Daisypath Vacation tickers

Tuesday, March 23, 2010

@ kampung

12 mac 2010
11 pagi


kami tiba di hospital kuala krai tepat lebih kurang 11 pagi. kami 4 beranak iaitu saya dan suami, ayah dan adik ketiga saya aciq, bertolak dari kl jam 5 pagi dan singgah di gua musang untuk sarapan pagi. teringat kisah bangun pagi sebelum berangkat, mmg dah janji ngan ayah nak gerak jam 4 pagi. jadinya saya dan kunci jam seawal jam 3 pagi untuk bangun. memang saya dah terjaga tapi entah macamana saya terlena dan tiba² terkejut semula tgk² jam dah 4.30 pagi. punya lah mengulupur lepas tu. ayah dah msg dia dah tunggu kat kete dia yang parking tepi jalan luar kawasan umh. aduh... cepat² siap, amek diorang dan terus gerak. perjalanan agak lancar ketika itu. kereta pun tak banyak. mula tu risau juga sebab kami bertolak hari jumaat, mana lah tau kot² ade yang mula bertolak balik kampung sempena cuti sekolah minggu lalu.

pertama kali kami masuk hospital ni. keadaan persekitaran yang memeningkan. dengan kawasan parking yang agak sempit dan terhad. ingat lagi, ayah cari toilet sampai sesat. walhal berpandukan anak panah tu. masa kami tiba tu, yang ada ketika itu anak pakcik saya dan isteri dia. terus kami menuju ke wad icu di tingkat 1. perasaan saya ketika itu memang tak sabar nak masuk tengok.
kalau ikutkan waktu melawat, memang kami tidak dibenarkan masuk sebab waktu melawat jam 1. ayah punya beriya2 minta kebenaran dari nurse tu. dia kata baru sampai dari kl dan petang tu nak terus balik. memang betul pun. cuma ayah je yang akan balik kl awal. aciq sempat lagi posing dengan baju yang kami kena pakai untuk masuk wad icu tu. ayah dah pun ada kat dalam.
sangat sedih tengok keadaan pakcik saya tu. saya sebenarnya nak menangis teramat sangat tapi saya kontrol giler² sebab tak mau pakcik saya nampak. bila kami tanya kenal tak sape yang datang. dia cuma dapat angguk kepala saje. wayar penuh beselirat kat badan dia dan dalam mulut. ketika itu dia bergantung sepenuhnya kepada pernafasan oksigen. huh... saya sangat kasihan melihat keadaannya saat itu. saya genggam jari²nya yang lemah itu. saya bersuara didalam hati... ye... saya menangis didalam hati. lama saya berada di dalam sampaikan nurse dah minta kami keluar dan tunggu waktu melawat seterusnya. pakngah pandang ke arah saya dan kejap² memejamkan mata. saya dapat rasakan dia sedang menanggung sakit.
kami tak tunggu lama dan terus balik ke kampung. sampai tu kami singgah di rumah pak uda saya iaitu abang ke4 pada emak saya. pak uda saya pun tak sihat ketika itu. lepas tu terus balik umh. mak dah siap masak nasi ayam. memang kena pun, perut tengah lapar giler. tengahari tu kami berehat je kat umh. petang tu mak dan adik beradik yang lain pegi melawat pakngah manakala saya, suami dan aciq ke tanah merah hantar ayah untuk naik train jam 7 mlm. lepas hantar ayah, kami ke umh cik na, kakak juki. lepak sane makan mee celup dulu.. sembang dulu pastu gerak balik umh. mulanya hubby kata nak terus balik sabtu pagi tu tapi tak jadi plak. dia kata balik ahad je lah, letih katanya. tau pun...

ini suasana hari sabtu petang. elok kami tiba doktor yang rawat pakcik saya tu baru lepas wat check up. terus kami tanya perkembangan terbaru. huh... macam².. dan hari ini saya terima msg dari kazen saya anak kepada pakngah, katanya nak kena tebuk tekak sebab kahak banyak. adoi.... saya bertambah sedih dan tak larat nak citer panjang lagi dah. moga pakngah kuat...

No comments: