Daisypath Vacation tickers

Wednesday, July 2, 2008

langkawi - day 2


tadaa....ni masuk hari kedua kat langkawi. pagi tu kami turun awal untuk bekfes sebab dalam kol 9 kami nak round pulau. bayaran untuk seorang skang ni RM40 dalam masa 4 jam. tempat yg dorang akan bawak tasik dayang bunting (tmpt yg mmg aku idam sgt nak pegi), pulau beras basah dan eagle feeding. transport untuk ke tmpt bot disediakan. so, kami berkumpul kat hotel lepas makan, dalam kol 9 lebih kami bertolak ke tmpt bot tu. aku xcited gile nak jejak tasik dayang bunting!!!

orait....dah sampai pun... masa on the way tu..fuh..indah sungguh keindahan alam kita ni... cantiknye pulau langkawi!! terpegun dibueknyo... nak pegi ke tasik ni kena naik tangga. mak ai...letih jugak la.. aku baca sejarah tasik dayang bunting ni. tak tau le korang nampak tak tulisan kat gambar tu.
Sejarah Tasik Dayang Bunting : Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang. (tapi kami dpt harga RM40 je)

Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.

Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja. Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00. air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.

Pulau ini mendapat sejarah dari lagenda seorang puteri kayangan yang jelita berkahwin dengan putera bumi. Anak sulung puteri kayangan mati selepas dilahirkan dan dikebumikan di tasik dayang bunting. Puteri kayangan yang didalam kesedihan itu telah berdoa bahawa mulai dari saat itu, setiap wanita yang berkahwin dan masih belum mempunyai zuriat akan dikurniakan anak sekiranya mandi di tasik itu.



ha.... apa lagi... dengan takde bawak baju spare ke suar spare ke... kami semua belasah je mandi.. rugi ooo tak mandi... bukan selalu datang pun. aku berharap hajat aku ngan kak eda termakbul la hendaknya bila mandi kat situ. kalu tak mandi pun basah jugak kan... baik mandi je terus. bayangkanlah aku mandi dengan suar jeans tu.. tasik dia mmg dalam giler, nasib le ade sewa life jacket. RM5 je. kalu tak de tu aku tak mandi le kot. bukan pandai berenang pun. cewah... bila dah terapung tu mcm terer je... mula tu takut gak nak turun. tapi dorang bg semangat kat aku, tu yg aku memberanikan diri jgk. bila dah syok sgt sampai tak mau naik. basah² tu aku kena naik tangga lagi. beratnye rasa badan sebab suar jeans kan..ya Allah...krem kaki aku... tapi takpe...aku puas! alhamdulillah..hajat aku tercapai akhirnya..amin..


selepas tasik dayang bunting, kami dibawa ke pulau beras basah. cantik air kat pulau ni. singgah kat sini pun kami mandi jugak. tapi tak naik pun banana bot tu. cuma posing je.. dah penat tu, aku beli le air & twisties.. punyala kebulur aku masa tu..tapi nak dijadikan citer, kera tak belajar yg berkeliaran kat kwsan pulau tu p curi twistis aku...hampeh betui la. dah la harge 2.50. beli mahal² buat sedap tekak binatang tu je... yang best sekali, kak eda pun kena kejar ngan kera tu. sampai masuk dalam laut dorang anak beranak.....hehehehe...kelakar la plak. mmg kera² kat pulau tu tak bleh tgk manusia bawa plastik. dorang tau mmg ade makanan punya. mat salleh yg bawak plastik simpan baju pun dorang kejar. hai...kesian kera² tu kan...kebulur... lepas tu kami ke eagle feeding plak. tapi hubby aku tak amek gmbr la masa tu. dia amek video je. syok tgk burung helang berkelian beterbangan kat pulau tu. mamat yg bawak bot kami tu baling kulit ayam kat laut bagi helang tu makan. ha...berlumba² la helang² tu rebut makanan tu.. dah hampir 4 jam kami round pulau, dalam kol 2 kami balik hotel semula. dah rest, mandi, kami kuar balik gie makan.

