Daisypath Vacation tickers

Wednesday, July 16, 2008

happy beday ~ mak & nazly ~ 11.07.08


mak, happy beday 2u... moga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa diberkati olehNYA. moga mak sentiasa kuat macam hari² sebelum ni. time kaseh atas kasih sayangmu, penat lelahmu menjaga dan membersarkan kami adik beradik. pengorbananmu kami hargai sampai bila². apa yang ada pada bondaku puan naemah binti shafii :

  • lahir pada 11 julai 1956
  • cantik, putih, gebu
  • wanita yang sangat tabah
  • penyayang
  • suka bersembang
  • suka masak (sebab tu setiap minggu anak² buah suka lepak umh dia)
  • suka berleter~ade kebaikan (kalu mak balik kg sunyi je)
  • tak suka boros
  • sentiasa jaga kesihatan, tak makan yg bukan²
  • pandai cari duit
  • suka nasihat anak²
  • sporting

sebenarnya banyak yang best kat mak aku cuma aku tak tau nak luahkan cemana.... apa pun, aku sayang mak aku sebab dia adalah mak aku...hahahaha.... sebenarnya tengah touching ni...


ni adalah kek yang disponser oleh nazly sekeluarga. nazly pun sama tarikh beday ngan mak. selalu sambut bersama. makaceh papa nazly dan mama nurul belanja kek berbentuk helmet ni..muahahaha.... tapi best tau!!!!


gamat umah mak dengan karenah cucu² dia... semua sepupu aku dah ade anak, aku je yang belum... semua org tak sabar nak tgk aku mengandung.... mcm artis la plak aku ni... sabar ye semua, akan tiba hari bahagia untuk maklong dan paklong nanti... tunggu!!!

No comments: