Daisypath Vacation tickers

Monday, September 8, 2008

kematian

semalam aku dapat msg dari MIL. dia kata mak pada anak angkatnya RAFI (kwn baik adik ipar aku) telah kembali kerahmatullah. Inalillah.... aku termenung seketika. tak dapat aku bayangkan kehidupan rafi selepas pemergian ibu tersayang. lebih² lagi bila nak sambut raya nanti. ya Allah, sedihnya... kata MIL, mak dia jatuh kat bilik air, koma 2 hari dan semalam petang meninggal di hospital klang. lepas berbuka, aku call rafi, sebak je suara dia. aku pun macam nak nangis gak. aku bagi kata semangat untuk dia. minta maaf sebab tak sempat nak melawat. jenazah dikebumikan lepas maghrib. sabarlah rafi, tuhan lebih sayang padanya. redhakanlah pemergiannya. tabahkan hati, kuatkan semangat. itu ketentuanNYA. al-fatihah...

No comments: