Daisypath Vacation tickers

Wednesday, August 5, 2009

...pangkor part 2...

hari kedua di pangkor, kami sewa motor untuk jelajah satu pulau. motor yang disewa selama satu hari dengan bayaran sebanyak RM30. kami sewa kat tempat kami menginap tu. senang ajo, p kat kaunter habaq nak sewa motor dan motor memang dah stanby depan kaunter. motor kriss yang agak baru rupanya dan alhamdulillah, motor tersebut dapat menerima beban yang berat seperti kami berdua ini... huhuhu... tapi india yang bertugas kat kaunter tu cakap, kalu pancit tanggung sendiri... aduh... menanah telinga den...


dah round separuh pulau, kami singgah kilang satay untuk melihat sendiri macamana dorang memproses makanan yang dibuat dari segala jenis hidupan laut. harga pun agak murah berbanding kat pekan dan lumut.


pastu kami ke pekan pangkor untuk bekfes. huh, masa ni memang lapo gile. kami singgah restoran nabila balqis dan menunya biasa aje, kari ikan, ayam dan ikan goreng. tapi selera siot... pastu pusing2 pekan kejap dan terus balik bilik rest kejap.


dalam jam 3 ptg kami pusing2 lagi. masa ni memang tengah panas terik. kami ke satu tempat yang diberi nama lin je kong. tempat ni tokong cina sebenarnya tapi banyak dengan replika haiwan, tumbuhan dan sebagainya. dan sebenarnya banyak memori indah masa dulu2 kat kawasan ni. kat sini la aku ngan hubby berposing maut masa alam percintaan dulu... muehehehe... layan je la gambar2 kat bawah ni ye...



lama gak kami kat tempat ni... sembang mengenai masa muda dulu2... hehehe... romantik plak...


seterusnya kami pusing2 kat pasir bogak dan lepak jap kat pantai disitu. singgah kat warung cik kiah kot kami beli kuehtew goreng dan cucur udang. balik semula kat pantai teluk nipah. kami lepak kat warung yang tak bukak tepi pantai tu makan sambil menikmati udara dan angin segar. huh... syok wooo... kuehteow cik kiah tu sangat sedap


habis makan kami jalan2 tepi pantai, fulamak, air tengah pasang beb. ngeri plak waktu tu. besar betul ombak... nampak tak gambar kami kat atas tu.. aku ni takut skit ngan air laut ni...



tapi disebabkan hubby sibuk nak amek gambar, aku wat wat berani je la..



dalam pada takut tu, leh plak aku terpengaruh ngan ajakan hubby untuk mandi.



gambar atas ni aku suka... mula2 hubby lepak atas pokok tu air tak berapa berombak sangat. lama gak dia lepas atas pokok tu... tak disangka, air mungkin makin pasang, ombak jadi begitu kuat sampai nak cecah tapak kaki hubby. cuba korang tengok gambar tu betul2... melopong wo aku masa tu... aku tak dapat bayangkan waktu tsunami dulu...


naik pening plak bila dah mandi laut ni. aku tak tahan ngan air laut ni, rimas sebab melekit lekit... terus masuk bilik mandi. tengah aku mandi hubby kata dia nak ke pantai nak amek gambar matahari terbenam... tanya aku nak ikut tak, aku kata tak mau la sebab dah mandi, nanti melekit balik. so aku lepak la kat bilik sorang2... lama lak tu dia pegi, aku ni dah le penakut. bila dia balik dia tunjuk gmbr yang dia dah berjaya amek... dia kata dah lama dia pasang niat nak amek gmbr macam tu dan korang lihatlah sendiri hasilnya.. tak le sehebat fotographer professional, tapi aku kagum ngan usaha dia...

malam tu kami habis kan masa dengan lepak kat kedai makan sambil tengok gelagat orang yang lalu lalang kat situ... banyak kenangan indah hari kedua ni... semuanya dalam memori indah antara aku dan dia. tunggu next day plak... bye!!!


Monday, August 3, 2009

happy belated birthday

31 julai-jumaat... ulangtahun kelahiran adik aku yang ke tiga. shaheera @ aciq, telah pun berusia 23 tahun. epi beday 2u... sorry aku lambat wish ari tu.. well... jangan lupa belanja makan ha.. dalam pada aciq nak sambut hari bahagia dia bersama teman tersayang ~ raihan @ yan, satu berita sedih kami terima malam khamis lepas, yan telah kehilangan bapa tersayang pada rabu lepas. takziah utk yan sekeluarga. dah esoknya khamis, kami sekeluarga (aku, hubby, mak & ayah) pergi melawat. suasana sedih dan pilu menyelubungi yan sekeluarga. aku tak dapat bayangkan kalu perkara tersebut terjadi pada kami adik beradik. yan begitu sedih sebab dia memang rapat sangat ngan aruah. yan kata dia dah takde kawan untuk bersembang... huhuhu... sedih siot... pada yan, redokanlah pemergian aruah.. moga dia tenang disana... al-fatihah



2 ogos~ahad... abang pula sambut beday yang ke 7 tahun. em.. pejam celik pejam celik dah beso rupanya anak yong ni... nakal tetap menten... biasala, budak nak meningkat dewasa, skit2 lama2 berubah le tu... walau ape pun, yong tetap sayang kat abang.. moga jadi anak yang cerdik dan pandai, beso esok dah keje boleh tanggung yong bila yong dah pencen ye... hehehe... jgn marah kak sue... anak mu anak ku jua... ahaksss...

sabtu dan ahad lepas, aku, hubby dan adik menghabiskan masa kat banting. kami balik sane untuk persediaan kenduri sambut menantu pada 8/8 nanti. huh.. bz giler, belum hari yg sepatutnya lagi. so, jumaat ni aku cuti sebab kena balik awal. harap semuanya akan berjalan dengan sempurna... insyaAllah...

Tuesday, July 28, 2009

coti coti mesia

khamis, 23 julai 2009
9 pagi
Lepas bekpes pagi tu, kami gerak dalam kol 9 menuju ke utara.


perjalanan kami berjalan dengan lancarnya. tiada sebarang gangguan dijalan raya dan tentunya bila dah jalan jauh, aku akan berdengkur dengan tenang sekali... hehehe... itu habit aku bila dah masuk kete...

11 pg
hari yang sama
punya tengah sedap melayan mimpi indah, hubby kejutkan aku sebab dah nak hampir sampai... aduh... tengah syok cium bantal busuk tu... bikin kacau la... ok, bila korang tengok gambar diatas, korang mesti dah dapat duga kami berada di mana kan... tu la aku kata, percutian kami biasa biasa aje.. tak le sehebat maner pun tempatnyer... janji enjoy, betui dak...


12.30 tgh
sampai je kat pekan pangkor, kami terus amek teksi dengan bayaran 12 hengget dan terus menuju ke tempat penginapan kami. nama tempat tu nipah water front. selama 4 hari 3 malam dengan harga RM370. memang betui2 depan pantai dan berdepan dengan jalan raya. dekat je ngan kedai makan dan segala gerai yang ada. bilik kami amat lah selesa sekali. abaikan bantal busuk kat atas katil tu ye... cik tum kalu p maner2 musti kena bawak bantai buchuk tu kalu tidak tak lena tidooo... last aku sampai pangkor ni masa kursus opis 2 tahun lepas. masa tu kami menginap kat pangkor beach resort. kali terakhir bersama suami tak silap dalam tahun 2002 kot. masa tu tak kawin lagi. bila dah berdua kat pangkor ni, segala kenangan lama kami flash back semula. hehehe kelako...


1 ptg
dah golek2 jap rehatkan badan, perut terasa lapar. mana taknye, pagi tu kami cuma makan roti canai kosong je. terus kami bersiap dan kuar. aduh... hari tu tak semua kedai bukak sebab hari khamis kan... mungkin sebab orang tak ramai dan hanya ada dua tiga kedai je yang bukak. dan kami wat pilihan untuk makan kat restoran horizon. kedai makan tu sederet ngan challet kami. kami makan nasi goreng cina aje, malas nak order banyak2 sebab malas nak tunggu lama. pas tu jalan2 jap tepi pantai


2.30 ~4.00 ptg
kami saje jalan2 main air dulu dan sesi fotogedik. tengok gelagat orang dan angin petang tu memang best sekali. ombak tak berapa kuat mungkin air belum pasang.


mamat ni kalu begambar serah la kat dia.. memang menjadi punya.


kan aku cakap, lagak macam model kelas atasan. namun, yang adoo... perut menten ke depan


aduh... encem arr... hehehe...

aku plak memang takut ngan air pantai ni. kalu takat sungai cetek tu aku ok lagi.

kaki mu dan kaki ku..


gambar agak golap skit sebab lawan cuaca kan..


masihkah kau ingat, pada waktu dulu...

aku teramat sayang padamu...

bercanda ditepian pantai.. masa ni dah kol 5 lebih. lepas sesi fotogedik tu, kami balik bilik semula. lepak2 layan tv. bila dah petang skit baru kuar balik. huh... panas terik beb. memang tak ramai la orang sebab masih hari bekerja kan. so kami pun tak le malu2 nak beposing... hehehe...

syok oo... lama tak naik buai...

buai laju... laju... aku nak kawin dengan anak rajee... yang adooo


tak bleh blah siot

sila tahan kalu rasa nak temuntah yeee

sangat indah waktu ini...

lepak punya lepak... hari dah semakin gelap. kami saje tunggu nak tengok matahari tebenam.


oh Tuhan, betapa besar kuasa mu...


terer tak aku amek gambar


comei gitu tapak kaki aku kan. montok2 je...

layan je la gambar2 kat bawah ni... augerah ciptaan yang maha ESA. SUBHANALLAH













malam tu kami makan dikedai yang sama. tak banyak menu la plak. mahal lak tu. kami cuma makan ayam masak merah ngan ikan bakar je. kedai lagi satu tu ramai plak orang, sampai tak de meja kosong. dan kami hanya lepak kat bilik aje malam tu layan tv. sambungan seterusnya silalah tunggu ye...

nota kaki : xceli aku tak de idea nak stori mori kisah hari petama ni.

i'm back!!!

hello everybody... i'm back again... hehehe... xceli dah keje pun semalam. tapi dalam keadaan keletihan lagi dan kebizian yang melanda semasa keje semalam membuatkan aku langsung tak berkesempatan untuk memblogging. percutian kami penuh dengan keseronokkan. rasa macam nak tambah lagi dua tiga hari, namun apakan daya, kami kan makan gaji, kalu kampeni sendiri mungkin dah tambah hari atau berganjak ke negeri lain. aduh... keletihan yang melanda membuatkan aku lupa segala apa yang patut mengenai pembayaran bil2 bulanan. sorry sayang, semalam broadband tak leh guna sebab aku terlupa bayar bulan lepas dan campo bulan ni punya sekali dan line broadband aku dah kena potong... hahaha... padan muka aku. dan semalam petang jugak sebelum balik keje aku menyetelkan semua ape yang patut.
dan hari ini, aku masih lagi dalam keadaan yang tak berapa waras sebab tido tak cukup. asal tengah malam je aku mesti terjaga. dan bila dah leh tido balik, tu yang terlewat bangun tu. bagi aku kalu dah 5.45 tu dah habis lambat, mane nak tunggu hubby siap lagi yang menggalahkan pompuan bersiap. muka pulak retak seribu. cuaca kat tempat percutian tu panas terik, pagi plak hujan lebat sampai nak tido pun takut... petir bedentam dentum...
insyaAllah... ade kelapangan masa, aku akan n3 kisah holiday tu nanti ye... sabar menunggu... nak p bekpes jap ni... callloooo!!!!