Daisypath Vacation tickers

Tuesday, June 3, 2008

kisah suamiku....

khamis : 22/5 - hubby aku mula rasa tak sedap badan masa kat opis. dia kata badan dia sejuk semacam. dia balik awal dalam kol 4 ptg. amek aku kat opis then bawak dia p klinik kita, masa sampai tu no yang dipanggil no 14. no giliran dia 19. pyalah lama menunggu sampai dia tido dalam kete dulu sebab tak tahan pening. sampai je no dia kami jumpa doktor hisham. suhu badan dia naik sampai 40'c. doktor kata teruk, kenapa tak minta emergency sebab buat hubby aku menunggu lama. doktor terus bagi dia makan ubat dan dapat mc untuk esoknya dan kena datang balik sabtu pagi untuk amek darah. mcm serius je....
jumaat : 23/5 - semalaman dia tak dapat tido..sakit-sakit badan...aku mula risau. aku amek EL sebab hubby aku terlampau teruk... tak mau makan, tak boleh bangun, tak larat nak jalan...asyik tido je... nak bukak mata pun tak larat
sabtu : 24/5 - sepatutunya kena p klinik kita balik utk amek darah tapi aku amek keputusan bawak dia balik banting. sampai banting lagi le teruk merengek dia sebab manja dengan mak dia. malam tu lagi le dia tak dapat tido sebab asyik muntah je... aku ajak gie klinik dia tak mau. katanya nak tunggu esok
ahad : 25/5 - pagi2 lagi dah bawak dia p hospital banting bahagian kecemasan. kena amek darah. keputusan darah dia tak dapat nak agak sebab darah dia terlampau pekat. doktor cocok bontot untuk tahan sakit dan amek ubat. malam tu boleh le dia tido sebab dah kena cocok. tapi ttp tak lalu makan. manja pun makin menjadi-jadi. bintik merah mula tumbuh kat seluruh badan dia
isnin : 26/5 - aku call opis amek EL lagi 2 hari. masih kat banting dan aku bawa dia p hospital lagi. kena amek darah lagi. doktor kata denggi. aku mula la gelabah. terus call mak aku. dia pun risau gile. kena masuk air 2 botol. dari pagi kat hospital, kol 2 kena masuk air, kol 5 baru dapat balik. tak kena tahan sebab katil penuh.
selasa : 27/5 - pegi hospital lagi, amek darah lagi...aku lak yang naik pening... doktor kata esoknya kena datang lagi. hubby aku naik bosan sebab tau2 je la hospital kerajaan...tunggu lama sesangat... dia minta doktor sheila tu buat memo untuk rujuk kat panel. malam tu balik kl
rabu : 28/5 - aku dah kena keja, hubby still mc... dia sambung check up kat klinik kita amek darah lagi.... doktor nazarudin cakap dia kena demam campak pulak... aku kompius le. lepas tu badan dia naik gatal2...campak keladi.... emm....no komen le...malas nak pk banyak... dia mc sampai jumaat. asal panas badan dia dah ok aku tak berapa risau le
khamis : 29/5 - aku p kerja dia lepak umah, tp asyik tepon aku soh balik. merengek je...
jumaat : 30/5 - aku drive lagi pergi kerja...emm...boring lak dah lama tak p kerja sekali. hubby aku kirim mee kari kat maju junction. dia memang suka mee kat situ. sebelum sampai umah aku beli kfc chicken chop. balik makan sesama, selera makan dia dah datang balik. so habit dia kena mengunyah sebelum tido dah back to normal...hehehe...aku suka. before ni dia asyik muram jek... skang ni dah kembali ceria....


lending atas riba mak kat bhgn kecemasan, hos. banting
kena masuk air
cian dia

baby tua
report dari bahagian kecemasan
senarai ubat yg kena ambek
mc dari bahagian kecemasansegala ubat yg kena makan

No comments: