Daisypath Vacation tickers

Wednesday, May 6, 2009

pernikahan ali & zu

jumaat, sempena dengan cuti hari pekerja, kami sekeluarga belah hubby aku berangkat ke parit buntar pada jam 9 pagi untuk merialisasikan impian anak teruna bongsu mertua aku mengikat ikatan kasih bersama pasangannya zuliana. seperti yang telah dijanjikan, sebelum bertolak, kami semua berkumpul di rumah mertua aku. ade setengah memang dah tunggu di tol bukit raja. perjalanan diteruskan sehingga ke perhentian tapah.

kami berhenti berehat sambil menikmati juadah yang telah disediakan oleh mak mertua aku. setiap sorang nasi bungkus berlaukkan ikan goreng, sayur campo dan sambal ikan bilis. walaupun simpel, tapi berselera kami makan dengan keadaan angin sepoi sepoi bahasa. kami pakat ramai2 lending bawah pokok. nasib mak mertua sediakan nasi bungkus, kalu nak harap beli kat pehentian tu, dah le mahal, ramai lak tu manusia... maklum, cuti panjang kan... kami sampai parit buntar sekitar jam 4 ptg. lepas family lain semua dah masuk homestay, (tmpt sama masa dorang tunang dulu) aku, hubby dan kak izan sekeluarga gerak ke parit buntar inn. kami menginap disana. bukan tak mau campo family lain, tapi ramai sangat... saje untuk keselesaan semua juga. kalu campo kami lagi, mau sesak nafas dalam umh tu... tiada xtvt yg menarik sepanjang malam sebelum bermula esok hari.

pagi2 lagi kami dah bangun untuk hantar adik ipar aku ke butik pengantin. sampai je zu dah mula diandam oleh mak andam yang lupa aku nak tanya sape nama dia. kami lepak jap kat butik tu. lepas tu balik hotel bersiap

jam 10 pagi, kami tiba di masjid permatang pasir... tak silap aku la. acara pernikahan berjalan dgn lancar. hanya beberapa soalan saje yang tok kadi soal, dan alhamdulillah semua dia dpt jawab dan dengan hanya sekali lafaz, mereka sah bergelar suami isteri. teringat zaman kegemilangan aku dulu... cewah... syok kan jadi raja sehari...


alhamdulillah.... impian tercapai jua. moga doa yang diaminkan menjadikan kalian hidup bahagia hingga ke akhir hayat. laksanakan tanggungjawabmu sebagai suami dengan adil dan saksama. walaupun dirimu kini mempunyai keluarga sendiri, tetapi jgn lupa akn jasa ibu bapamu... sentiasa ingat pada mereka...


sahkan ape yang benar, perjanjian kini termaktub kepada syarat dan terma.

ewah, ape la yang suka sangat tu. gumbira sangat nampak. ke kena nyakat ngan tok kadi...

seterusnya, pembatalan air sembahyang pun dijalankan. aku terima nikahnya si polan binti si polan dengan mas kahwinnya sebanyak RM80 tunai.... yes, itulah jumlah mas kahwin yg telah diberikan kepada pengantin pompuan. duit hantaran sebanyak... biarlah rahsia


seutas rantai tangan sebagai hadiah kepada si isteri disaksikan dengan cincin ikatan pertunangan. salam permulaan pembuka lembaran baru sebagai tanda hormat kepada suami tercinta. terimalah daku seadanya.

sebanyak 14 dulang hantaran diberikan kepada si isteri dan dibalas sebanyak 16 dulang hantaram daripada isteri tercinta. kami tak sempat nak amek gmbr dari pihak pompuan sebab dorang tak bawa sekali masa akad nikah ni. dorang dah letak kat dewan. aku pun kompius sebenarnya knp dorg tak bawa sekali masa akad nikah... its ok... gmbr diatas, kek yg ditempah parit buntar sehari sebelum majlis dan bunga telur sebanyak 40 cucuk hasil gubahan mak mertua aku sendiri.

sireh junjung salah satu perkara wajib dalam setiap hantaran perkahwinan dan kain ela sebagai hadiah langkah kepada kakak pengantin perempuan yang digubah menjadi buah manggis juga hasil gubahan dari mak mertua aku sendiri.

juga kain ela, langkah untuk kakak kedua dan buah buahan termasuk hiasan bawang putih (gula didalam sebagai pemanis) sebagai penyeri bakul... kekekeke... kretip mak metua ni

sejadah dan al-quran juga tuala yang ditaja oleh saudara terdekat. time kaseh bebanyak atas tajaan ini...

kain ela dan telekung yg dihias menjadi topi...

jam tangan, kasut dan handbag

perfume, barang make-up dan pembersih muka, juga ditaja oleh pihak tertentu... murah sungguh hati orang itu... tqvm! ape yg aku taja????? sedikit sumbangan dan lelain tu masa kenduri belah lelaki nanti. tamat sudah citer pernikahan, majlis persandingan akan bersambung nanti... tunggu!!!

4 comments:

ayulicious said...

ni ank bongsu belah laki ko...ank bongsu belah ko pulak bile agak nye eh... :p

ayulicious said...

tgk dorng da kawin tingin jugak aku...cpt btol jodoh dorng.langkah bendul lak tu zu ni.ade 2 org kakak yg x kawin lg.klu aku kawin dlu same mcm zu ni kan.heehhehehe
(koya je..):D

mam@ju said...

ayu..esk2 ko kawin jgn lupa jemput ahkak ko nih lak yer...kakak ko dulu kawin lupa nk jemput aku..

my-niezzareena said...

ko memang suka koya.... ade ke org nak kat kau masalahnye??? ahaksss...