Daisypath Vacation tickers

Tuesday, September 2, 2008

balik kg

ni citer minggu lepas. tapi disebabkan kesibukkan masa kat kg, tak sempat le aku nak memblog ni. bukan jauh sangat pun kgnye... balik banting aje. tapi tetap kg jugak kan. dekat 2 bulan kot tak balik sebab hubby aku bz je. mak dia pun mcm dah majuk je. jadinya, kami balik le sempena nak sambut pose ngan family dia. balik hari sabtu pagi. mula tu besa la, isi minyak dolu. pastu gie basuh kete. aku ingatkan nak p melantak ke dulu kat kedai mamak rupanya dia terus je jalan. katanya nak jumpa epul kat klang nak amek roadtax kete dia tu. aku bagai nak gile lapo.... tak pe, nanti kau kau punya aku minta dia belanja makan... tunggu!!!

besanya kalu terus balik banting ikut highway kesas, tapi ni nak ke klang dulu. aduh... besa la klang skang ni, memanjang je jem. aku mulala rasa pening sebab tak kena nescafe lagi... dan aku pun mulakan habit aku.... tido dalam kete... celik mata tak gak sampai lagi.. hai... perut dah memulas ni..

macam lama je perjalanan nak sampai ke klang. nasib le family hubby aku dah pindah ke banting. masa ni dah sampai bandar klang pun. aku gelak je sorang² sebab masih lagi ade bas mini... ish ish... zaman bas rapid dah ooii...

lepas dah jumpa epul, terus je bertolak ke banting. tapi sebelum sampai umah mak dia, aku tuntut janji aku. bayangkan masa ni dah dekat kol 3. apa lagi... makan mc'd le... ha... baru puas hati aku. tapi idok le sempat nak bergambar. perut dah lapo.... tak ingat ape dah...

No comments: