Daisypath Vacation tickers

Wednesday, June 10, 2009

hari pertama @ kg

sambungan citer di kampung


setelah penat setengah hari dalam kete, kami tiba di kampung halaman jam 4 pagi. masa lepas makan kat sungai koyan tu, kami yang berada di tempat duduk belakang asyik dibuai mimpi. memang tak sedar ape. tahu2 dah sampai depan umh. lepak dulu sembang ngan makcik aku, pastu terus masuk tido. entah jam berapa aku tak pasti, kak sue kejut aku ajak p kebun. aduh... aku malas sungguh waktu itu. tak daya nak bangun. pulak tu tgh sodap tido, suasana kampung la katakan...

balik dari kebun, kak sue terus syer gambar ngan aku. bila tgk, walamak.... best la plak. tak pe, lain kali aku akan pegi... so, layan la ye gambar2 di bawah ini...

jalan masuk ke kebun
cewah... mentang2 le kete kebal... harus la posing dulu kan... iklan kete sendiri la ni eh.. emm... i selut u la beb

nak tumpang glakmer gak la ni... belasah la cik awe...

yang ni aku tak tahan tgk... aku pantang le kalu nampak sungai ni.. uii... syoknye kalu dapat mandi.. ishh... nyesal beb tak ikut.. kak sue, balik raya ni p tak??? jom arrr

ni tgh wat pe lak ni? basuh kete ker?? emm... bagus la pakai kete beso ni kan... nak kemana pun sonang...

dasyat posing cek kak... happy nampak...

hehehe... ni lagi tak leh blah... dua beradik ni memang kalu posing tak hengat punya. entah ape2 pose la yang dorang buat tu. tapi tabik hormat tu mmg perkara wajib ok... yes sir!! abang plak, ape kali ni. ultraman pulak ker??? ke ben 10?
yang pakai baju kuning tu anak sepupu aku gaks... kami panggil dia kak ja. kira dia sepupu la ngan abang dan yaya. mak kak ja tu kakak pada juki.

ni la kalu dikatakan anak lelaki sorang... kalu ke kebun harus membanting tulang... tolong ape yang patut... bagus anak bapak... suami sapa ni... habaq mai...
ishh.... laki sibuk bersihkan kebun... ekau sodap beposing yooo... bukit mano lak ni... tinggi bona ko??
la... idok la tinggi mano pun... sonang jo nak panjat... posing maut tak hagak.. mengalahkan daki gunung everest...hehehe...
moto sapo lak ni jang oii... ni moto dari golok ko... ekau jangan, nanti polis cari kang baru tau...

mak ai... anak sapo lak ni... hawat jadi lagu tu??? bahaya ni...
kolumpo ni takdo telago... kalu balik kampung jumpo telago jakun la kojap... hehehe... sojuk tu!!

dua gambar ni aku tak tahan... aku suka sangat. pe'el dak yaya mmg takkan habis. layan je la...


tgk anak bulan ko kakak??? ke skodeng apo tu??? aku suka sangat gambar ni. nampak spontan. cemana nak tafsir eh??? ah... apa apa aje la.. janji aku sukoo...

akan bersambung lagik... tunggu!!!

enam datang lagi... 'emosi pagi'



pagi ni aku bangun dengan malas sekali. terasa macam nak buat jenayah aje.. korang jangan pk lain tau.. jenayah yang aku maksudkan kemalasan mau p kerja laaa... tapi aku gagahkan jugak melangkah ke bilik air. selepas badanku disimbah air, terasa segar skit. lepas solat subuh, aku macam terpikir sesuatu... oh, ni dah masuk bulan enam. kejap je masa berlalu. dah pun 10hb. 2 bulan lagik dah nak puasa. emm... puasa ganti tak buat lagi ni. lepas dah kejutkan hubby, aku pun bersiap seperti biasa. namun fikiran aku masih melayang2 entah ape sebenarnya yang aku fikirkan. macam2 benda aku rasa masih tertangguh. bila terpk pasal usia, lagi le fikiran aku berkecamuk. ishh... makin aku susah hati. aku rasakan hidup aku masih kurang segalanya walaupun sekeliling aku aku ada semua yang aku mahu. aku bahagia bersama suami tercinta dan keluarga yang sentiasa berada di keliling aku... naluri kecil aku seperti merajuk, hatiku terasa seperti tak tentu hala. aku merasakan mahu menangis sekuat kuat hati untuk membuktikan bahawa diriku sedang dilanda emosi yang begitu kencang sekali. masa aku tengah drive tadi pun, perasaan aku masih kacau. air mataku seperti bertakung namun ku tahan dari mengalir membasahi pipi. oh tuhan, mengapa aku diduga begini. ape salahku, ape kekuranganku... jika ini takdir dariMU, aku pasrah... namun aku masih merayu padaMU, dengarlah rayuanku, terimalah permintaanku... ameen...

Tuesday, June 9, 2009

tumpang glakmerrrr

tengahari tadi aku teman member opis aku wahida cari tudung. kami ke cafe tingkat 4. selepas aku balik dari cuti minggu lepas, aku ada dengar yang shafnie ade bukak booth jual tudung. tapi tak berkesempatan nak p tgk. dan hari ni kami berkesempatan plak untuk p servey booth tu. korang mesti tau kan siapa shafnie ni. kalu yang tak tahu, dia x wife ac mizal. b4 ni aku memang selalu nampak dia ulang alik kat opis aku pasal bisnes dia tu, dan pernah singgah kaunter aku bertanyakan sesuatu. tgk life, dia memang cantik orangnya. tinggi... senyum yang mengoda, peramah, pandai bercakap... kira lengkap la sebagai perempuan melayu terakhir. aku suka berinteraksi dengan dia... lembut orangnya. tudung yang dia jual pun cantik2. mcm2 design ade. tapi aku tak beli pun. bukan tak berminat, kalu cukup duit dalam purse memang aku dah sambar dua tiga...hehehe... tapi aku baru je tambah koleksi, nanti hubby bising lak. yang dok ade pun tak pakai lagi.. ;p wahida je yang beli. harga tudung dia pun berbaloi ngan kualiti tudung tu. tapi sampai skang aku dok terbayang 4 jenis tudung yang aku dok usha kat tmpt tu tadi.. hehehe... mula la jari ni gatal nak songlap duit dalam akaun... ya Allah... berilah aku kekuatan untuk tidak menjadi seorang yang tamak dan suka bersikap boros.... huhuhu... (ayat skema)


ni la wahida... manis orangnya.. (puji ade makne) member kepala giler aku.. kalu aku ngan dia bersatu, habeessss lah... kecoh sekampung... aku respek pada shafnie yang tabah mengharungi kehidupan seharian sebagai ibu tunggal. walau ape orang kata pasal dia, hanya dia yang tahu siapa diri dia yang sebenar. pandai cari duit untuk bela nasib anak2. emm... melalut dah aku ni... ok lah.. tu je pun aku nak citer. berkongsi kenangan bersama celebriti... sambung wat kije ;p



backdated n3

29 mei 2009, tarikh perjalanan kami berangkat pulang ke kampung halaman di tanah merah dan machang, kelantan darul naim. tujuan utama kepulangan kami sekeluarga pada kali ini adalah kerana untuk majlis bertandang sepupu aku nurul hizmizal (ijai) dan pasangannya yana (tak hengat nama penuh) yang telah diadakan pada 31 mei 2009. tujuan utama gambar kami comel aku dan hubby ni adalah untuk menayangkan (terus terang ajo..) selipar baru yang hubby aku beli kat chiangmai mei lepas. sama tapi berlainan design. comel gitu kakiku yang montok itiu... hehehe... gambar tersebut diambil masa tengah panaskan enjin kete sebelum berangkat ke umah kak sue. yes, utk pengetahuan semua, kami balik satu kete ajo. leh syer2 minyak. jimat skit kan. selesa pun sama sebab senang pergerakan, sama2 bersama. kalu dua kete kang sorang dah kedepan, sorang tertinggal... ni tak payah nak pening2 pakai woki toki lagik. memekak dalam satu kete ajo...
masa tgh tunggu kak sue ngan juki bersiap, aku ngan hubby lepak kat taman ajo. malas mau naik maaa... kami lepak kat taman sambil melayan kerenah abang dan adik. abang baru lepas mandi pun sempat main kat taman lagik. dah berpeluh balik. adik cam biasa ar, maner leh renggang ngan paklong dia...
masa ni nak bertolak dah. kak sue & juki dah siap. sempat lagi snap terakhir. jgn tak tau, baju kami pun sama gak.. huhuhu... makaceh cayang belikan baju sama together gether... lep u!! adik tetap ditengah... tiada anjakan paradigma ok.. ;p pandai abang amek gambo :)


kami singgah makan dulu kat burger king highway karak. kena le isi pewut dulu, nanti lapoo... masa ni kak sue belanje. tq kak sue..

sebenarnya masa kat BK ni banyak gambar kami. yg aku heran maner lak poinyer... tup tup hanya 2 gambar ni je yang ado... mungkin terdelete kot... sorry kak sue... lepas habis semua, kami memulakan perjalanan yang memakan masa lebih kurang 6 jam. uii... lamo tu jang oi.. kebas buntut. perjalanan kami berjalan dengan lancarnya dan kami penuh riang didalam kete. menyanyi lah... bersembang lah... sehinggalah kami berenti kat sungai koyan, singgah umah kawan juki untuk amek barang. makcik tu siap hidang nes panas dan sedikit makanan ringan. layan beb nes dia... fuh... pastu kami berenti lak makan kat simpang sungai koyan. kami memang suka singgah makan kat situ sebab masakan dia memang pergghh!!!!! tomyam campo, sup tulang, telor dada, kailan ikan masin... layanzzz... yang ni aku plak belanja..

akan bersambung...

APUNDI sudah...

assalamualaikum... n3 kali ni adalah berkesahkan apundi untuk member aku si pah bedah tu.. dia terpilih untuk top 14 contest seiras wajah... wah... tahniah berjaya masuk ke peringkat seterusnya... pah bedah kata kena pilih dua peserta. so aku pilih le dia ngan entah sape lagi sorang tu... syok plak aku tgk blog dorang dok main undi mengundi ni. kalu aku ade anak kompem aku pun nak join... so, pada pah bedah, aku apundi sudah... harap ko terpilih le eh. jgn lupa bagi dua ape yang ko dapat... ahaksss... nak skodeng blog mek iti plak. intai2 mcm baby sofia tu masuk contest jgk.. tapi tak pasti plak kena undi gak ke tak. chow!!

Thursday, June 4, 2009

jenuh nak jawab ni

yang ni tag dari mak odah.. sila la layanzzz

Where is your cell phone?
ado dopan mato ni haa

Relationship?
kawen sudah

Your hair?
panjang & ikal mayang

Work?
customer service executive

Your sister?
kakak tarak, adik ado

Your favorite thing?
makan hangin, shopping, tgk tv

Your dream last night?
tido mati daaaa

Your favorite drink?
nes ais

Your dream car?
fair lady kot... hehehe

The room you’re in?
master bedroom

Your shoes?
6 or 61/2

Your fears?
bila ditinggal keseorangan...huhuhu

What do you want to be in 10 years?
bukak butik kot... insyaAllah...

Who did you hang out with this weekend?
balik banting kot

What are you not good at?
susah nak pk

One of your wish list items?
umah atas tanah sendiri

Where you grew up?
hbkl, skang ni hkl

Last thing you did?
makan aiskrim tropicana beharga sehengget

What are you wearing?
ari ni khamis, pakaian wajib kerajaan adalah batik

What aren’t you wearing?
bikini ;p

Your pet?
tak suka

Your computer??
hp

Your life?
riang sentiasa tapi tgk keadaan semasa

Your mood?
hari ni aku agak sewel skit sebab.... adala...

What are you thinking about right now??
balik ni kena amek ank2 kak sue sebab dia ngan juki balik lmbt.
nak bawak dorang p mkn aper ek???

Your car?
mini kancil & waja

Your kitchen?
bersih, kemas, teratur, tersusun..

Your summer?
no idea

Your favorite color?
ijau, cekelet, merah,

Last time you laughed?
baru setengah jam lepas ngan kak eda, mcm nak tercabut pundi kencing

Last time you cried?
masa kt kg

School?
ampang road girls school - args

Love?
Allah s.w.t, nabi junjungan s.a.w, suami tercinta, keluarga & sabahat

SELESAI SUDAH!

top 5

balik dari bercuti terus dapat tag dari pah bedah. semalam takde masa nak layan blog, pagi buta hari ni aku memang free habis... so layanzzz

"5" nama timangan korunk
* kaklong
* maklong
* shua
* sheena
* ena

"5" sifat/tabiat buruk
* sensetip
* penakut tahap gaban
* kuat belanja
* goyang kaki masa tido
* suka genyeh mata

"5" makanan peberet
* ayam goreng
* laksa
* tomyan
* masak lomak cili api
* yee mee sup

"5" subjeck pelajaran paling suko
* art
* pjk
* k&k
* agama
* bm

"5" benda wajib dlm purse
* $$$
* lesen
* ic
* kad bank
* gmbr2 org yg disygi

"5" topik yang biasa di bual bersama pasangan/teman
* selalu tanya u syg i byk maner.. hehehe ;p
* wekeend nak p maner
* balik keje nak masak ke mkn luar
* bergosip dulu sblm tido :D
* tentang kelmarin, hari ini, esok dan akan datang...

"5" mangsa tag
* ayulicious
* mas
* fibocynno
* adan
* sadi