Daisypath Vacation tickers

Wednesday, March 3, 2010

26 dan 27 mac 2010

bismillah...
minggu lepas adalah minggu yg sungguh penat buat aku. pada 26hb kami sekeluarga telah ke rumah kazen aku di keramat utk membantu saat akhir ape yang patut untuk kenduri kawinnya. malam tu aku rasa seperti sangat pilu kerana mengenangkan aruah mama (mak pada bakal pengantin juga kakak pada ayh aku) yang telah pergi meninggalkan kami hampir 3 tahun. kalu ade aruah, mesti lagi kecoh dengan kesibukkan yang sedia ada.
26 hb
malam, jam 9 kami dari umh ke keramat. tak ramai sedara yang datang. cuma mereka2 yang mmg betul berdekatan dgn kawasan sahaja yg hadir.

dengan kesibukkan saat akhir, kami masih tak lekang dengan gelak ketawa dek kerana pe'el anak2 sepupu yg memeriahkan suasana tengah malam itu. zarif, anak pada kazen aku-noris iaitu kakak pada bakal pengantin perempuan. sungguh nakal budak ini.

pak sedara zarif-raed naufal atau along, anak kpd abang rizal-abang sulung pada noris. nakal2 dia lagi nakal si zarif tu... bila dorang tak bertemu, habis kecoh satu umh. along raed ni bijak.. aku suka style dia. suka tanya benda2 yg kita sendiri susah nak bagi jawapan. baru darjah satu, tapi mcm dah darjah 3. suka peluk dia sbb sangat montok susuk badannya. bila aku peluk dia, dia mesti cakap, maklong... kita serupa... hahahaha...

nureen, adik pada along raed. pendiam skit orangnya tapi selalu mengekor kemana saje abang dia pergi. malam tu aku sibuk memakaikan inai di jari pengantin pompuan dan adik aku ayu pakaikan utk pengantin lelaki. seterusnya ke jari aku sendiri.. hikhikhik

hantaran dari belah pengantin perempuan. 9 dulang semuanya, di gubah sendiri oleh noris dan dibantu oleh sepupu sepapat serta mak aku yang mengubah sirih junjung.
27hb
10 pagi

inilah kazen aku, adik bongsu noris-norita nama dia. kami panggil ita aje. mula disolek seawal jam 9 pagi oleh kawan baik dia sendiri. utk acara nikah tak pakai mak andam. mak andam hanya utk belah malam, majlis persandingan. baju yang dipakai pun baju sendiri. manis plak aku tgk si ita ni. biasanya dia mcm sempoi je. seri pengantin kot

sementara menunggu pengantin lelaki tiba
masa yang ditunggu tiba juga. hantaran disusun bersebelahan dan pengantin lelaki dah stanby utk acara akad nikah.

bapa pengantin mewakil walikan kepada pak iman utk melaksanakan akad nikah
dengan sekali lafaz, khairul firdaus @ kep dan norita @ ita sah bergelar suami dan isteri.

tersenyum gembira
duit hantaran sebanyak RM300 diserahkan disusuli dengan pembatalan air sembahyang.

pos wajib setiap pengantin

dua beranak yg selalu gaduh. anak ibu yg cukup nakal. muka sebiji ibu dia sbb tu selalu berlaga angin. alhamdulillah, acara akad nikah berjalan dengan lancar.

happy family

pasangan bahgia sokmo

selepas acara akad nikah, diteruskan dengan kenduri cukur jambul zafran rizqy, anak noris yang ke3 dan seterusnya bacaan yassin serta selawat ke atas junjungan nabi muhammad s.a.w

rizqy @ ikie yg kini baru berusia 3 bln. e'eh... ade duit la kat poket baju dia
maklong dan ikie

pastu ikie kena cukur botak oleh tok mek dia-mak aku le.

tgk... diam je... tak banyak ragam pun. senang tok mek nak wat keja dia

tak habis lagi... seterusnya plak meraikan ulang tahun anak kedua noris, ziqry rayyan yang genap setahun. adoi... kadang tu aku pening gak nak sebut nama anak2 dia tu. kompius maklong tau

tersenyum lebar si rayyan. semua pakat dok berebut kartun yg dok betenggek atas kek tu.. sabar semua, rayyan nak tip lilin dulu..

rayyan dan tok mek. muka diorang adik beradik mmg seketul sama. bagus ar baka kau is.. ahaks... nnt try lagi eh utk dpt baby gurl lak.. jgn give up tau
tamat acara belah pagi membawa ke tengahari. huh... penat sungguh. pastu aku kena balik umh sbb adik syasya dah ngantuk giler. lupa aku nak habaq, dia pun dok ade sekali. hubby tak ikut pagi tu sbb dia kena keja. malam tu baru p sekali. ptg tu aku tido dgn sunggu lena sekali sampai laki balik pun tak perasan. sambung citer sanding malam tu selepas ini..

No comments: