Daisypath Vacation tickers

Tuesday, May 19, 2009

♥ 3 of us ♥

petang ahad, kami bertiga lepak sambil bersantai @ ttwangsa.. masa tu kol 3 ptg. fuh, matahari tengah naik tepacak beb.. tapi dah janji ngan si kecik nak bawak main kat taman, tepaksa la p jgk walaupun terasa matahari sejengkal je atas kepala. tapi kekadang tu redup gak dan yang paling syok, tiupan angin petang... emm... tenang rasa jiwa. bukan tak leh p ptg skit dalam kol 5, tapi masa ni kami baru balik dari the mall. p makan n jalan2 cuci mata. mula tu ingat nak p main game kat atas the mall tu, tapi tak sangka dah tutup plak. tak tau la tutup terus ke atau proses baik pulih... itu kureng pasti la plak. mcm biasa adik mesti dok ngan kami tiap ari minggu, tapi kali ni kak sue sporting sangat sebab xceli dia kena balik kg, nenek sedara dia meninggal, aku punya la pujuk dia soh tinggalkan adik ngan kami... tak sangka sangat dia bagi... tq tq tq...

pimpin tanganku moga kau tidak jatuh tersungkur... langkah seiringan berdua bersama



setenang jiwa dan perasaan... indah sungguh ciptaan yang maha esa...

ketahuilah sayangku... aku teramat sayang akan kamu... aku akan tetap setia walaupun perutmu kian mengembang... ahaksssss


insan yang baru mengenal erti kehidupan, namun masih tercari cari realiti atau fantasi.

langkahmu membawa seribu erti.

langkah demi langkah untuk menuju kejayaan. yang pasti kau berusaha untuk ke arah itu.

setiap usaha pasti ada kejayaan.. ya... kau berjaya mengharungi segala rintangan seorang diri tanpa bantuan sesiapa... kau begitu tabah dan berani... aku pasti bila dewasa nanti sifatmu akan terus begini...

kau sungguh berani mencuba semua yang berada didepan matamu... sungguh kuat azam mu wahai anak kecil. bagus... teruskan berusaha

mencari sesuatu yang baru... keluarlah dari kepompong lama, berani kan dirimu, tabahkan hatimu... pasti kau perolehi semua itu

begitu seronok sekali bila diberi kebebasan, ya... diwaktu inilah segala kebebasan akan diberikan. sebelum kau meningkat dewasa, buatlah apa yang tergerak dihatimu, bila dewasa nanti, langkahmu pula akan diperhati...


apalah yang anak kecik ini mengerti selain ingin mengecapi kebahagian dan keseronokan. sentiasa inginkan belaian dan kasih sayang yang secukupnya. hatimu bersih sesuci embun pagi. kau masih mentah untuk mengetahui segalanya dek kerana jiwa dan nalurimu masih halus untuk mengetahui semua itu. namun ketahuilah sayang... kami amat amat sayang padamu....

sayangku, terima kasih atas perhatianmu... kau menjaga tiap langkah kami sepanjang kami mengecapi keseronokan ditaman yang penuh seribu erti kenangan antara kita. pasti kita disini lagi suatu hari nanti untuk mengimbas kembali saat manis itu...

tidurlah sayangku... ku tahu dirimu begitu lesu setelah seharian berlari mengapai pelangi petang. jagamu ku tunggu dengan seribu harapan untuk hari esok.

4 comments:

Anonymous said...

sastera nampak

Anonymous said...

alamak...touchinglah i..timer kasih bebanyak atas kasih syg yg u berikan pd ank2 i...jasamu xdpt kubalas dgn wang ringgit...cuma kasih syg jg yg dpt i berikan tatkala hubby u tiada disisi..u lah tmpt i bermanja2an,family i jauh2..i tiada tmpt mengadu selain u je...tqvm my dearest kazen..[suezukie]

ayulicious said...

AYAT TOUCHING SGT DOWH.....

Anonymous said...

peminat setia
saya suka awak punya ayat.