Daisypath Vacation tickers

Wednesday, March 31, 2010

bukit gambang resort : 27/3 : cerita 2

sambungan dari cerita 1
habis merehatkan diri wat sementara waktu, kami semua pakat siap untuk terjun ke kolam renang. dari dalam umh penginapan kami, dah nampak betapa seronoknya melihat akan keluasan tapak kolam renang itu. rasa macam nak terjun dari atas umh aje. uik... sabau.. paling melompat keriangan mestilah anak² kecil tiga orang tu. yang adik sampai tarik baju paklong ajak turun cepat. bila keluar je dari umh, masing² dah melonjak kegairahan.

gambaran ini dari kawasan kolam renang. tu apartment yang kami duduk. umh kami belah kiri block kedua, tingkat 1. saya tak pasti yang dua tingkat belah bawak tu bilik studio atau penginapan untuk vip. lupa plak nak tya pekerja kat situ. masa ni orang mcm dah ramai jugak. antara kolam renang ke umh 2 tingkat yang bawah tu dipisahkan dengan tasik kecil.

masa kami p tesco hari sebelum ke gambang, adik bukan main beriya mahukan pelampung pink tu. dia main amek dan terus letak dalam troli. bila kami tanya, dia cuma jawab, kesian adik takde pampung (pelampung) ... kakak ngan abang je ade pampung. beli je la... katanya. ayat tak bleh blah kan.
pastu macam puteri santubung plak bila duduk dalam pelampung tu. wah... siap baring sambil menongkat pipi lagi
seronok wo kolam renang kat situ
paklong, amek gambar adik... peace!!
kakak yaya mesti tak berapa suka main kat kolam utk budak². dia lagi suka kat kolam utk dewasa. budak ni terlebih berani tau. mengalahkan yong dia jek
yong melayan anak²

amboi paklong... posing nampak

paklong sibuk melayan anak²


peace lagi....
razif, ayu dan saya


saya dan ayu, sibuk tgk gmbr dalam air. masa ni pakai kamera razif. macam² aksi yang ada. nnt saya akan upload gmbr dari kamera razif ye. tapi entah bila nak jumpa dia ni


apa aje la budak 2 orang ni

pancutan air dari dlm mulut razif

mak saya yang sibuk melihat gelagat orang sekeliling sambil memerhati gerak geri cucu²nya
masa ni mentari dah terbenam skit

penat sudah. masa untuk balik bilik semula. hari dah nak senja
sempat posing kat lobi hotel
budak² tu kelaparan sangat, jadi saya singgah kat kedai runcit yang ada kat hotel tu. beli makanan skit untuk isi perut sementara tunggu mak masak mlm tu.
abang yang tak dapat masuk sebab basah. minah yg jaga kedai tu ckp jgn masuk ramai² nnt banjir kedai dia. kesian abang. hanya tunjuk dari luar ape yang dia nak.

orang lain pun turut beransur balik ke bilik juga. hari dah nak mlm
lepas mandi, saya goreng nuget dulu utk anak². kesian depa, tak kenyang makan jajan yg beli ptg tu. masa ni depa sibuk dok menengok orang yang ramai sedang menjamu selera kat restoran hotel tu. tak silap saya ada family day dari agensi kwsp kot. mak ai... depa karaoke mlm tu punya la bising...

masa saya dan mak tengah sibuk maask, paklong la yang bz melayan kerenah tiga beradik tu


amboi... siap bergayut lagi kat dalam lemari tu. ni la akibatnya kalu lemari takde pintu
inilah juadah mlm tu. ayam goreng, ikan goreng, sardin, sayur campur dan ikan bilis goreng belada. sambal belacan dan timun sebagai penaik selera. mak ai... kecoq ayaq liuq skang ni. punyala malatop mak masak. beginilah mak saya, lebih suka masak sendiri dari mkn kat kedai. cili api tu ulam encik suami saya ye.. jgn tak tau, dia hantu cili api.

tetamu kami mlm tu adalah abang sulung razif yang datang bersama isteri dia yana dan anak dia qyra. bijak qyra tu... suka wat memek muka. suka layan dia. dia panggil saya yom.. hahaha.. diorang ni dari kuantan. tu yg datang betandang, mkn mlm sama²

razif melayan pe'el anak buah kesayangannya
terhibur kami semua dengan gelagat dia
ikut muka daddy dia kan
cepat mesra budak ni

lepas dorang dah balik, kami plak layan bergambar dalam bilik. suka tgk gmbr² ni

gambar paling saya suka. mcm saya, encik suami dan anak² je kan. punya lama kami tunggu kak sue dan juki sampai malam tu, tak silap dekat kol satu kot baru depa sampai. mlm tu kami tidur dengan sungguh lena sekali sebab keletihan.
next cerita yang ketiga akan menyusul. silalah tunggu yeeeeee

Tuesday, March 30, 2010

giNi KiSAhnYE

hari ini kat opis saya ada bazar. memang banyak betul gerai yang dibuka. pada mula saya pegi tadi mcm kelabu jgk biji mata tgk mcm² barang yang ada jual. rasa tak menyempat untuk singgah disetiap gerai yang ada. satu persatu gerai saya dan kawan saya wahida singgah, tiba di satu gerai ni yang menjual minyak wangi yang tengah hot skang ni, saya berbual mesra dengan si penjual tu. penjual tu bersama kawan dia seorang perempuan jugak. tengah saya dok belek² minyak wangi yang ada... tiba² penjual tadi tanya pada saya...
penjual : muka awak comel la..
saya : tersipu malu [rasa nak lari laju² lari naik gunung kinabalu]
penjual : awak ni memang suka senyum ke... muka awak nampak muda
saya : sengeh manja... seolah² mahu melipat tangan ke belakang badan.
penjual : awak pakai pencuci muka aper? saya suka tgk kulit muka awak
saya : diam.... [mula mcm nak juling biji mata... pujian makin meningkat. walhal muka saya mmg tgh tebakau dek panas kat bukit gambang tu...] saya tak pakai cuci muka wak... saya sabun badan pastu saya sabun muka sekali. dekat opis je saya pakai cuci muka. tu pun ikut suka nak beli jenis ape.
penjual : saya rasa awak mesti pangkat adik saya
saya : awak umur berapa
penjual : saya 27, awak mesti dalam 23-25 kan
saya : yarabbi.... [masa tu saya mcm nak ajak dia p mkn kenny rogers je. dengan muka merah saya menjawab...] saya 32 dik..
penjual : ya Allah... betul ke awak ni... nampak muda giler..
saya : saya lahir thn 78 dik.. dah kawin pun..
penjual : serius awak nampak mcm adik²... muka awak memang comelll
saya : terima kasih la puji saya.. saya malu la... maner kawan saya ni... hehehe... saya p dulu eh
saya terus beredar cari kawan saya wahida yang entah kemana ketika itu.
auuuwww..... ramai dah cakap umur saya 20an nih...
alhamdulillah... senyum lah selalu utk nampak sentiasa muda

Monday, March 29, 2010

bukit gambang resort : 27/3 : cerita 1

sabtu, 27 mac 2010, perancangan kami sekeluarga untuk bercuti ke kuantan akhirnya menjadi kenyataan. mana tidaknye, kejap jadi kejap tak jadi atas sebab2 yang munasabah dan tak boleh nak bagi keputusan muktamat kerana alasan itu. atas kenyakinan semua dan kata muafakat membawa berkat, akhirnya kami sampai juga ke bukit gambang resort yang terletak di kuantan pahang. ayah yang sepatutnya ada bersama kami menarik diri disaat akhir sebab ada kerja. sepatutnya penginapan ini adalah hasil kutipan kami adik beradik, dan tak sangka tiba² ayah bersuara yang dia nak sponser. kami apa lagi... tadah tapak tangan la... hehehe.. terima kasih ayah. sepatutnya penginapan ini sempena dengan ulangtahun kelahiran ayah. tapi sayang, ayah tak dapat bersama. takpe la.. next time plak ok...
pagi tu kami bertolak dari umh jam 12 tghari. adik plak sempat posing sementara tunggu razif datang jemput. oh ya, kami kesana dengan satu kete sahaja. razif sewa kete company dia, sime darby. kete jenis starex yang harganya boleh tahan la untuk sehari. kenapa kami tak pegi ngan kete sendiri?? sebab kete razif kena himpap dek dahan pokok yang sangatlah besar semasa hujan lebat baru² ini. kesian dia... ish3x
yang memang tak boleh rengang ngan paklong kesayangan dia tu. nak amek gambar pun ajak paklong sekali. masa tengah tunggu razif, dia macam pelik kenapa dah turun bawah tapi tak naik kete lagi. bila saya cakap tunggu razif dia mcm buat muka tak best. sebab dia segan dan malu dgn razif. pastu dia cakap dia tak mau naik kete uncle razif. buat merengek mengada dia kat paklong. pastu paklong kata semua naik ngan uncle razif, abang ngan kakak pun ade sama. so muka dia mcm ok skit.
perjalanan yang begitu menyenangkan. adik tetap tersipu malu. dia je dia dalam kete. dekat 2 jam perjalanan, kami singgah kat gambang r&r. bukan utk mkn tapi utk ke tandas daaa....
dipersembahkan kete yang dipandu jejaka kacak bakal adik ipar saya... starex from hyundai. sangat selesa sekali. mcm tuan besar je gayanya bila saya duduk dibelakang. ahaksss. tapi rasanya lagi best alphad. kot maner pun, orang dah bawa, kita haruslah bersyukur. maceh uncle razif.
sempat posing gedixxx
lupa plak nak habaq. masa ni kak sue ngan juki tak bersama kami sebab juki masih keje hari sabtu tu. anak² dia je yang kami bawak dulu. budak² tu la penghibur hati kami.

nampak adik tgh pegang cd tu. dari masa betolak sampai la dia tetido dok pegang je vcd tu. bila paklong amek simpan, dia boleh perasan terus merengek minta balik vcd tu.
mak yang tengah syok layan adnan sempit dlm kete. mengekek dia tgk citer tu. kesian kat mak takde pasangan. lain kali kita ajak ayah p ok. tapi mak tetap sempoi..
pasangan uda dan dara yang tengah kemaruk bercinta
abang yang tak tahan sangat lapar. bukan lapar nasi pun tapi lapar jajan. tu yg ayu p beli kepek pisang ngan kuih sepit. hahaha... dia ingat ayu beli twistis ngan cekelat. adan muka dia... ;p
cuaca hari tu sangatlah panas sekali. elok sangat la. kalu ujan tak best plak, takut jugak jalan jauh dalam keadaan basah.

mula tu kami terus ke hotel untuk check in. masa tu kami sampai lebih kurang jam 2.30 ptg. tapi bilik tak ready lagi. so kami p cari kedai untuk mkn dulu. perut mmg dah lapar giler.
makanan kat sini boleh tahan la. saya suap tiga beradik tu mkn nasi lauk ayam, kuah asam pedas. syok la depa layan mkn sambil main buaian.
ni tgh malu kat razif la ni sebab dia nak minum air tapi air dok ada depan razif. nak minta maluu chow kuehteow basah. panas² lagi ni. huh... sungguh menyelerakan.
saya yang begitu teruja menikmati ckteow tu. sampai berair ayaq hidung.. sedapppp
razif, kali kedua tambah. wow... kuat mkn budak ni
mak yang sponser mkn tghari tu. maceh mak...
budak² ni masing dah kenyang mula la wat hal sendiri. sorang tgk tv duduk meja depan... sorang lagi meja belakang. amboi... masing² wat mcm kedai sendiri nampak...
perjalanan diteruskan sebab waktu check in dah terlambat skit dari waktu yg sepatutnya.
gambaran dari luar kawasan menuju ke dalam tmpt penginapan
caribbean bay suites nama diberi
pintu masuk untuk ke kaunter pendaftaran
sekitar kawasan luar hotel
kereta kuda yang berada depan pintu masuk ke kaunter pendaftaran. masa ni kuda tak
sampai lagi cafe yang mengadap kolam renang
ramai jugak yang datang. ingatkan dah habis musim cuti sekolah mcm tak le ramai. tapi tetap sama je... tak ikut musim dah sekarang ni.
kolam renang yang sangt luas dan besar
yang tak bestnye kami tunggu agak lama skit untuk masuk ke dalam umh sebab housekeeping dorang wat keje lambat. mak saya masa tu mcm dah nak marah sebab dorang begitu slow buat keje. ye la... kami kan mmg dalam keadaan penat. kononya nak berehat dulu la kat dalam bilik smblm turun balik ke bawah. adoiii
bilik utamabilik kedua. setiap bilik ada toilet sendiri.
ruang dapur. jgn tak tau... kami bawak peralatan memasak cukup lengkap semunya. mak saya kan mmg tak suka mkn kat kedai. mmg setiap kali pegi maner kami akan masak sendiri. peralatan memasak utk travel mmg sentiasa standy. jadilah mcm kami, masak sendiri lebih enak dari mkn di luar. itu pun sebab mak saya ada. kalu pegi sendiri, kirim salam la nak masak. hahaha...

apartment yang kami sewa ni berunsur family suite dengan harga RM368 (2 bilik) + breakfast utk 4 org. kalu bilik studio tak silap saya RM223 kot + bfes utk 2 org.

kisah ni akan bersambung lagi. tunggu next episod ok.