Daisypath Vacation tickers

Tuesday, July 21, 2009

niezzareena away = 23-26 july 2009

assalamualaikum semua... untuk pengetahuan semua, kami suami isteri akan berada di luar kawasan KL untuk berehat seketika dari kesibukan bekerja dan keadaan keliling kota metropolitan yang sentiasa sibuk setiap masa dan ketika
maaf kepada keluarga, sepupu sepapat dan teman-teman sekalian, bukan mahu berahsia ke mana kami akan pergi tapi hanya untuk mengelakkan diri dari diburu oleh sekalian makhluk tuhan yang tidak mengerti apa itu makna BERCUTI...

kami bukan keluar dari negara malaysia pun dan dalam keadaan sekarang ni, kami cuba elakkan dari menaiki pesawat untuk terbang ke mana-mana. kami hanya pergi dengan kenderaan sendiri dan cuba mencari peluang dan ruang untuk kami BERDUA sahaja. jangan terasa hati ye orang itu... ;p next time sebelum puasa kita p ngan family kita plak ok... itu cadangan kedua kami...

tempat yang hendak dituju pun bukanlah begitu glakmer maner pun, dah biasa pergi pun. hanya untuk mengimbas kenangan semasa bercinta dulu aje... haa... mungkin ade yang dah tahu ke mana arah tuju kami... hehehe... semua planning ni pun hasil suprise dari suami tercinta kepada isteri kesayangan, semata2 untuk....


menyambut ulangtahun kelahiran aku yang ke 31... ahakss... malu pulak!!!! pada 25hb nanti, genaplah hari tua aku. aku cuma harapkan yang biasa2 aje dan tak sangka planning hubby memang mengejut. kami akan bertolak esok pagi dan akan kembali insyaAllah pada hari ahad. doakan moga perjalanan kami selamat pergi dan balik. doakan kesejahteraan aku sempena untuk menyambut hari ulangtahun aku. doakan aku moga suatu hari Tuhan memberi rezeki kepada kami suami isteri untuk mendapat zuriat sendiri...

pada teman rapat di opis, maaf sebab aku tak terus terang, pada kak ina, hepy beday 2u, nanti balik i upload gambar masa kita celebrate beday u tadi ok...pada wahida, tq sebab paham keadaan aku, pada kak sue, jaga diri dan anak2, sorry jugak tak cakap awal, pada family pun sama, sorry tak bagi tau ke mana destinasi kami... pada kazen aku noris, sorry tak dapat menghadiri kenduri sambut puasa dan tahlil kat umah kau... pada teman blog, take care semua... cewah.. macam pergi berbulan2... harus ke tinggalkan pesanan penaja... huhuhu...

- semoga selamat semuanya -

...amin...

Wednesday, July 15, 2009

"selesai satu perkara"

seperti yang telah dijanjikan oleh kedua pihak keluarga, kami dari belah lelaki telah menurut perintah untuk ke rumah bakal tunang adik ipar aku pada hari ahad lepas. kami betolak dalam jam 11 lebih. sampai dekat jam 1. maklumlah, konvoi kan.. macam2 ragam le. sebelum tu, aku balik banting hari jumaat malam. malam tu tepat jam 12, aku wish beday mak.
esoknya sabtu, setengah hari kami pusing2 sekitar banting cari homestay untuk family aku masa kenduri sambut menantu nanti. aduh... kenapa begitu payah sekali. homestay memang banyak, yang aku jumpa hanya dua sahaja. tu pun satu umah dia charge RM30 satu kepala. lagi satu tu kira bilik. tak syok plak. pusing punya pusing, tak jumpa yang lelain tu. nak kena tanya orang keliling. ade signage pun depan pintu umah, mana nak nampak sebab umah kampung paham2 je la... pintu bukan semua depan jalan. ada yang umah ke dalam skit. jenuh la plak nak perhati betul2. kalu mcm umah teres tu ok lagi, memang tepi jalan aje. aduh... pening kepala nak pk.
malas nak citer panjang, next time balik nak p cari lagi. yang ade style banglo pun atas pada morib lagi. 4 bili semalam RM250. ok dah tu, tapi jauh plak... em... tu lain hari la aku pk. sambung balik citer pertunangan adik ipar aku ni, mohd nashriq [eric] dengan cinta hati dia farhana [angah]

kek yang disponser oleh teman baik eric. tak sangka begitu beso sekali... cian budak ni, dia pun minat kat eric, tapi takdak jodoh... kau lambat la dik... hehehe... walaupun begitu, tetap nak sponser ok... terima kasih le banyak2 ye...



segala persiapan adalah hasil dari aku dan mak mertua aku... yang ado... hahahaha... semua last minit ok... janji berhias udah le... cukup syarat aje ni. dua bentuk cincin, satu untuk merisik dan satu lagi untuk ikatan pertunangan. pihak lelaki bagi 11 dulang.




nashana adalah gabungan eric dan farhana. aku pun lupa ape nama penuh angah tu. dorang ni kenal sebab abang si angah tu kawan pada eric. lagi pun diorang ni berjiran dulu, sebelum mertua aku buat umah kat belakang umah nenek.

ini plak hantaran dari pihak pompuan. di balas dengan 14 dulang. tema diorang itam putih. cantek gak...




sebelum berangkat ke kl, kami wat doa selamat skit moga tiada halangan yang menimpa. eric ni pernah putus tunang, tapi dia ngan x tunang dia still kawan. bagus le cam gitu. jangan ada benci... x tunang dia pun dah kawin dan baru gak dapat baby. dan x dia still contact aku sebab kami pernah rapat dulu.

suasana sementara menunggu pihak pompuan bersiap. kami sampai awal la plak. patutnya lepas zohor. hehehe... tak sabar kot... mak ngan ayah aku pun join sekali. lupa plak nak habaq, umah mak angah ni dekat ngan umah aku. dulu kan diorang berjiran, lepas mak aku dah pindah umah baru, family diorang pun pindah kl. tu yang family aku join sekali. diorang pun lama tak jumpa besan. hehehe... siap peluk cium gitu mak aku ngan mak banting.. macam minah arab daaaa....

aduh... sabar la dik.. [kami panggil dia adik walaupun dia anak kedua] jauh merenung umah bakal tu... waduh... hati harus bedegup kencang. si eric ni sorang je la yang slim melim. kecik je body dia. yang abang ngan adik bongsu tu... huh... yang ado!!!!

sesi risik merisik, bincang ape yang patut...


amboi.. siap tutup mulut lagik. ape yang rahsia sangat tu pakcik oii... tang hantaran ka... ;p bapak metua aku macam curi2 dengar je... hehehe...


ayah, mak ngan mak pompuan.

yang ni... harus la aku yang menjadi penyeri majlis.. hehehe... aku biasa la, harus la menyarungkan cincin risik. kakak ipar sulung la katakan.


disusuli oleh mak mertua aku. menyarungkan cincin pertunangan. alhamdulillah... selesai sudah. banyak dugaan diorang berdua ni. hanya kami sahaja yang tahu. harap lepas ni tak de la masalah yang berat2 lagi... insyaAllah..


bergambar kenangan...



sedih kejap. kalu dah jodoh tak kemana dik... harap lepas ni pandai2 jaga diri ok, korang tu darah manis...

yang si baju belang tu le nak naik pelamin lagi sekali bulan lapan ni... insyaAllah... ade member opis aku cakap, si angah ni macam pelakon liyana jasmey tu... betul ke??? harus kembang kalu aku cakap kat angah tu




wah.. senyum gembira nampak... sama2 kecik kan diorang ni :D

ni le abang sulung yang kenalkan diorang ni, bersama adik bongsu diorang


orang yang aku sayang

dan selesai sudah majlis pertunangan antara eric dan angah. ikatan selama setahun dan insyaAllah tahun depan naik pelamin. aku pun terus la balik umah sendiri berehat sebab malamnya tu nak celebrate beday mak tercinta plak..

*********************************

malas nak wat topik baru, aku teruskan dengan citer sambut beday mak aku



comei je mak aku ni kan... body menten ok. aku... yang ado... hahahaha. janji bahagia.


menu malam tu satay dan nasi goreng aje. sedap gile... tapi aku lupa nak snap gambar potong kek dan tetamu yang datang. sebab kelaparan yang amat sangat. prezen untuk mak kami adik beradik belikan hp baru. dia kan jeles kami bagi ayah hp baru masa beday ayah yang lepas. tersangat suka la dia sebab hp tu up skit dari ayah... hahaha... kelakar... citer ni sampai disini sahaja sebab aku malas nak citer panjang. jumpa lagi di lain episod.. chow!!!

Friday, July 10, 2009

...hanya dirimu...



esok adalah hari ulangtahun kelahiran mak. aku n3 awal sebab esok aku kemungkinan sibuk yang membuatkan aku tidak berkesempatan untuk meluahkan perasaan aku terhadap mak tersayang didalam ruang blog aku ini sebab hari ini aku akan balik ke banting untuk membuat persediaan pertunangan adik ipar aku nanti.
dan aku masih keliru adakah malam ini untuk kami sama2 menyambut beday mak atau ahad nanti bila aku balik dari banting. kami adik beradik dah pun beli prezen untuk mak. pasti mak suka... ;p
mak... didalam diriku, hanya ada satu cinta, yang membuat ku bahagia....bersamamu!! kau sinaran bulan, menyerikan bitang-bintang, kaulah fajar yang menerbitkan pagi. kau sirami embun, menyegarkan pepohonan, kau bukakan tabir siang untukku. kau berikan, kasih sayang maha suci, betapa agungnya, tiada ternilaikan. tiada cinta yang suci, setulus cintamu.
mak... kau begitu sempurna, di mataku kau begitu indah. kau membuat diriku akan selalu memujamu. disetiap langkah ku, ku kan selalu memikirkan dirimu. tak bisa ku bayangkan, hidupku tanpa cintamu. janganlah kau tinggalkan diriku, tak kan mampu menghadapi semua... kau adalah darahku, kau adalah jantungku... kau adalah hidup ku, lengkapi diriku... kau genggam tanganku, saat diriku lemah dan terjatuh. kau bisikkan dan hapus semua sesal. kau wanita yang begitu tabah... aku bangga mempunya seorang ibu seperti kamu...
mak... terima kasih atas kasih sayangmu, pengorbananmu, penat lelahmu dalam membesarkan kami semua. tiada harta ternilai untukmu melainkan doa memohon dariNYA moga dirimu dipanjangkan usia dan diberikan kekuatan untuk menempuh hari hari yang akan datang.
kami semua sayang mak!!!

Monday, July 6, 2009

... lawak tengah malam ... :D

dialog ini adalah pada sabtu malam dimana perbualan aku dan adik sebelum tido

aku : adik... esok balik umah ibu tau

adik : ok

aku : esok yong anta adik tau

adik : ok

aku : nanti p taska tau, yong work

adik : aaa.... adik nak ikut paklong

aku : paklong pun work

adik : adik pun nak work

aku : adik work kat taska la

adik : ok

aku : adik makan ape kat taska

adik : nasi la

aku : sape suap adik

adik : cikgu B, adik suap cikgu B..

aku : [muka confuse dalam kegegelapan malam] adik mkn lauk ape

adik : PETAI..

lepas dia jawap tu, hubby yang dah nak lena, gelak tebahak bahak sampai mengilai ngilai... aku pun sama... cemana la dia leh bagi jawapan petai. aku pun heran. dia pun gelak sama... biar betul cikgu B tu, takkan bagi ulam petai kot... hahahaha... lawak lawak....

...hepi beday ♥ syam ♥

hari ini 6 julai 2009 genaplah 31 tahun umur sahabat lama aku sewaktu di bangku sekolah dulu iaitu syam atau nama penuhnya ihtisyam yang kini jauh dimata namun dekat dihati aku. sebenarnya aku takde gambar terbaru syam dan malas plak nak amek dari facebook dia. so ape yang ade hanyalah kenangan lama sewaktu sekolah2 dulu. hehehe.... cute tak aku.. ahakssss... [ .... lari topik .... ]
masa ni kami dah tingkatan lima. dalam semua member aku yang ada dalam gambar tu, aku lupa plak ape nama lagi sorang tu yang diapit meen dan huzaimah tu. kurus tak aku ;p makan hati nok bila tengok balik kenangan sekolah dulu. emm.. kalu nak story pasal sekolah ni, memang le banyak kenangan manis dan pahit. semua tu tetap dalam kenangan terindah aku. kini semua dah ade keluarga masing2. aku ngan syam pun jarang berhubung. kalu ade benda penting je baru sms.
kepada sabahatku syam, selamat ulangtahun yang ke 31. moga panjang umur, murah rezeki, sentiasa diberkati dan dirahmati olehNYA. moga bahagia disamping keluarga tercinta. harap kalau ade masa lapang nanti, boleh le kita kuar makan bersama ok. kau tetap sahabat aku sampai bila2... :D

Friday, July 3, 2009

...hujung minggu yang lepas...

ini adalah citer yang hampir nak basi sebab dah nak masuk minggu seterusnya baru aku berkesempatan mengentrikan citer ni. bagi aku biar lama maner citer tu berlalu sekalipun, aku tetap akan masukkan juga. itulah yang dinamakan kenangan abadi..
waktu ni aku menghadiri majlis kenduri kawin member opis, fie dan pasangannya ayem. masa ni memang dah lambat sebenarnya. masa kami sampai penggantin dah pun menjalankan acara bersanding dan makan beradab. elok aku sampai, fie tengah bersalaman dengan sanak saudara. jadi, masa tu dia dah nampak aku dan sempat lambai tangan pada aku. [nasib dia nampak]

[gmbr dr blog lyn]

sama cantik sama padan... bagai pinang dibelah dua... uda dan dara yang begitu sepadan sekali. alhamdulillah.. selamat penggantin baru fie. moga kekal ke anak cucu. gambar ni aku amek dari blog lyn [sorry lyn, amek tanpa kebenaran] hehehe. tak sempat nak bergambar ngan penggantin sebab dorang sibuk bergambar dengan keluarga dan saudara mara masing2. masa aku balik pun tak sempat nak jumpa fie. maklum lah, raja sehari kan... dorang pun bz dengan sesi fotografi kat atas pelamin tu. aku jumpa dia kemudianlah, bila dia dah masuk opis nanti.

[kami tetap bertiga]

lepas dari kenduri fie, kami ke sejangkang pula. ke rumah makcik hubby yang mengadakan kenduri sambut puasa. wah... begitu awal sekali ye. mungkin masa tu je kot yang sesuai bagi mereka sekeluarga. sampai je dah siap semua hidangan. hanya menunggu orang dari surau je untuk memulakan majlis.
lepas selesai bacaan doa, kami semua lepak kat belakang umah tuan rumah. apekah tujuan kami?? apa lagi... menjolok buat mangga la... banyak giler terjuntai atas pokok tu. dari takdak orang nak makan, dari busuk begitu sahaja, baik kami je yang perabihkan ;p. nampak pak metua aku yang berbaju purple tu... cewah.. sambil tangan di pinggang dia melihat gelagat kami semua. mak metua aku plak sibuk di dapur
sebenarnya kak izan yang kepingin sangat nak makan mangga tu. maklum lah... mengIDAM la katakan... tengok gambar tu, kecor ayaq liq aku tau.. jangan ke kata makan kat situ terus, siap bungkus lagi ok.. makaceh le pada tuan yang sudi wakafkan mangga tu pada kami :D

adik mula tu malu2 kucing, pastu makin lama makin mesra ngan abang daniel, abang ilham dan kakak ika. selesai semua perkara, kami berangkat pulang jam 6.30 ptg. mak metua siap bungkuskan lauk lagi untuk besannya iaitu mak aku dan kak sue sekali. hehehe... terima kasih le banyak2.
bulan ni aku ngan hubby akan menjadi orang yang paling sibuk sekali. maner dengan persiapan kenduri sambut menantu di rumah keluarga mertua aku di banting dan dalam masa terdekat ni jugak, insyaAllah adik ipar aku yang kedua plak nak melangsungkan pertunangan. argghh... aku akan menjadi lebih bz dengan tugas yang telah diberikan oleh mak mertua aku nanti. well... aku kan menantu sulung. ahakssss....

Thursday, July 2, 2009

puasa ganti

pejam celik pejam celik dah pun masuk bulan tujuh. cepat je masa berlalu... dah pun masuk bulan kelahiran aku. alhamdulillah, segala rutin harian aku berjalan dengan baik sekali. masalah skit2 tu biasa la.. dan hari ini..jeng jeng jeng... hari pertama aku menggantikan puasa yang sudah sekian kalinya niat di hati nak buat.

biasa la... banyak sangat dugaan yang datang yang menyebabkan aku tertangguh untuk melaksanakannya. dan hari ini, insyaAllah... akan sampai ke penghujung waktu berbuka.. ahaksss..

ape aku sahur pagi ni?? yes, nasi goreng udang. wallaaaa!!! enak dong. walaupun nasi yang dipanaskan sahaja dimana lebihan yang aku wat semalam untuk makan malam dan aku tinggalkan skit untuk bekalan aku sahur pagi ni. skang ni memang perut aku kenyang giler. dan harapnya sampailah ke petang.

tentang stori mori cuti minggu lepas, memang ade citer yang hendak dikongsi bersama, dan harap kak izan bersabar ye... belum ade masa sesuai lah nak upload gambar. ni pun ingat nak sambung tidor... awal lagi ni beb, baru jam 6.45 pagi. apa lagi nak wat pepagi buta ni. so, tunggu je lah next episod ok! assalamualaikum!!!