kat nilai ek. rambang mata nengok kain2 kat situ. encik suami hanya mampu menggelengkankepala. kami teruskan perjalanan ke jeram gunung ledang. pertama kali saya sampai sini.
bayaran parking 2 hengget. bayaran utk sorang sehengget. pastu kena menapak punyalah jauh kedalam. kete yang boleh masuk hanya utk orang yang sewa challet kat situ aje. huh... peluh ketiaq beb
best lagi ulu yam. tmpt dia biasa je. sementara tunggu anak2 kak izan mandi, kami yang pompuan ni biasala, gosip petang.. hehehe
daniel, anak sulung kak izan. sangat aktif dalam ape saje
ilham, anak kedua. 2x5 ngan abang dia. kemanjaan mak metua saya sebab dia jaga dari kecik sampai besar. skang ni pun tetap manja walaupun dah masuk darjah satu.
kami gerak balik dekat jam 6 ptg. yang heran, waktu tu masih ada yang baru sampai. takkan lepak kat situ sampai tgh mlm kot. dan takkan puas lepak barang sejam je kot. takkan maghrib pun dok dlm utan tu lagi kot. ish...
kami teruskan perjalanan yang penuh lesu itu. singgah di perhentian ayer keroh untuk mengisi perut yang tersangat la lapar. pastu kami berpecah sebab diorang semua terus masuk simpang ke nilai, kami terus balik kl.

No comments: