Daisypath Vacation tickers

Tuesday, July 1, 2008

langkawi - day 1


assalamualaikum...wah...baiknya...eemm... ni permulaan kisah percutian kami kat langkawi. ni kali ke tiga aku n hubby dah ke sane tapi sebelum ni masing² p kerana kursus, jadi takde masa nak berjalan sangat. so ni le fes time kami pergi bersama. yang ni masa kat lcct... citer pertama yang aku nak story pasal flight kami yang pada mulanya dah berlepas jam 8.10 pg tapi kena patah balik sebab komputer tak boleh xses rada pergerakan perjalanan. dorang tak mau tanggung risiko, so kena la patah balik. cuak gak la sebab belum pernah alami benda cam gini sebelum ni. kena tunggu lebih kurang setengah jam dan kami p le bekfes kat dalam lcct tu. makan nasi lemak 2 bungkus dan 2 teh o ais..regenya RM17.80.. eemm..nasi lemak biasa je...kalu kat luar dalam 80 atau singgit. nak wat cemana kan, dah kebulur sangat. dalam jam 10.20 kami q semula dan suprise...air asia pujuk kami dengan mc'd.. ingat senang ke air asia nak belanja makan... dah kenyang makan nasi lemak mahal pun kami bedal jugak mc'd tu... pastu zzzzzzz......
perjalanan berjalan dengan lancar dan kami tiba dengan selamat. alhamdulillah... tapi cuaca agak tak berapa sihat la masa tu, mendung nak ujan. sampai je terus jumpa abang mat sewa kete. sewa kete iswara dengan rege RM45 sehari. habis pujuk dah dengan abg mat tu... tq bang, lain kali leh sewa lagi..hehehehe... terus call kak eda, rupanya dia dah lama tunggu kami kat airport.

tempat pertama kami tuju adalah ke makam mahsuri. lama gak kat ctu. sebenarnya banyak gambar tapi takkan nak masuk semua kan... kang bosan lak korang nengok... seronok layan anak² kak eda ni... banyak cakap budak² tu... tengok le tu, aku dok posing ngan hubby tiba² dorang ade kat belakang... nakal le bdk² tu :P

Sejarah Makam Mahsuri : Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut (aku beli air perigi mahsuri ni yang dah diproses atau yang telah ditapis dengan harga RM1).


ni plak kat datai bay... wah...rasa mcm kat miami plak...ahakss... masa ni dah tengahari... perut pun dah rasa lapar balik... dalam kepala otak masa ni tak sabar nak pekena laksa je... arrgghh....besnye....


ni kali kedua aku naik cable car.bes ar... lagi syok pada kat genting..memang le gayat, tapi wat berani je... fes time naik mmg takut tapi kali ni aku cam berani skit la. memandangkan cuaca cam nak ujan, sejuk gile la kat atas tu... kabus pun tebal...

turun dari cable car, terus ke animal farm. husband aku dengan beraninya bagi rusa makan... aku tak le seberani tu... dia kata rasa geli bila rusa tu jilat² tapak tangan dia... eeii...geli aku... anak² kak eda kakak dan adik pun takut... abg marzuki (husband kak eda) pun berani bagi makan rusa tu...


dah penat la rasanya setengah hari berjalan. check in pun dah lambat.. dalam kol 5 kot. masuk je bilik terus baring rehatkan badan... mau tak penat, bgn tido pun kol 4.30 pagi. tido pun kejap masa kat dalam flight.... kami menginap di best star resort di pantai cenang. hotelnya simple tapi syok le, mengadap pantai. mmg dekat gile ngan pantai. before ni selalu dok kat pekan kuah je...


eemm...apa lagi, posing le kat pantai jap... cam hebat je kan... ah, biar la... blog aku, ikut suka aku la nak letak gambar ape pun kan... kalu ade yg jeles ke rasa tak puas hati ke... nasib le eh. malam tu kami kuar makan... tapi tak ingat nak amek gambar. lepas makan pusing² cuci mata kat pantai cenang... balik bilik terus tido....penatttttttt

No comments: