bagi menyempurnakan titah perintah seri paduka baginda yang dipertuan agong, setelah diperkenankan oleh duli² yang maha mulia raja², peyimpan mohor besar raja² malaysia, mengishtiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri² seluruh malaysia telah ditetapkan pada 1 oktober 2008 bersamaan dengan 1 syawal 1429 hijrah.
tengah syok packing baju dalam bilik, aku belari kuar nak kuatkan sound tv. teruja ni nak dengar pengumuman raye. bila dah habis umum, aku jerit kat hubby yang tengah mandi. aku cakap esok raye.. nak tengok dia tekejut tak.. tapi dia wat bodo je... malas nak layan peel gile aku la tu.. hampeh... aku pun wat muka bler sambung balik packing baju. wah... tak sabarnye nak balik kg. walaupun banting tu belari pun sampai, tapi suasana kg tu tetap ade. dan paling aku tak sabar sebenarnya nak sampai kelate. malam raye petama tu dorang pakat ramai² nak bakar satay. mak ngan juki dah beli 400 cucuk satay. gasak.. sampai hangus muka la nak membakarnye nanti. wah... harus meriah nanti.. aku rancang dalam kol 12tgh gerak dari banting terus gerak ke kelate plak. bajet dlm kol 8/9 sampai lah. moga selamat lah perjalanan kami. org kg!!!.... tunggu kepulangan kami!!!!... ari ni last pose.. dan aku masih kerja... harap² dapat kelepasan dari dato awal le skit. bleh la wat persiapan terakhir.. tapi semalam semua dah setel... harap takde yg tertinggal le.. punya la gairah sangat.. baju raye pun aku dah gosok. nanti kat banting dah tak sempat. nak tolong mentua plak la.... ye ye esok rayeeeee... mungkin aku akan stop update blog ni sampai start keje semula. kalu sempat kat kg nanti, insyaallah... (hai.. ade masa ke) kepada kekawan semua, selamat bercuti pandu dengan cermat, ingat orang yang tersayang... ;p
No comments:
Post a Comment