Daisypath Vacation tickers

Friday, July 4, 2008

langkawi - day 3

hari ketiga : tempat pertama yang kami tuju adalah padang beras terbakar. tak shopping ape pun, cuma hubby aku beli topi tu je... eemm...hencem tak... haruslah...laki mak kan..

Sejarah Padang Matsirat : Padang Matsirat merupakan sebuah bandar kecil di Pulau Langkawi.
Padang Mat Sirat atau juga dikenali padang beras terbakar merujuk kepada satu tempat kejadian yang dikatakan berlaku sejurus selepas Mahsuri dihukum bunuh, pada 1821, Siam telah datang menjajah Pulau Langkawi.
Dato Karma Jaya telah mengumpulkan beras di Padang Mat Sirat sebagai persediaan menghadapi perperangan, dan apabila mendapati pihaknya tidak mampu mematahkan serangan tentera-tentera Siam, Dato Karma Jaya telah memerintahkan beras-beras tersebut dibakar bagi menghalang beras tersebut dirampas oleh pihak Siam.

Baki beras terbakar itu masih boleh didapati di kawasan Padang Mat Sirat, Kampung Raha. Pada suatu masa dahulu, ramai pelancong yang mengutip beras-beras tersebut, dengan itu kawasan tersebut kini dipagar bagi menghalang baki beras terbakar yang semakin sedikit itu daripada habis dikutip para pelancong.

Beras-beras tersebut dikatakan disimpan di bawah tanah sebelum dibakar. Bagaimanapun ia dikatakan bahawa beras terbakar tersebut akan terdedah pada hari hujan.


tempat kedua, pantai pasir hitam atau teluk yu. tak de orang pun kat kwsn tu.. kami singgah pun untuk bergambar je. panas gile lak tu.
Sejarah Pantai Pasir Hitam : Pantai Pasir Hitam ialah satu tempat di Langkawi. Komposisi geologi utama pulau ini ialah granit, batu kapur, syal, dan batu lanar.

Pelancong sering terpesona dengan pemandangan Pantai Pasir Hitam berhampiran Air Hangat dan Kuala Teriang tetapi penerangan geologinya amat mudah. Pantai itu terbentuk hasil paduan beberapa mineral, seperti turmalin, ilmenit, dan zirkon, dengan batuan granit menyebabkannya berwarna hitam.



seterusnya galeria perdana tun dr. mahathir mohamad. kat sini banyak skit la gambarnya sebab kwsn dia pun besar kan. tak larat aku nak jalan. masa ni kaki kami semua mmg lenguh giler. banyaknye brg² tun ni. kalu aku banyak duit, aku pun nak bukak galeri sendiri. sebabnya brg² aku kat umah tu pun tak cukup tempat nak letak.

ha... ni kat air ayaq hangat. eemm...syoknya rendam kaki... hilang skit rasa lenguh. aku mmg kenal kakak dan brother yg urut boleh urut kat tmpt tu. apa lagi, lepas rendam kaki, urut badan la... hubby aku urut kaki je. lama betul kami lepak kat ayaq hangat tu. dalam 3 jam lebih. tak sedar betul masa berlalu. masa check in tu aku mmg dah bg tau nak late check out. janji dalam kol 6 ptg dan aku cuma kena tambah RM 50. kalu lebih kol 6 kena charge sehari punya harga. tapi aku bodek bdk yg jaga kaunter hari tu mintak last kol 7. hehehe....nasib le dapat.

dekat nak balik tu, tiba² safura, husband dia dan anak² dia lalu depan kami.. wah... apa lagi, sempat bergambar la. masa tu safura tengah mengandung 7 bulan. cian dia, nampak sangat tak larat. dorang ade shuting kat langkawi. patutla kami nampak eman manan kat pekan kuah sebelum tu. dah le kat kwsn umah pun hari² boleh terserempak sbb dia dok kat area umh aku. p langkawi pun leh jumpa gak... dalam pada nak kejar balik hotel, sempat lagi singgah dataran lang. p pekena laksa la plak. kat situ pun aku tepon bdk hotel tu minta sampai kol 8. nasib le dia bagi lagi.

lepas habis packing brg, sempat lak lg p amek gmbr kat pantai. konon la tu amek masa matahari terbenam...cewah.... korang nak tau, aku pujuk lagi bdk hotel tu... mmg last aku chck out kol 8.30. hahahaha...bagus tak aku... kuar lmbt dan cuma kena byr RM50 je... makasih abg hotel.. lain kali leh dtg lagi... lepas chck out terus ke airport. tak singgah mana² dah.

flight delay la plak. patutnya kol 10.40 tapi delay kol 11.05. last flight lak tu.. dah le ngantuk gile. sampai lcct kol 12.00 mlm. tunggu adik ipar aku amek. lama lak tu. sampai umah kol 2 pg. lepas kemas semua brg terus tido. aduh... letih sungguh le seluruh badan... tapi semuanya kenangan terindah...

No comments: