setenang jiwa dan perasaan... indah sungguh ciptaan yang maha esa...
insan yang baru mengenal erti kehidupan, namun masih tercari cari realiti atau fantasi.
langkahmu membawa seribu erti.
langkah demi langkah untuk menuju kejayaan. yang pasti kau berusaha untuk ke arah itu.
setiap usaha pasti ada kejayaan.. ya... kau berjaya mengharungi segala rintangan seorang diri tanpa bantuan sesiapa... kau begitu tabah dan berani... aku pasti bila dewasa nanti sifatmu akan terus begini...
mencari sesuatu yang baru... keluarlah dari kepompong lama, berani kan dirimu, tabahkan hatimu... pasti kau perolehi semua itu
begitu seronok sekali bila diberi kebebasan, ya... diwaktu inilah segala kebebasan akan diberikan. sebelum kau meningkat dewasa, buatlah apa yang tergerak dihatimu, bila dewasa nanti, langkahmu pula akan diperhati...
apalah yang anak kecik ini mengerti selain ingin mengecapi kebahagian dan keseronokan. sentiasa inginkan belaian dan kasih sayang yang secukupnya. hatimu bersih sesuci embun pagi. kau masih mentah untuk mengetahui segalanya dek kerana jiwa dan nalurimu masih halus untuk mengetahui semua itu. namun ketahuilah sayang... kami amat amat sayang padamu....
sayangku, terima kasih atas perhatianmu... kau menjaga tiap langkah kami sepanjang kami mengecapi keseronokan ditaman yang penuh seribu erti kenangan antara kita. pasti kita disini lagi suatu hari nanti untuk mengimbas kembali saat manis itu...
tidurlah sayangku... ku tahu dirimu begitu lesu setelah seharian berlari mengapai pelangi petang. jagamu ku tunggu dengan seribu harapan untuk hari esok.
4 comments:
sastera nampak
alamak...touchinglah i..timer kasih bebanyak atas kasih syg yg u berikan pd ank2 i...jasamu xdpt kubalas dgn wang ringgit...cuma kasih syg jg yg dpt i berikan tatkala hubby u tiada disisi..u lah tmpt i bermanja2an,family i jauh2..i tiada tmpt mengadu selain u je...tqvm my dearest kazen..[suezukie]
AYAT TOUCHING SGT DOWH.....
peminat setia
saya suka awak punya ayat.
Post a Comment