Sejarah Pulau Beras basah : Pulau Beras Basah terletak tidak jauh daripada Pulau Cenang dan Pulau Rebak Besar. Pulau ini sebahagian daripada 104 buah pulau dalam gugusan Pulau Langkawi dan Kedah. Jarak dari jeti Kuah, Langkawi ke pulau ini kira-kira 20 minit dengan bot laju. Sewa sebuah bot laju untuk ke beberapa buah pulau berhampiran ialah RM150.00. Pulau ini sering kali dijadikan tempat nelayan berteduh ketika laut bergelora ketika mereka kelaut menangkap ikan. Pulau Beras Basah mempunyai permukaan berbukit yang menghalang tiupan angin kencang dengan itu sesuai dijadikan tempat berteduh. Terdapat sebuah jeti dibina oleh kerajaan negeri Kedah memudahkan bot pelancong berlabuh. Pasir di pantainya putih dan halus tetapi kadang-kala terdapat anak obor-obor yang boleh menyebabkan badan menjadi gatal (patutla masa aku mandi asyik gatal je rasanya). Banyak kera terdapat di tepi pantai dan mengutip sisa makanan yang dibuang oleh para pengunjung (ha kan aku dah cakap). Pengunjung juga boleh menyewa paracut yang ditarik oleh bot laju dan melihat pemandangan indah pulau Beras Basah.


sempat singgah kat kedai jual segala jenis minyak gamat. ha...besar gile replika botol gamat tu kan. masa aku pegi dulu tak siap lagi. dah tu kami ke idaman suri lak. mak ai.... nak naik sawan aku & hubby kat situ. kak eda kata dia takde benda nak beli kat idaman suri tu. heran gak aku... dia mmg tak brape gile ngan pinggan mangkuk ni. aku & hubby tak payah cakap la... lama kat situ sebab pilih set yg member hubby aku kirim. aku sibuk pilih untuk mak, mak mertua dan untuk diri sendiri. tak banyak pun aku beli sebab takut tak larat nak bawak nanti. eemm... kotak yg member hubby punya pun dah gedabak beso... naik letih hubby aku bawak. merah muka dia. mmg berat gile. yg kak eda & family baiknya layan makan moktan kat luar.. sorry le lama tunggu ye...



ni le barang² yg kami shopping. masa amek gmbr ni aku tak perasan ade lagi dua tiga plastik kat tepi katil. tapi dah malas nak punggah semua tu sebab kebetulan bateri kamera pun dah nak kong. lagi banyak cokelat dan pinggan mangkuk sebenarnya. patut la masa aku nak amek gambar tu aku rasa macam kureng je barang² yg aku beli. tu pun hubby aku yg perasan barang² yg aku lupa tu ade kat tepi katil... lepas tu

tempat last kami pergi petang tu adalah pekan kuah. kat pekan kuah kami shopping cokelat, kain batik, beg tarik. sempat masuk kedai cuban yang jual macam² jenis rokok. kat sini la aku beli rokok² untuk ayah dan member² masa aku p kursus dulu. pelbagai jenis dan rasa. ha...tgk le hubby aku tu. tak tau mana satu nak pilih. antara sedar dan tidak, kami dah banyak habis duit masa shopping kat langkawi ni. tapi mmg tak kisah pun. sebab mmg berhajat nak beli pun kan. wat ape nak berkira sangat. bukan selalu. malam mmg lepak kat hotel je sebab dah penat sangat. satu hari berjalan je... kaki aku dah mula rasa lenguh yg teramat sgt. nak tido pun tak selesa. tapi lena jugak...

Sejarah Pekan Kuah : Pekan Kuah merupakan pekan dan pintu masuk utama pulau Langkawi, Kedah. Arca helang yang merupakan simbol Langkawi yang terkenal terletak di Kuah. Pekan Kuah mendapat namanya daripada peristiwa kuah gulai yang tertumpah mengenangi kawasan itu. Periuk yang berisi air panas tertumpah ke tempat yang dinamai Ayer Hangat, lantas menyerap ke sebuah paya yang kini dikenali Kisap. Selat Cincin dipercayai berasal daripada pemegang jag air yang terpelanting membelah Pulau Langkawi dan Pulau Terutau. Pergaduhan gergasi yang berlanjutan menyebabkan kilat dan petir sambar-menyambar, sehingga sekelip mata kedua-duanya menjelma menjadi gunung. Mat Sawar yang cuba meleraikan pergaduhan itu gagal sehingga bertukar rupa menjadi bukit yang puncaknya terbelah dua.

No comments: