Wednesday, March 31, 2010

bukit gambang resort : 27/3 : cerita 2

sambungan dari cerita 1
habis merehatkan diri wat sementara waktu, kami semua pakat siap untuk terjun ke kolam renang. dari dalam umh penginapan kami, dah nampak betapa seronoknya melihat akan keluasan tapak kolam renang itu. rasa macam nak terjun dari atas umh aje. uik... sabau.. paling melompat keriangan mestilah anak² kecil tiga orang tu. yang adik sampai tarik baju paklong ajak turun cepat. bila keluar je dari umh, masing² dah melonjak kegairahan.

gambaran ini dari kawasan kolam renang. tu apartment yang kami duduk. umh kami belah kiri block kedua, tingkat 1. saya tak pasti yang dua tingkat belah bawak tu bilik studio atau penginapan untuk vip. lupa plak nak tya pekerja kat situ. masa ni orang mcm dah ramai jugak. antara kolam renang ke umh 2 tingkat yang bawah tu dipisahkan dengan tasik kecil.

masa kami p tesco hari sebelum ke gambang, adik bukan main beriya mahukan pelampung pink tu. dia main amek dan terus letak dalam troli. bila kami tanya, dia cuma jawab, kesian adik takde pampung (pelampung) ... kakak ngan abang je ade pampung. beli je la... katanya. ayat tak bleh blah kan.
pastu macam puteri santubung plak bila duduk dalam pelampung tu. wah... siap baring sambil menongkat pipi lagi
seronok wo kolam renang kat situ
paklong, amek gambar adik... peace!!
kakak yaya mesti tak berapa suka main kat kolam utk budak². dia lagi suka kat kolam utk dewasa. budak ni terlebih berani tau. mengalahkan yong dia jek
yong melayan anak²

amboi paklong... posing nampak

paklong sibuk melayan anak²


peace lagi....
razif, ayu dan saya


saya dan ayu, sibuk tgk gmbr dalam air. masa ni pakai kamera razif. macam² aksi yang ada. nnt saya akan upload gmbr dari kamera razif ye. tapi entah bila nak jumpa dia ni


apa aje la budak 2 orang ni

pancutan air dari dlm mulut razif

mak saya yang sibuk melihat gelagat orang sekeliling sambil memerhati gerak geri cucu²nya
masa ni mentari dah terbenam skit

penat sudah. masa untuk balik bilik semula. hari dah nak senja
sempat posing kat lobi hotel
budak² tu kelaparan sangat, jadi saya singgah kat kedai runcit yang ada kat hotel tu. beli makanan skit untuk isi perut sementara tunggu mak masak mlm tu.
abang yang tak dapat masuk sebab basah. minah yg jaga kedai tu ckp jgn masuk ramai² nnt banjir kedai dia. kesian abang. hanya tunjuk dari luar ape yang dia nak.

orang lain pun turut beransur balik ke bilik juga. hari dah nak mlm
lepas mandi, saya goreng nuget dulu utk anak². kesian depa, tak kenyang makan jajan yg beli ptg tu. masa ni depa sibuk dok menengok orang yang ramai sedang menjamu selera kat restoran hotel tu. tak silap saya ada family day dari agensi kwsp kot. mak ai... depa karaoke mlm tu punya la bising...

masa saya dan mak tengah sibuk maask, paklong la yang bz melayan kerenah tiga beradik tu


amboi... siap bergayut lagi kat dalam lemari tu. ni la akibatnya kalu lemari takde pintu
inilah juadah mlm tu. ayam goreng, ikan goreng, sardin, sayur campur dan ikan bilis goreng belada. sambal belacan dan timun sebagai penaik selera. mak ai... kecoq ayaq liuq skang ni. punyala malatop mak masak. beginilah mak saya, lebih suka masak sendiri dari mkn kat kedai. cili api tu ulam encik suami saya ye.. jgn tak tau, dia hantu cili api.

tetamu kami mlm tu adalah abang sulung razif yang datang bersama isteri dia yana dan anak dia qyra. bijak qyra tu... suka wat memek muka. suka layan dia. dia panggil saya yom.. hahaha.. diorang ni dari kuantan. tu yg datang betandang, mkn mlm sama²

razif melayan pe'el anak buah kesayangannya
terhibur kami semua dengan gelagat dia
ikut muka daddy dia kan
cepat mesra budak ni

lepas dorang dah balik, kami plak layan bergambar dalam bilik. suka tgk gmbr² ni

gambar paling saya suka. mcm saya, encik suami dan anak² je kan. punya lama kami tunggu kak sue dan juki sampai malam tu, tak silap dekat kol satu kot baru depa sampai. mlm tu kami tidur dengan sungguh lena sekali sebab keletihan.
next cerita yang ketiga akan menyusul. silalah tunggu yeeeeee

1 comment:

Anonymous said...

cantik semua gmbr yang ada