sabtu, 27 mac 2010, perancangan kami sekeluarga untuk bercuti ke kuantan akhirnya menjadi kenyataan. mana tidaknye, kejap jadi kejap tak jadi atas sebab2 yang munasabah dan tak boleh nak bagi keputusan muktamat kerana alasan itu. atas kenyakinan semua dan kata muafakat membawa berkat, akhirnya kami sampai juga ke bukit gambang resort yang terletak di kuantan pahang. ayah yang sepatutnya ada bersama kami menarik diri disaat akhir sebab ada kerja. sepatutnya penginapan ini adalah hasil kutipan kami adik beradik, dan tak sangka tiba² ayah bersuara yang dia nak sponser. kami apa lagi... tadah tapak tangan la... hehehe.. terima kasih ayah. sepatutnya penginapan ini sempena dengan ulangtahun kelahiran ayah. tapi sayang, ayah tak dapat bersama. takpe la.. next time plak ok...
pagi tu kami bertolak dari umh jam 12 tghari. adik plak sempat posing sementara tunggu razif datang jemput. oh ya, kami kesana dengan satu kete sahaja. razif sewa kete company dia, sime darby. kete jenis starex yang harganya boleh tahan la untuk sehari. kenapa kami tak pegi ngan kete sendiri?? sebab kete razif kena himpap dek dahan pokok yang sangatlah besar semasa hujan lebat baru² ini. kesian dia... ish3x
yang memang tak boleh rengang ngan paklong kesayangan dia tu. nak amek gambar pun ajak paklong sekali. masa tengah tunggu razif, dia macam pelik kenapa dah turun bawah tapi tak naik kete lagi. bila saya cakap tunggu razif dia mcm buat muka tak best. sebab dia segan dan malu dgn razif. pastu dia cakap dia tak mau naik kete uncle razif. buat merengek mengada dia kat paklong. pastu paklong kata semua naik ngan uncle razif, abang ngan kakak pun ade sama. so muka dia mcm ok skit.
perjalanan yang begitu menyenangkan. adik tetap tersipu malu. dia je dia dalam kete. dekat 2 jam perjalanan, kami singgah kat gambang r&r. bukan utk mkn tapi utk ke tandas daaa....
dipersembahkan kete yang dipandu jejaka kacak bakal adik ipar saya... starex from hyundai. sangat selesa sekali. mcm tuan besar je gayanya bila saya duduk dibelakang. ahaksss. tapi rasanya lagi best alphad. kot maner pun, orang dah bawa, kita haruslah bersyukur. maceh uncle razif.
sempat posing gedixxx
lupa plak nak habaq. masa ni kak sue ngan juki tak bersama kami sebab juki masih keje hari sabtu tu. anak² dia je yang kami bawak dulu. budak² tu la penghibur hati kami.
nampak adik tgh pegang cd tu. dari masa betolak sampai la dia tetido dok pegang je vcd tu. bila paklong amek simpan, dia boleh perasan terus merengek minta balik vcd tu.
mak yang tengah syok layan adnan sempit dlm kete. mengekek dia tgk citer tu. kesian kat mak takde pasangan. lain kali kita ajak ayah p ok. tapi mak tetap sempoi..
pasangan uda dan dara yang tengah kemaruk bercinta
abang yang tak tahan sangat lapar. bukan lapar nasi pun tapi lapar jajan. tu yg ayu p beli kepek pisang ngan kuih sepit. hahaha... dia ingat ayu beli twistis ngan cekelat. adan muka dia... ;p
cuaca hari tu sangatlah panas sekali. elok sangat la. kalu ujan tak best plak, takut jugak jalan jauh dalam keadaan basah.
mula tu kami terus ke hotel untuk check in. masa tu kami sampai lebih kurang jam 2.30 ptg. tapi bilik tak ready lagi. so kami p cari kedai untuk mkn dulu. perut mmg dah lapar giler.
makanan kat sini boleh tahan la. saya suap tiga beradik tu mkn nasi lauk ayam, kuah asam pedas. syok la depa layan mkn sambil main buaian.
ni tgh malu kat razif la ni sebab dia nak minum air tapi air dok ada depan razif. nak minta maluu chow kuehteow basah. panas² lagi ni. huh... sungguh menyelerakan.
saya yang begitu teruja menikmati ckteow tu. sampai berair ayaq hidung.. sedapppp razif, kali kedua tambah. wow... kuat mkn budak ni
mak yang sponser mkn tghari tu. maceh mak...
budak² ni masing dah kenyang mula la wat hal sendiri. sorang tgk tv duduk meja depan... sorang lagi meja belakang. amboi... masing² wat mcm kedai sendiri nampak... perjalanan diteruskan sebab waktu check in dah terlambat skit dari waktu yg sepatutnya. gambaran dari luar kawasan menuju ke dalam tmpt penginapan
caribbean bay suites nama diberi
pintu masuk untuk ke kaunter pendaftaran
sekitar kawasan luar hotel
kereta kuda yang berada depan pintu masuk ke kaunter pendaftaran. masa ni kuda tak
sampai lagi cafe yang mengadap kolam renang ramai jugak yang datang. ingatkan dah habis musim cuti sekolah mcm tak le ramai. tapi tetap sama je... tak ikut musim dah sekarang ni. kolam renang yang sangt luas dan besar yang tak bestnye kami tunggu agak lama skit untuk masuk ke dalam umh sebab housekeeping dorang wat keje lambat. mak saya masa tu mcm dah nak marah sebab dorang begitu slow buat keje. ye la... kami kan mmg dalam keadaan penat. kononya nak berehat dulu la kat dalam bilik smblm turun balik ke bawah. adoiii
bilik utamabilik kedua. setiap bilik ada toilet sendiri. ruang dapur. jgn tak tau... kami bawak peralatan memasak cukup lengkap semunya. mak saya kan mmg tak suka mkn kat kedai. mmg setiap kali pegi maner kami akan masak sendiri. peralatan memasak utk travel mmg sentiasa standy. jadilah mcm kami, masak sendiri lebih enak dari mkn di luar. itu pun sebab mak saya ada. kalu pegi sendiri, kirim salam la nak masak. hahaha...
apartment yang kami sewa ni berunsur family suite dengan harga RM368 (2 bilik) + breakfast utk 4 org. kalu bilik studio tak silap saya RM223 kot + bfes utk 2 org.
kisah ni akan bersambung lagi. tunggu next episod ok.
No comments:
Post a Comment